KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

RM2.37 Bilion Dibelanjakan Untuk PLKN Dari 2004 Hingga 2007

Bernama - Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2.37 bilion untuk mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dimulakan pada 2004 hingga tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata bagi tahun 2004, sejumlah RM608.6 juta telah dibelanjakan, RM604.8 juta pada 2005, RM588.2 juta pada 2006 dan RM565 juta pada 2007.

"Setakat ini kerajaan amat berpuas hati dengan pencapaian PLKN yang telah mencapai objektifnya seperti yang telah ditetapkan," katanya menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah).
Abu Seman berkata, berdasarkan kajian keberkesanan yang dilakukan, program tersebut didapati berjaya menanam semangat partiotisme sebanyak 82.0 peratus di kalangan remaja, pembinaan jati diri dan kepimpinan sebanyak 88.3 peratus dan pemupukan semangat integriti kaum sebanyak 86.7 peratus.
>> selanjutnya

No2umnO - Elok sangat la tu .... sendiri buat keputusan, sendiri dapat, sendiri kata puas. Apa punya kerajaan la ...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive