UMNO berjanggut - Demo kecek molek sikit. Kawe nok guna 'michrophone' metar. Nok nyanyi lagu 'satu hari di hari rayo' !!!
UMNO di paut leher - Adeh deh deh ... kawe ghoyak dulu wey ... jange la paut leher. Ghusok soro kawe weyyy !!!
UMNO baju biru - Soro demo mace katok !!!
---------------
Samseng dalam UMNO.
Kalu tak samseng, tak UMNO la
Orang pandai berjuang guna otak ... UMNO berjuang guna lutut. Tu sebab la kecoh.
Jangan terkejut tahun depan mungkin ada yang bawak bom. Kalau tak pun, kapak siam. Ini yang di katakan budaya Melayu sopan santun.
Kelakar hari ini dari UMNO ..... memang kelakar
Berita selanjutnya di Kerabu Bersuara .... KLIK SINI.
Oct 17, 2008
Aduiiiii ..... sakit la bodoh !!!
Labels: Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Mar 7, 2008
Report Debat Khairy VS Cikgu Bard.
Tranungkite
Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Setelah mendapat makluman bahawa satu debat antara 2 anak muda, Khairy dan Cikgu Bard di Rembau, wa menghubungi rakan wa untuk menyatakan kesediaan hadir bersama.
Rakan wa mengatakan ketika itu sedang berada di Sikamat. Lawatan Anwar di Sikamat mencecah sekitar 3000 orang. Majmuk. Melayu Cina dan India. Kami menetapkan akan bergerak ke Rembau selepas magrib.
Plan (kengkonon)
Dengan menganalisis situasi semasa di parlimen Rembau, di mana kejadian pihak-pihak tertentu mengupah samseng Melayu membakar poster BA, wa menjangkakan situasi mungkin tegang di majlis perdebatan itu.
Oleh kerana wa membawa alat rakaman, sukar untuk bergerak jika situasi kelam kabut dan menjamin bahan rakaman, kami mengambil keputusan untuk mengambil tempat di dalam kumpulan UMNO.
Pentas.
Kami sampai di Rembau kira-kira pukul 9.00 malam. Wa tengok kehadiran kurang memuaskan. Sekitar 1000 orang. Keadaan pentas tidak seperti perdebatan. Hanya ada satu tempat berucap.
Format pun tidak diketahui. Adakah tempat berucap itu akan digunakan bergilir-gilir atau sebagainya.
Wa tengok Cikgu Bard cukup bersedia. Ada beg yang mengandungi fail-fail rasuah, projecktor untuk tayangan. Ada jurukamera RTM. (wa g depan2 dia rakam muka dia, pastu dia blah Mr. Green )
Samseng taik kucing.
Mengabehkan bogheh kato orang N9. Buang maso den yo. Baik den ikot membo den jalan kaki tawaf taman perumahan edar VCD. Nak buek siang paneh.
Sekor gangster pon tak datang. Yang ado kelkatu buat acara penerbangan secara beramai-ramai keliling lampu pentas. Wa dah tensyen. SMS uma, uma leh gelakkan wa.
Ramli Sarip.
Hati wa memola terkujat gak sebab artis yang wa suka (suka tapi tak minat) Ramli Sarip ada kat pentas. Sejak bila plak ni? Rupa-rupanya WM umnoreform yang tawar diri untuk jadi pengacara.
Die pun kena kencing gak. Datang dari KL semata-mata nak tgk kelibat samseng, dan agen Singapore ni berdebat. Samseng hampeh. Bacul sama dengan bapak mertua. Takut berdebat dengan TGHH.
Kesimpulan.
Kesimpulannya hanya satu. Melayu b0d0h adalah nyawa mereka. Mari memperbodohkan mereka. Adalah bahaya jika mereka pandai. Hanya gh dalam media. Tapi sebenarnya......
Wallahualam."
Labels: Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 6, 2008
ROMBONGAN IRING HISAMUDDIN SERANG PEJABAT KEADILAN !!!
Konvoi mat rempit iring Hishamuddin buat kecoh di Permatang Pauh
Malaysiatoday
Oleh Zulkifli Mohamed
PERMATANG PAUH : Umno-BN semakin terdesak dan mula berlagak ala samseng. Mana tidaknya konvoi motosikal kira-kira 100 ‘Mat Rempit’ yang membawa bendera Umno-BN bertindak membaling batu sebesar bata ke arah bilik Gerakan Keadilan Mengkuang Semarak, dekat sini, malam semalam.
Dalam kejadian pada jam 10.45 malam, sebuah kereta Kancil turut rosak apabila kumpulan mat rempit berkenaan turut melanggar kereta tersebut yang datang dari arah bertentangan.
Kumpulan yang disertai beberapa motosikal berkuasa tinggi dipercayai sedang mengiringi beberapa pemimpin Umno yang dalam perjalanan untuk menghadiri program anjuran parti tersebut.
Difahamkan salah seorang pemimpin terbabit adalah Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein, yang dijadual menghadiri program di bilik gerakan Umno yang terletak kira-kira 300 meter dari bilik Gerakan KeADILan.
Menurut saksi kejadian, Baharudin Abdullah kumpulan berkenaan membaling batu ke arah mereka ketika beliau sedang memberikan taklimat kepada kira-kira 100 petugas keselamatan.
“Sambil mengeluarkan kata-kata kesat, mereka melontar kira-kira 10 ketul batu ke arah kami,” ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Menurut Baharuddin pihaknya tidak bertindak balas, kerana yakin tindakan tersebut merupakan provokasi Umno.
Sementara itu, Anuar Harun yang turut berada di tempat kejadian, memberitahu sejurus kemudian kenderaan yang membawa Hishamuddin melepasi bilik gerakan mereka.
“Saya lihat Hishamuddin hanya tersenyum dalam keretanya,” jelas seorang lagi saksi Mohd Fizal Kassim.
Sepasukan Polis Simpanan Persekutuan turut dikejarkan ke tempat kejadian.
Ekoran kejadian itu keADILan telahpun membuat laporan polis.
Malaysia Today yang menerima maklumat kemudiaannya berjaya menjejaki sebahagian mat rempit tersebut di bangunan Umno bahagian.
Salah seorang daripadanya, yang hanya mahu dikenali sebagai Shukri memberitahu dia dibayar sebanyak RM10.00 untuk menyertai konvoi tersebut.
“Saya datang bersama rakan-rakan datang dari Kepala Batas,” jelasnya.
Petugas BA tahan van edar risalah
Dalam kejadian berasingan, kira-kira jam 2.30 pagi tadi pihak keselamatan Barisan Rakyat berjaya menahan sebuah van bersama pemandunya yang memuatkan ribuan risalah layang memburukkan pimpinan PAS.
Risalah tersebut dipercayai untuk edaran di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang ditandingi PAS.
Pada sidang media petang tadi, calon PAS Mohd Hamdan Abdul Rahman memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Pemandu van Johari Wanchik, merupakan petugas Umno,” jelasnya.
Tambah Hamdan pihak polis akan menyerahkan risalah tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi meneliti sama ada ia menyalahi akta pilihanraya.
“Kita juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
Labels: Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 24, 2008
Petugas BA Perlis harus berhati hati dengan samseng Shahidan...
anakperelihblog.blogspot
Tadi, semasa berada berhampiran sebuah bilik gerakan BN sebuah cawangan UMNO Perlis, saya terdengar percakapan salah seorang petugas disitu yang Shahidan telah menggunakan "samseng kampung" (geng Gagak Hitam kut??) untuk membuang bendera bendera BN di Kangar. Bendera bendera tersebut bukan dibuang oleh petugas petugas biasa BN seperti dilaporkan oleh beberapa media. Arahan juga dikeluarkan kepada bilik bilik gerakan di Kuala Perlis supaya berbuat sedemikian. Samseng samseng kampung ini juga dikatakan akan ke Kuala Perlis untuk melakukan pekara yang sama seperti apa yang mereka lakukan di Kangar. Tetapi Petugas petugas BN Kuala Perlis memberi amaran, kalau samseng samseng Shahidan ini meneruskan kerja membuang bendera di Kuala Perlis, petugas BN di Kuala Perlis sanggup bergaduh/berkelahi. Ini menyebabkan samseng samseng Shahidan ini tidak meneruskan niat mereka (Orang Kuala Perlis terkenal dengan sifat kahaq mereka). Sebab itu bendera bendera BN di Kuala Perlis tidak diturunkan semasa drama buang bendera BN di Kangar berlaku.
Guna Samseng samseng ini adalah untuk melakukan provokasi dan tindakan menekan pimpinan BN di Putrajaya - Pak Lah, Radzi, Azmi dan Najib bahawa ahli akar umbi UMNO berdiri teguh dibelakang Shahidan dan sanggup memulau pilihanraya ini jika Shahidan diketepikan. Dan nampaknya strategi ini berjaya.
Saya juga mendapat maklumat bahawa samseng samseng ini juga akan digunakan untuk menggangu rumah Dato Radzi, yang pada ketika ini, ramai pengikutnya juga berkumpul dirumahnya.
Oleh itu, saya berharap agar petugas petugas BA - PAS dan PKR di Perlis agar berhati hati terhadap kumpulan samseng kampung upahan Shahidan ini semasa pilihanraya ini. Keselamatan diri dan bilik gerakan harus sentiasa diutamakan selain berwaspada terhadap provokasi yang diadakan seperti yang pernak dilakukan semasa pilihanraya kecil Indera Kayangan dahulu.
Ini adalah disebabkan, jika antara sesama petugas BN sendiri pun mereka boleh cuba mencetuskan kekacauan dan provokasi, termasuk terhadap pemimpin UMNO sendiri, maka tiada halangan dan tiada sebab pekara yang sama atau lebih lagi dilakukan terhadap petugas petugas BA.
Saya juga berharap agar media alternatif pro atau milik BA seperti malaysiakini, klpos dan harakahdaily untuk juga memantau berita berita di Perlis kerana sebarang insiden buruk terjadi terhadap petugas BA akan disembunyikan oleh media arus perdana.
Petugas petugas BA juga mestilah, jika boleh merakam gambar atau video sebagai bukti terhadap sebarang kejadian provokasi/kekacauan yang dicetuskan oleh samseng samseng kampung ini... Bukti bukti ini boleh dihantar ke malaysiakini, harakahdaily, klpos dan youtube untuk sebaranke seluruh negara serta dunia serta untuk laporan polis.
Jika anda tidak mempunyai akaun broadband untuk upload ke media alternatif atau youtube, sila dapatkan bantuan dari bilik gerakan BA di Kangar yang insyaallah mempunyai kemudahan tersebut atau e-mail saya di anak_perelih(at)yahoo.com. Saya mempunyai kemudahan broadband.
Labels: Belit Shahidan, Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 14, 2008
Pemuda PAS diancam tembak !!!
Lima petugas pemuda PAS diancam tembak Oleh Bekas Speaker DUN Terengganu
buletinonline
(Foto: Selepas membuat laporan di Balai Polis KT)
Kuala Terengganu, 14 Feb – Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.
Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato’ Che Mad, mereka cuba memanjat tiang telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera ditegakkan, tiba-tiba Dato’ Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.
Dato’ Che Mad mengugut dengan berkata “jangan melampau, kang boleh susah kang!”, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.
“Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera” jelas Mohd Faiz.
Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato’ Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.
“Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru” tambah Mohd Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat Perhubungan PAS, pada petang ini.
Dato’ Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata “mu letak lah! Aku tembak kang!” , dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.
“Kami terkejut, dan saya terus lari” kata Muhammad Zulkifli.
Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.
Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil jalan ‘perbalahan dan peperangan’ dalam masa semua pihak menghargai dan menghormati demokrasi.
“Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para petugas demokrasi adalah umpama ‘pengganas’” jelas Wan Faizul.
Labels: Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 14, 2008
SAMSENG UMNO CUBA GANGGU KEADILAN
Keadaan bertukar tegang dengan berlakunya pertengkaran diantara penduduk yang bersama-sama KeADILan dan kumpulan Umno terbabit.Ribuan sertai program KeADILan di Selayang, BN bakal terkubur.
KeADILan
Ahli KeADILan Ditampar Penyokong Umno
Jam menunjukkan 8.30 malam dan di premis ceramah, hadirin mula membanjiri kawasan sekitar sehingga lalulintas terhenti buat seketika. Hadirin seramai 300 orang bersesak-sesak untuk menemui bakal Perdana Menteri Malaysia itu sehingga mendorong cemburu segelintir ahli Umno.
Keadaan bertukar tegang dengan berlakunya pertengkaran diantara penduduk yang bersama-sama KeADILan dan kumpulan Umno terbabit. Seorang ahli KeADILan dari Selayang ditampar namun ia berjaya diselesaikan dengan baik oleh penganjur ceramah.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Bendahari William Leong. Ucapan informasi dari peguam korporat itu menasihatkan penduduk Ulu Kepong untuk peka kepada isu-isu semasa dan tidak memandang remeh rasuah yang berlaku di negara kita.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Gobalakrishnan pula memberi penerangan mengenai isu Hindraf yang diputar media media serta perkembangan terabru lima pmimpin Hindraf yang dikurung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Disusuli dengan ucapan dari Ketua Penerangan Tian Chua, kelihatan pihak polis mula memenuhi ruang-ruang diantara hadirin.
Beliau membidas kenaikan harga barangan rumah, petrol dan tol yang semakin menyesakkan poket rakyat. Dengan negara diasak pengganguran dan salahguna kusa, jenayah semakin mengganas dan terus meningkat. |more...|
Labels: Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
JKKK musnahkan harta kerajaan
Ditulis oleh SM Noor
Buletinonline
Marang, 13 Jan – Tindakan gelojoh dan tanpa kira bicara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Perpat, DUN Pengkalan Berangan, Marang telah memusnahkan paip pengairan Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat. Akibat dari tindakan itu, JKKK Bukit Perpat telah memusnahkan harta kerajaan yang diagihkan sebagai subsidi kepada kelompok penanam betik oleh Jabatan Pertanian. Paip pengairan bagi menyiram pokok betik telah musnah semasa aktiviti pembajakan yang dilakukan oleh JKKK Bukit Perpat.
Ketua Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat, Abdul Razak Abdullah(Pak Jak), memberitahu Buletinonline bahawa JKKK telah masuk kedalam kawasan tersebut dan melakukan pembajakan tanpa membuat pemberitahuan kepada pihak beliau.
Pak Jak hanya mendengar khabar bahawa JKKK Bukit Perpat berhasrat untuk menanam jagung di kawasan tersebut, namun tidak ada surat ‘hitam putih’ dari pihak JKKK memaklumkan hasrat mereka kepada beliau.
“Mereka tak beritahu apa-apa, saya hanya tahu apabila pergi ke kebun, sudah siap dibajak dengan bajak piring,”“Habis paip dimana mereka membajak, hancur semuanya.” Kata Pak Jak dengan nada kesal.
Pak Jak kesal kerana sebenarnya sebahagian ahli-ahli Kelompok itu juga adalah terdiri daripada ahli-ahli JKKK. Tanah yang dibajak itu juga adalah bekas tanah yang telah mereka usahakan dengan tanaman betik.
“Mereka tahu ada paip disitu, tapi mereka lanyak juga. Tak tahulah apa niat sebenar mereka berbuat demikian” keluh Pak Jak.
Kelompok Penanaman Betik Bukit Perepat telah menjalankan usaha pertanian sejak 22 tahun yang lalu. Tanah seluas hampir 100 ekar tersebut berhampiran dengan kilang-kilang papan dan telah digazetkan sebagai Tapak Perindustrian Ajil. Pada tahun 1986, Pak Jak dan rakan-rakanya seramai 40 orang telah memohon untuk mengusahakan tanah tersebut secara ‘sementara’.
The image “http://buletinonline.net/images/stories/bktperpat5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Jabatan Pertanian telah memberikan sokongan dan bantuan berupa input-input pertanian termasuk benih, baja dan sistem pengairan. Kelompok Penanaman Betik Bukit Perpat telah berjaya dan mengeluarkan sebanyak 5 tan betik ‘eksotika’ sebulan untuk pasaran tempatan. Ia adalah satu-satunya kawasan pengeluar betik eksotika yang terbesar di negeri Terengganu.
Akibat dari pemusnahan paip oleh JKKK tersebut, kerajaan telah mengalami kerugian sekitar RM 3000. Walaupun bagi sesetangah pihak, nilai itu adalah kecil, namun bagi Pak Jak, harta kerajaan adalah amanah rakyat yang wajib dipelihara keselamatannya.
Labels: Samseng UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments