KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Shahidan. Show all posts
Showing posts with label Belit Shahidan. Show all posts

Jun 11, 2008

Harimau dah ada blog

Pelik tapi benar ..... blog bukan lagi favourite pada manusia. Sudah jadi mainan HARIMAU ... tak caya cuba klik sini. Kalau menurut KUDA KEPANG, blog ini mungkin milik Shahidan Kassim. Tapi bila Shahidan menggelarkan dirinya harimau, Gua jadi ragu ragu .....

Korang tak caya, ambil sedikit kenyataan yang dibuat ....

Saya lebih suka sekiranya tuan/puan memanggil saya dengan gelaran PAKTEH ianya lebih mesra .DSS Dr Shahidan pun okey tetapi saya lebih suka PAKTEH. - harimau UMNO

Jun 2, 2008

Shahidan akan dicabar dalam UMNO bahagian?

Mstar - BARU-baru ini Ameir Hassan, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis yang baru dilantik telah menyeru secara terbuka agar bekas Menteri Besar Shahidan Kassim melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dan Pengerusi BN Perlis.

Ianya bagi memberi laluan kepada Md Isa Sabu dilantik ke jawatan tersebut yang mana sesuai dengan kedudukannya sebagai MB Perlis. Perkara ini juga dapat mengatasi masalah perpecahan dalam Umno Perlis.

Manakala Shahidan telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan kerana katanya beliau adalah Ketua Umno Bahagian Arau yang dipilih oleh perwakilan parti.

Sebagai langkah untuk menyatu-padukan Umno Perlis, Presiden perlu bertindak segera untuk melucutkan jawatan Shahidan dalam Perhubungan Perlis dan diserahkannya kepada Md Isa. Pak Lah perlu sedar bahawa Shahidan adalah salah seorang perancang dalam Team Wawasan yang pernah memainkan peranan dalam Pemilihan Umno 1993 untuk memastikan Pak Lah kalah sebagai calon Naib Presiden.... selanjutnya.

May 30, 2008

Shahidan angkuh, tak mahu letak jawatan

Tak dapat pucuk, akar pun jadi. Tak dapat adik, kakak pun jadi. Kalau dah biasa .... susah nak tinggal. Begitu agaknya lagak orang politik yang gah dahulunya, bila disuruh letak jawatan. Nasib baik bukan aku ....

Shahidan enggan, biar Idris undur
malaysiakini - [...] Datuk Seri Idris Jusoh, yang hilang jawatan menteri besar seperti Shahidan, memaklumkan hasratnya itu kepada presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

shahidan kassimMengulas keputusan Idris, Shahidan dilaporkan berkata "tiada sebab" untuk beliau meletakkan jawatan tersebut.

"Mengapa nak letak jawatan. Saya juga ketua (Umno) bahagian," katanya, lapor Bernama.

Shahidan menegaskan, beliau masih pengerusi perhubungan dan tidak menghadapi masalah dengan jawatan itu.

Idris - yang membuat kenyataan ingin mempertahankan kedudukannya sebagai pengerusi perhubungan hujung minggu lalu, senada dengan Shahidan - akhirnya dilaporkan menyerahkan surat meletakkan jawatan hari ini.... selanjutnya.

Feb 29, 2008

Bongkar: Shahidan ohhh... Shahidan

hard-t.blogspot

Hari ini Hard-T terlalu sibuk, manakala Lee Kok Liang Sr gagal dikesan. Dan Lee Kok Liang Jr terpaksa menulis dalam blog ini seorang diri. Sebab itu, hari ini hanya satu artikel saja yang sempat dimuatkan dalam laman blog ini.

Artikel ini ditujukan khusus kepada penduduk Perlis amnya dan pengundi di N12 Tambun Tulang khasnya. N12 Tambun Tulang mempunyai 8,683 pengundi (Melayu: 85.12% Cina: 3.48% India: 1.46% Lain: 9.94%).
Dalam pilihan raya kali ini P3 Arau ditandingi Datuk Dr Haron Din (Pas) dan Datuk Ismail Kassim (BN). Pada pilihan raya 2004 Datuk Seri Diraja Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail (BN) hanya menang 3,243 undi mengalahkan Datuk Haron.

Bagi N12 Tambun Tulang kali ini ditandingi Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) dan Che Nordin Che Ahmad (Pas). Pada 2004 Shahidan hanya menang dengan majoriti 1,742 undi ke atas Datuk Haron Din.
Saya baru menerima beberapa siri maklumat mengenai peristiwa yang berlaku ketika 'kecoh' Shahidan berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya untuk menyerahkan senarai nama calon yang dipilihnya.

Saya akan menulis tiga siri kejadian untuk didedahkan kepada penduduk Perlis dan pengundi di P3 serta N12. Saya akan mulai dengan tiga, dua dan satu kerana siri satu adalah satu pendedahan yang hanya diketahui oleh orang/pengarang kanan dalam sebuah akhbar arus perdana, tetapi tidak diboleh disiarkan atas arahan Ketua Pengarang.

Sebelum memulakan tiga siri ini, saya mahu memberitahu perkara ini:
Ketika membaca tulisan Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman web beliau (klik sini) saya benar-benar terpegun dan 'salute' dengan keberanian beliau mengeluarkan kenyataan.

...If we elect those that have the potential to ruin the ummah, then that is
profoundly sinful alongside Allah. Likewise, the candidates being nominated have to realize that Hell is the ending place of those that are dishonorable and fail to execute their leadership duty and responsibility.
...Therefore, in
selecting candidates regardless whether we are top leaders picking out the names of candidates to compete or commoners casting a vote, we need to remind ourselves of this hadith. The Prophet s.a.w. said, “A man speaks what is
pleasing to Allah and he does not suspect that it will have the result that it
does, and Allah will write for him His good pleasure for it until the day when
he meets Him. And a man speaks what excites the wrath of Allah and he does not suspect that it will have the result that it does, and Allah will write His
wrath for him for it until the day when he meets Him.” (Reported by Malik in
Muwata’). Similarly, in selecting and voting for candidates, although it is
neither spoken nor written but it is in essence written words that give rise to
a tremendous impact.
...I am one of the commoners who are not politicians but
are looking at the various behaviors of those from various political parties.
Some are funny, some clearly lie, some are envious, some go overboard and some manipulate the name of the religion or race for their campaign and many
more.
...From the campaigning style, we can identify the character and party
of the candidate. However, what needs to be reminded is that election season is
not the time to legalize prohibited acts such that a person would feel that it
is acceptable for him to lie, curse, dishonor, insult people without heeding the
limits set by Islam, misuse his possessions and the likes of it.

Dalam laman web Pejabat Mufti Perlis, dalam soal jawab dengan Ustad Jamaluddin, Dr Mohd Asri juga menyatakan mengenai calon yang bertanding:

S: Ciri-ciri calon yang patut seseorang pilih, apakah merujuk kepada kualiti calon, atau parti yang diwakili?

Dr. MAZA
: Saya tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya, rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya. Jika semua pengundi berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon. Ini boleh menyebabkan ‘si bodoh' atau ‘perasuah' atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud.

S:
Akhirnya, apakah pesanan S.S Dr. kepada rakyat, khususnya umat Islam?

Dr. MAZA
: Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: "Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan". Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti!

SIRI TIGA - Shahidan dan samseng
KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah
sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis
kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin. Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan.
(klik sini
)
Wartawan berkenaan adalah Rashidi dan Adha dan kejadian berlaku di bilik gerakan Barisan Nasional di Beseri. Rashidi adalah wartawan sambilan Berita Harian di Kangar dan menjalankan kontrak secara kecil-kecilan. Beliau dikatakan pernah mendapat kontrak kecil dengan bantuan
Shahidan.

Dalam menjalankan tugas sebagai wartawan, Rashidi terpaksa menemui semua pihak tidak kira pemerintah BN atau pembangkang untuk membuat liputan. Rashidi juga perlu bertemu Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan calon BN P1 Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Rashidi dikatakan sudah diberi maklumat oleh rakan-rakannya bahawa Shahidan marah kerana Rashidi juga rapat dengan Radzi. Maka Shahidan 'melepaskan' samsengnya untuk membelasah Rashidi. Adha yang berada bersama dan cuba meleraikan pergaduhan itu juga dipukul.

BN kemudian membuat tuduhan bahawa dua wartawan itu dibelasah oleh orang PAS.
Namun, akhbar Berita Harian dengan berani mendedahkan secara halus seperti di atas bahawa kejadian berlaku di BILIK GERAKAN BARISAN NASIONAL. Logiknya, mana mungkin orang PAS terlibat di bilik gerakan BN.

SIRI DUA - Shahidan dan RM300 juta

Calon P3 Arau, Ismail adalah adik Shahidan. Sudah diketahui bahawa Shahidan mahu meletakkan kroninya dan menjadikan Perlis hak keturunan beliau. Ismail sebenarnya tidak layak untuk menjadi calon mewakili penduduk di kawasan Parlimen Arau. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima hari ini - Ismail pernah menunjukkan kepada rakan-rakannya photostat buku akaun Shahidan yang mengandungi RM300 juta.
Mulanya, Ismail hanya membuat cerita kepada rakan-rakan beliau bahawa abangnya mempunyai wang jutaan ringgit, tetapi rakan-rakan ini tidak percaya tanpa melihat bukti. Keesokannya Ismail memanggil rakan-rakan beliau dan menunjukkan photostat buku akun mengandungi jumlah wang RM300.
Ya.. wang yang cukup banyak yang mungkin sudah lama dikumpul ketika di BSN dan Bernas dan
ketika menjadi Menteri Besar.

SIRI SATU - Shahidan dan Marriot

PutrajayaPeristiwa ini diceritakan Shahidan Kassim sendiri kepada seorang wartawan di Hotel Marriot Putrajaya.

Peristiwa ini berlaku ketika semua pemimpin negeri ingin bertemu Pak Lah untuk menyerahkan senarai calon. Shahidan juga datang dari Perlis dengan menyediakan senarainya.

Namun, beberapa hari sebelum itu, Radzi sudah membawa tiga gadis, termasuk lepasan UiTM bertemu Pak Lah untuk membuat pengakuan mengeai hubungan mereka dengan Shahidan. Mereka kononnya mendakwa 'dimainkan' Shahidan untuk mendapat tender projek. Segala-galanya diceritakan kepada Pak Lah yang kemudian membuat keputusan akan menyiasat dan tidak menerima Shahidan sebagai calon pilihan raya.

Shahidan yang mengetahui tidakan Radzi membawa gadis berkenaan menemui Pak Lah dan menceritakan segala-galanya kemudian membuat ugutan terhadap Pak Lah dan Radzi. Beliau sedia tidak dicalonkan dalam pilihan raya kali ini, tetapi akan bergerak keseluruh negara untuk mendedahkan keburukan pemimpin Umno.
Bagi mengelak kejadian lebih buruk dan tersebar cerita buruk mengenai pemimpin Umno, Pak Lah dan Radzi terpaksa menerima Shahidan sebagai calon.

Feb 24, 2008

Petugas BA Perlis harus berhati hati dengan samseng Shahidan...

anakperelihblog.blogspotshahidan kassim

Tadi, semasa berada berhampiran sebuah bilik gerakan BN sebuah cawangan UMNO Perlis, saya terdengar percakapan salah seorang petugas disitu yang Shahidan telah menggunakan "samseng kampung" (geng Gagak Hitam kut??) untuk membuang bendera bendera BN di Kangar. Bendera bendera tersebut bukan dibuang oleh petugas petugas biasa BN seperti dilaporkan oleh beberapa media. Arahan juga dikeluarkan kepada bilik bilik gerakan di Kuala Perlis supaya berbuat sedemikian. Samseng samseng kampung ini juga dikatakan akan ke Kuala Perlis untuk melakukan pekara yang sama seperti apa yang mereka lakukan di Kangar. Tetapi Petugas petugas BN Kuala Perlis memberi amaran, kalau samseng samseng Shahidan ini meneruskan kerja membuang bendera di Kuala Perlis, petugas BN di Kuala Perlis sanggup bergaduh/berkelahi. Ini menyebabkan samseng samseng Shahidan ini tidak meneruskan niat mereka (Orang Kuala Perlis terkenal dengan sifat kahaq mereka). Sebab itu bendera bendera BN di Kuala Perlis tidak diturunkan semasa drama buang bendera BN di Kangar berlaku.

Guna Samseng samseng ini adalah untuk melakukan provokasi dan tindakan menekan pimpinan BN di Putrajaya - Pak Lah, Radzi, Azmi dan Najib bahawa ahli akar umbi UMNO berdiri teguh dibelakang Shahidan dan sanggup memulau pilihanraya ini jika Shahidan diketepikan. Dan nampaknya strategi ini berjaya.

Saya juga mendapat maklumat bahawa samseng samseng ini juga akan digunakan untuk menggangu rumah Dato Radzi, yang pada ketika ini, ramai pengikutnya juga berkumpul dirumahnya.

Oleh itu, saya berharap agar petugas petugas BA - PAS dan PKR di Perlis agar berhati hati terhadap kumpulan samseng kampung upahan Shahidan ini semasa pilihanraya ini. Keselamatan diri dan bilik gerakan harus sentiasa diutamakan selain berwaspada terhadap provokasi yang diadakan seperti yang pernak dilakukan semasa pilihanraya kecil Indera Kayangan dahulu.

Ini adalah disebabkan, jika antara sesama petugas BN sendiri pun mereka boleh cuba mencetuskan kekacauan dan provokasi, termasuk terhadap pemimpin UMNO sendiri, maka tiada halangan dan tiada sebab pekara yang sama atau lebih lagi dilakukan terhadap petugas petugas BA.

Saya juga berharap agar media alternatif pro atau milik BA seperti malaysiakini, klpos dan harakahdaily untuk juga memantau berita berita di Perlis kerana sebarang insiden buruk terjadi terhadap petugas BA akan disembunyikan oleh media arus perdana.

Petugas petugas BA juga mestilah, jika boleh merakam gambar atau video sebagai bukti terhadap sebarang kejadian provokasi/kekacauan yang dicetuskan oleh samseng samseng kampung ini... Bukti bukti ini boleh dihantar ke malaysiakini, harakahdaily, klpos dan youtube untuk sebaranke seluruh negara serta dunia serta untuk laporan polis.

Jika anda tidak mempunyai akaun broadband untuk upload ke media alternatif atau youtube, sila dapatkan bantuan dari bilik gerakan BA di Kangar yang insyaallah mempunyai kemudahan tersebut atau e-mail saya di anak_perelih(at)yahoo.com. Saya mempunyai kemudahan broadband.

Feb 21, 2008

SIAPA YANG FASIK?


Siapa Umno fasik di Perlis?
Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Siapakah orang fasiq yang dimaksudkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim?

Orang itu tentulah dari kalangan Umno sendiri kerana orang lain tidak boleh memberi sebarang pandanangan megenai perkata itu.

Ketika ditemui selepas pertemuan kali kedua beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam, Shahidan dilaporkan meminta orang ramai “berhati-hati dengan berita yang datang daripada orang fasiq.”
“Esok saya akan maklumkan di Kuala Lumpur atau di Kangar, awak tahulah nanti, saya harap ia menjadi 2,000 kali tanda tanya,’’ katanya lagi kepada pemberita di Putrajaya.

Desas desus menghebohklan beliau akan digugurkan daripada senarai calon untuk pilihan raya kali ini.

Selasa lalu, media diberitahu bahawa ratusan penyokong Shahidan dalam perjalanan dengan beberapa bas ke sini untuk merayu kepada Pengerusi BN mencalonkan beliau.

Desas desus berhubung kedudukan Shahidan tersebar sejak beberapa minggu lalu berikutan kemelut politik di Perlis yang dikatakan antara lain berlaku akibat pergeseran beliau dengan Radzi yang juga penyandang kerusi Parlimen Kangar dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Menyorot perpecahan Umno Perlis, ia menjadi besar dan terbuka dan dalam Majlis Gerak Kerja Pilihan Raya anjuran Umno Bahagian Padang Besar Disember lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka menyatakan sudah sampai masanya kepimpinan Umno Perlis digantikan.
Radzi berkata, Umno Perlis kini berada dalam keadaan kucar kacir dan ahli-ahli tidak bersatu di ketiga-tiga bahagian iaitu Kangar,Arau dan Padang Besar.

Beliau berkata, puncanya ialah kepimpinan Shahidan dan mengikut pandangannya sudah sampai masanya Perlis mempunyai Menteri Besar baru.

Menurut Menteri Hal Hal Ehwal Dalam Negeri itu, sebahagian besar ahli-ahli UMNO di negeri itu mahu perubahan

“Mesti ubah Menteri Besar…dia ketua... kalau tak ubah Menteri Besar, tak bolehlah ubah kepimpinan…you duduk macam tu juga.

“Terpulang kepada PMlah…bukan saya nak ubah…saya fikir ..saya tengok sudah sampai masanya,”katanya.

Sebagai Setiausaha Agung Umno, kata Radzi, beliau nampak semuanya.

"Tiada langsung kerjasama di antara ketiga-tiga bahagian ini malah dalam satu bahagian pun tiada kerjasama antara sesama mereka,’’ katanya. Belaiu mendedahkan, Umno Perlis dilihat bermusuh sesama sendiri seolah-olah mereka berada dalam parti lain.

Feb 20, 2008

What happen at Putrajaya now = Shahidan?

hard-t.blogspot.com

There is a controversy I heard coming from top level in Putrajaya few hours ago when Perlis Menteri Besar Shahidan Kassim met three top Umno leader to finalise candidates list.

First... Shahidan knock the door, enter and submit the list to PM. DPM Najib Razak and Umno Sec Gen Radzi Sheikh Ahmad starring at him with no confidence. They talk...talk..talk. Than Shahidan left.

Second... Shahidan was asked ones again to enter. His face is red when he saw his name is not not in the list. The argument begin...

Third... You say what?

This is what Shahidan say (in bahasa):

Soalan: Datuk Seri kenapa datang lagi hari ini (semalam)? Nama Datuk Seri ada dalam senarai?Shahidan: Esok saya beritahu.

Soalan: Sudah dimuktamadkan senarai calon Datuk Seri?
Shahidan: Esok saya beritahu.

Soalan: Datuk Seri tadi perjumpaan itu dihadiri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, macam mana Datuk Seri dengan Datuk Seri Radzi?
Shahidan: Esok saya beritahu.

Soalan: Datuk Seri, negeri lain sudah umumkan senarai, mengapa Datuk Seri tunggu hingga esok (hari ini)?
Shahidan: Esok... ikut giliran.

Soalan: Datuk Seri, apa yang tidak cukup (senarai calon)
Shahidan: Esoklah... esok.

Soalan: Bagaimana mood pertemuan tadi?
Shahidan: Mood semua bagus, cuaca terang dan redup memberi ruang kepada saudara sekalian berada di sini dan tunggu lama. Saya simpati dengan saudara-saudari mencari maklumat.

Soalan: Kalau Datuk Seri tidak tersenarai, Datuk Seri akan tetap bagi sokongan?
Shahidan: Esok saya beritahu.

Soalan: Apakah berita itu berita gembira?
Shahidan: Esok saya beritahu. Semua berita ialah berita baik, ok. Kenapa apabila saya cakap berita yang berhubung dengan ketakwaan kepada Allah SWT kamu semua diam, buatlah berita yang Allah SWT reda.

Soalan: Datuk Seri bagaimana Datuk Seri akan berdepan penyokong selepas semua memberi sokongan?
Shahidan: Saya mempunyai program yang cukup banyak. Saya akan teruskan program besar-besaran di Perlis malam ini (malam tadi). Saya akan teruskan program seperti biasa, esok (hari ini) saya umumkan.

Soalan: Datuk Seri, bagaimana maklum balas Perdana Menteri dalam pertemuan tadi?
Shahidan: Esok saya akan maklumkan.

Feb 1, 2008

Kisah Shahidan Kassim Talipon Buat2

pemimpinmalaysia

Sambil menggulung rokok daun, Shahidan Kassim memandang ke luar rumahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke mukanya. Hatinya gelisah. Walaupun Pak Lah masih berteka-teki, khabarnya pilihanraya tak lama lagi. Perlis hanyalah sebuah negeri kecil yang bersempadan dengan Thailand, tetapi bahang pilihanraya cukup terasa. Shahidan tahu sangat kerana dia sudah lama menjadi Menteri Besar.

Biarpun keluasan Perlis hanyalah sekangkang kera, namun ramai yang berminat untuk menjadi Menteri Besar. Entah apa yang mereka inginkan dari jawatan Menteri Besar tu, Shahidan sendiri pun tak faham. Bukan glamour sangat pun menjadi Menteri Besar Perlis. Sebab itulah, Shahidan terpaksa menjadi presiden enam buah persatuan sukan, kalau tidak tentu namanya tenggelam.

"Ambil handphone tu sat!" kata Shahidan kepada pembantu rumah sambil memuncungkan bibir ke arah handphone yang terletak di atas meja makan. Dia adalah salah seorang dari lima orang pembantu rumah Shahidan; warga asing. Pembantu rumah itu segera berlari membawa handphone itu kepada Shahidan.

Shahidan membelek-belek handphone itu, cuba mencari nama tertentu. Sudah agak lama Shahidan tidak menghubungi dia walaupun mereka satu negeri. Shahidan menggaru-garu kepala kerana tidak bertemu nama yang dicari. Sejak kawannya itu berkahwin "isteri muda", Shahidan jarang berkomunikasi. Mungkin Shahidan berasa janggal kerana dia anak kampung yang tinggal di Arau, sedangkan kawannya itu sudah menjadi orang bandar. Sesekali pulang, kawannya kelihatan cukup rugged dan bertambah muda.

"Ahaaa... jumpa juga nombor ni... Macam mana aku boleh lupa ...!" kata Shahidan sambil menggosok-gosokkan hidungnya.

Ring! Ring!

"Mana pulak perginya ... tak jawab telefon aku ...," bisik Shahidan.

Ring! Ring!

"Hellloooo...." jawab suara di hujung sana. Suara wanita. Lembut dan manis. Shahidan rasa macam pernah dengar suara itu. Macam suara pembaca berita Buletin TV3.

"Boleh cakap dengan Mi?" kata Shahidan. Agak kasar suaranya. Shahidan sengaja membuatkan suara kasar kerana bimbang dituduh mengganggu isteri orang. Lagi pun, dia Menteri Besar, tak boleh main-main. Kalau main-main, nanti kena main.

"Nanti sat no..." jawab suara tadi. Terkedu Shahidan dibuatnya. Tak sangka pula orang Johor sudah boleh bercakap Perlis dengan baik sekali. Tak mengapalah, mungkin selalu mengikuti suaminya ke Padang Besar, sebab tu dia boleh menggunakan loghat utara.

"Helloooo!" Suara kasar di hujung talian. "Apa habaq, Dan?"

"Aku baik ... macam ni laa... Hang apa habaq?"

"Aku pun sihat .. dok rumah saja la. Nak balik Padang Besar, payah sikit laa ni, Zahidi tak pangge aku," kata suara itu.

"Tak patut dia buat hang macam tu," kata Shahidan. "Hang menteri. Patutnya, dia ketua bahagian ... jemputlah menteri yang dalam satu bahagian..."

"Tu laa... aku sendiri pun tak faham. Dulu dia nak sangat jawatan ketua bahagian. Aku malas nak kecoh-kecoh.. aku bagi kat dia. Sepatutnya jemput laa aku mai sama program bahagian. Aku ni menteri, tak kan nak main rempuh saja program bahagian, melainkanlah dijemput," kata suara itu lagi.

"Dia tak jemput hang langsung ke?" tanya Shahidan.

"Ada jugak la, sesekali .. Dulu dia jemput aku dengan Radzi... Aku turun, lepas tu Radzi pulak buat blunder pi hentam hang, Dan ... leceh aku!" kata suara itu sambil menambah, "Apu pun, Dan ... aku tak masuk campoq. Aku ada di situ saja."

Shahidan terus berkata, "Mi, kita kawan lama. Aku faham sangat. I trust you 100% la, don't worry. Sebab tu la, aku call hang ni .. aku nak habaq, aku nak calonkan hang lagi untuk parlimen."

"Ya ka? Terima kasih la... Hang la sahabat aku yang sejati," kata suara itu. "Tapi, apa pun keputusan di tangan Pak Lah .. Cuma, Radzi ada habaq kat aku yang Pak Lah nak aku bertanding kerusi DUN."

"Kerusi DUN? Isk, nak buat apa DUN, hang nak jadi wakil rakyat cabuk ker? Paling-paling tinggi pun, aku hanya boleh lantik hang jadi Exco.. tak kan dari Menteri nak jadi Exco...? Isk, buat malu kat orang la!" kata Shahidan.

Suara itu cepat-cepat menambah,"Bukan macam tu, Dan. Radzi kata dia nak recommend aku jadi Menteri Besar; ganti hang."

"Dah hilang akai apa Radzi ni ... Perlis ni elok-elok saja. Bukan ada masalah pun. Lagi pun aku baru tiga penggal jadi Menteri Besar, masih banyak kerja yang nak buat. Gila betul Radzi tu... Habis tu, apa alasan yang Radzi kata hang layak jadi Menteri Besar?" tanya Shahidan benar-benar ingin tahu.

"Dia kata aku ada bini muda!" balas suara itu.

"Kah! Kah! Kah!" Shahidan ketawa besar.

"Betui ni, Dan ... dia kata kalau ada bini muda boleh tarik pelancong ke Perlis!" jawab suara itu bersungguh-sungguh. Melihatkan kesungguhan suara itu bercakap, Shahidan diam sebentar. Sedikit sebanyak mungkin ada kebenarannya. Perlis adalah sebuah negeri yang kecil. Tak banyak aktiviti. Tak kan lah pelancong hendak datang ke Perlis untuk melihat Gua Kelam saja. Dulu ramai juga pelancong Siam yang masuk Perlis pada hujung minggu melalui Wang Kelian, tetapi sejak ada peraturan baru, jumlah itu dah berkurangan.

"Habis tu, hang minat nak jadi Menteri Besar Perlis ker?" tanya Shahidan.

"Aku tak tahu nak cakaplah, Dan. Aku ni pekerja parti. Kalau Pak Lah nak aku balik jadi Menteri Besar, tak kan aku nak kata tak mahu kot!" balas suara itu lagi. more..

Jan 25, 2008

SUKAN KUDA UNTUK SIAPA?

Perlis belanja RM2 juta buat laluan kuda

KANGAR: Laluan khas untuk kuda akan diwujudkan di Perlis bagi menyemarakkan kegiatan rekreasi dan sukan berkuda tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim Jumaat. More...

Dec 30, 2007

BYE BYE SHAHIDAN KASSIM


Radzi saran MB Perlis ditukar
bharian.com

PADANG BESAR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, semalam secara terbuka meminta Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, memberi laluan kepada kepemimpinan baru untuk menerajui parti itu di Perlis.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Perlis mengambil tindakan drastik dengan memilih kepemimpinan baru untuk menerajui parti, apatah lagi dengan keadaan politik di negeri itu yang dianggapnya semakin kucar-kacir, sejak akhir-akhir ini.

"Bagi saya, Perlis patut berubah dan MB (Menteri Besar) juga patut diubah. Jika masih kekal kepemimpinan lama, Perlis akan tetap kekal macam tu juga," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Bahagian Padang Besar, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Besar dan Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Radzi berkata, budaya berpuak-puak dalam parti yang wujud di Perlis menyebabkan semangat kerjasama antara ketiga-tiga Parlimen - Kangar, Padang Besar atau Arau hilang, malah semangat perpaduan sesama ahli dalam bahagian juga turut lenyap.

"Saya sudah jelajahi semua negeri di Malaysia untuk menyelia perjalanan jentera pilihan raya serta perjalanan Umno selain menyampaikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bagaimanapun, saya sedih melihat negeri sekecil Perlis dengan hanya tiga parlimen, mengalami kemelut dalaman politik yang amat hebat sehingga menjadi bahan gelak ketawa negeri lain," katanya.

Katanya, beliau sendiri pelik dan tidak tahu punca kepemimpinan kini tidak boleh bersatu dan bekerjasama dengan ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis. Paling teruk, ada ahli Umno yang dihalang daripada menghadiri perjumpaan atau majlis anjuran mereka di Perlis.

Sebagai contoh, katanya ramai wakil rakyat di negeri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis taklimat pilihan raya yang dianjurkan beliau di Perlis atas sebab tertentu, sedangkan taklimat sebegini penting untuk parti menghadapi pilihan raya umum.

Sementara itu, Shahidan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Gerakan Belia 4B Malaysia ke-33, di sini, semalam mengaku kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak mempunyai sebarang jawatan di Perlis, tetapi suka mengganggu ketenteraman serta pentadbiran negeri itu.

Tanpa menamakan sesiapa, katanya individu terbabit mempunyai jawatan tinggi pada peringkat persekutuan, tetapi tidak di Perlis, namun tetap mencampuri urusan pentadbiran negeri.

"Ada yang datang ke Perlis kemudian komen pasal sungai, manakala ada pula yang berniat nak tutup sempadan, tapi mereka tidak ada sebarang jawatan di negeri ini," katanya.

Posting terkini

Blog Archive