KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

20 meter padu air percuma mulai 1 Jun

khalid ibrahim selangor menteri besar pc 170308 02malaysiakini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman

"Hari ini kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.

"Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.

"Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive