KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 6, 2008

PKR Pahang jumpa SPR

klpos.com
Oleh Sinar Harian
Khamis, 06 Mac 2008

HAMPIR 100 penyokong setia Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) negeri di sini semalam.

Penyerahan memorandum itu diketuai calon PKR Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, bersama calon PKR Indera Mahkota, Azan Ismail, calon PKR Semambu, Nancy Kong dan calon PKR Teruntum, Siew Fook Chan. Memorandum diserahkan kepada penolong pegawai pilihan raya negeri, Zain Mokhsar Ahmad di pejabatnya kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Menurut Fuziah, tujuan utama penyerahan memorandum itu adalah untuk meminta SPR menjelaskan beberapa perkara meragukan timbul selepas semakan dibuat pada senarai daftar pemilih yang dikeluarkan.

“Antara kekeliruan yang kami kesan ialah pertindihan nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat dalam senarai daftar pemilih untuk undi pos dan proses undi biasa,” katanya.

Selain itu, proses pembuangan undi pos juga didakwa telah berjalan tanpa mengikut peruntukan dalam prosedur 9 “Ketelusan Dalam Urusan Pengeluaran Kertas Undi Pos” perkara 9.1.4 (a) (i) & (ii) seperti dibekalkan untuk rujukan oleh SPR sendiri.

“Paling mengejutkan kami, proses undi pos di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelam semalam diawalkan daripada jadual asal tanpa pengawasan daripada Pegawai Pengurus atau Pemerhati Pilihan raya. Manakala, undi pos di Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing pula tiada senarai pemilih berdaftar dibekalkan kepada kami untuk tujuan rujukan,” katanya.

Dalam pada itu, penolong pegawai pilihan raya negeri, Zain Mokhsar berjanji untuk menyampaikan memorandum itu kepada pihak atasan untuk diteliti dan satu kenyataan rasmi mengenai perkara yang dibangkitkan akan dibuat dalam masa terdekat.

Calon PKR di Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dalam kenyataannya meminta SPR menjalankan tugas dengan lebih telus bagi mengelakkan krisis kepercayaan di kalangan rakyat sehingga membuatkan mereka tidak lagi berminat untuk keluar membuang undi.

“Ini penting. Sebagai sebuah suruhanjaya yang dipertanggungjawab dalam menentukan proses demokrasi berjalan lancar tanpa perkara-perkara berbangkit seperti ini, SPR sepatutnya peka dalam menjalankan tugas mereka. Bukannya hanya bertindak selepas menerima permintaan atau memorandum daripada kami,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive