KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

Boikot Utusan

5 MB Pakatan Rakyat ajak rakyat boikot akhbar Utusan
harakahdaily - [...] Majlis Menteri-menteri Besar lima buah negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat, menyeru rakyat supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat.

Khalid juga menegaskan akhbar terbabit membesar-besarkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pentabiran serta parti dan juga membakar api perkauman yang sempit.

Katanya, semua ahli majlis ini meminta semua jabatan dan institusi kerajaan di lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan berhenti membeli akhbar tersebut dan juga berhenti memberikan iklan kepada mereka.

Justeru, ahli majlis ingin menyeru supaya semua pembaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhenti membeli akhbar tersebut serta-merta.

Sehubungan itu, katanya, para pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat kesal dan bimbang kerana kontroversi mengenai kuasa serta kedudukan

Raja-Raja dipolitikkan secara besar-besaran dan tidak bermaruah, terutama oleh media milik parti-parti dalam kerajaan BN Pusat dan sesetengah pemimpin Umno.

"Kami berpendirian tegas mendukung kedudukan Raja-Raja sebagai Raja ber-Perlembagaan, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, semua pihak harus menerima bahawa seseorang Menteri Besar mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan mana-mana pegawai eksekutif di negerinya. >> selanjutnya
No2umnO - Gua boikot beli, tapi gua cilok berita dia .... hehehehe

1 comments:

Anonymous said...

boikot jangan tak boikot

Posting terkini

Blog Archive