KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 6, 2008

ROMBONGAN IRING HISAMUDDIN SERANG PEJABAT KEADILAN !!!

Konvoi mat rempit iring Hishamuddin buat kecoh di Permatang Pauh
Malaysiatoday
Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH : Umno-BN semakin terdesak dan mula berlagak ala samseng. Mana tidaknya konvoi motosikal kira-kira 100 ‘Mat Rempit’ yang membawa bendera Umno-BN bertindak membaling batu sebesar bata ke arah bilik Gerakan Keadilan Mengkuang Semarak, dekat sini, malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.45 malam, sebuah kereta Kancil turut rosak apabila kumpulan mat rempit berkenaan turut melanggar kereta tersebut yang datang dari arah bertentangan.

Kumpulan yang disertai beberapa motosikal berkuasa tinggi dipercayai sedang mengiringi beberapa pemimpin Umno yang dalam perjalanan untuk menghadiri program anjuran parti tersebut.

Difahamkan salah seorang pemimpin terbabit adalah Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein, yang dijadual menghadiri program di bilik gerakan Umno yang terletak kira-kira 300 meter dari bilik Gerakan KeADILan.

Menurut saksi kejadian, Baharudin Abdullah kumpulan berkenaan membaling batu ke arah mereka ketika beliau sedang memberikan taklimat kepada kira-kira 100 petugas keselamatan.

“Sambil mengeluarkan kata-kata kesat, mereka melontar kira-kira 10 ketul batu ke arah kami,” ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Menurut Baharuddin pihaknya tidak bertindak balas, kerana yakin tindakan tersebut merupakan provokasi Umno.

Sementara itu, Anuar Harun yang turut berada di tempat kejadian, memberitahu sejurus kemudian kenderaan yang membawa Hishamuddin melepasi bilik gerakan mereka.

“Saya lihat Hishamuddin hanya tersenyum dalam keretanya,” jelas seorang lagi saksi Mohd Fizal Kassim.

Sepasukan Polis Simpanan Persekutuan turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Ekoran kejadian itu keADILan telahpun membuat laporan polis.

Malaysia Today yang menerima maklumat kemudiaannya berjaya menjejaki sebahagian mat rempit tersebut di bangunan Umno bahagian.

Salah seorang daripadanya, yang hanya mahu dikenali sebagai Shukri memberitahu dia dibayar sebanyak RM10.00 untuk menyertai konvoi tersebut.

“Saya datang bersama rakan-rakan datang dari Kepala Batas,” jelasnya.

Petugas BA tahan van edar risalah

Dalam kejadian berasingan, kira-kira jam 2.30 pagi tadi pihak keselamatan Barisan Rakyat berjaya menahan sebuah van bersama pemandunya yang memuatkan ribuan risalah layang memburukkan pimpinan PAS.

Risalah tersebut dipercayai untuk edaran di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang ditandingi PAS.

Pada sidang media petang tadi, calon PAS Mohd Hamdan Abdul Rahman memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Pemandu van Johari Wanchik, merupakan petugas Umno,” jelasnya.

Tambah Hamdan pihak polis akan menyerahkan risalah tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi meneliti sama ada ia menyalahi akta pilihanraya.

“Kita juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive