KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

Hanya RM1.3b diterima, bukan RM7.3b - Idris Jusoh

atranungkite - [...] Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.3 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut."

Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata, kenyataan berkenaan (Amirsham dalam Persidangan Dewan Rakyat) seolah-olah menunjukkan pengurusan wang royalti minyak yang dibayar oleh Petronas berada di bawah kawalan kerajaan negeri Terengganu.

" Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit. Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada. Manakal tuntutan supaya wang royalti petroleum itu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri masih dalam proses mahkamah.">> selanjutnya

No2umnO - Pusat kata lain, negeri kata lain, dalam poket aku pun tak der, cari dalam akaun bank aku pun takder....Kat maner pulak duit ni?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive