KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

Bencana petanda rintihan alam


kosmo - [...] Chile merupakan 'rumah' kepada 2,000 gunung berapi, di mana 500 daripadanya masih aktif dan hampir 60 gunung berapi ini telah meletus sejak 450 tahun yang lalu. Chaiten buat pertama kali meletus dalam tempoh beribu tahun.

Di Myanmar, hampir 30,000 nyawa hilang sebaik Siklon Nargis melanda pada hari yang sama dengan kekuatan tiupan angin selaju 120 batu sejam dan ribut taufan.

Secara rasminya 33,000 penduduk dipercayai maut dengan lebih 50,000 masing hilang meskipun seorang jurucakap dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Richard Horsey percaya besar kemungkinan angka itu lebih tinggi, iaitu boleh mencapai sehingga 100,000 orang.

Dalam situasi genting sebegini, lebih daripada dua juta penduduk memerlukan bantuan segera dari segi makanan, minuman dan pakaian tetapi usaha untuk mencapai ke kawasan-kawasan luar bandar memang sukar.

Di kawasan yang paling teruk ditimpa malapetaka, Delta Irrawaddy, penduduknya hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan beratus-ratus orang mendapatkan teduhan di dalam biara. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive