KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 6, 2008

CHEGUBARD: PERKEMBANGAN DI REMBAU

chegubard
Salam perjuangan....

Saya mohon maaf sangat - sangat kepada semua kerana gagal update blog ini..... di Rembau tidak ada 3G.

Setakat ini Rembau mungkin merupakan kawasan pilihanraya yang paling banyak laporan. Laporan barang kempen hilang. Saya kerugian kira - kira RM13000 kerana bendera, banner dan poster hilang. Serangan hanya dibuat ke atas barang kempen parlimen. Laporan telah dibuat tetapi pihak SPR gagal bertindak.

Isu keganasan dan gangsterisme banyak berlaku. Teman anak muda yang turun berkempen diugut dan dikasari. Rumah calon Rantau Kak Aisah dikepung gerak gempur Umno dan beliau diugut.


Saya dituduh menyerang peribadi...tetapi setiap malam saya menyebut fakta, saya membongkarkan no kad pengenalan, nombor transaksi dan perbagai dokumen bukti bagaimana anak dan menantu mempergunakan kedudukan bapa mertua yang lemah mengaut keuntungan peribadi dan merugikan negara.

Untuk itu saya cabar Khairy datang berdebat pada 6 Mac 2008, 8malam di Taman Seri Rembau (belakang pejabat Majlis Daerah Rembau). Kita berdebat isu rakyat saya akan bongkarkan bagaimana manusia bernama Khairy ini boleh kaya dalam satu malam. Dua pihak setuju jadi moderator satu Parti Mahasiswa Negara dan satu lagi ialah Anuar Mohd Nor, editor Umno Reform.

Anwar Ibrahim setuju untuk turun ke Rembau pada 6 Mac 2008, jam 4.30 petang juga di Taman Seri Rembau.

Petugas parti diugut dan ada yang dibayar bukan untuk masuk Umno tetapi cuma perlu berdiam dan jangan menyokong keADILan. Saya memerlukan bantuan tenaga sukarelawan khususnya 48 jam terakhir kempen.

Bantuan dana insyaAllah saya dapat kira kira RM32,000. Terima kasih kepada teman yang sudi membantu. Saya cuba gunakan secara berkhemah tetapi keadaan banyak bahan kempen yang terpaksa dibuat semua memaksa perbelanjaan bertambah.

Banyak laporan mengenai sikap sombong Khairy. contohnya ada laporan ketika dia melawat Pasar Malam Kota ada peniaga keropok yang sedang sibuk mengoreng keropok dan tidak bersalam dengan dia telah ditarik lesenya, saya telah meminta petugas kempen menghubungi peniaga itu untuk mengesahkan khabar laporan. Khairy menggunakan banyak kemudahan kerajaan untuk bergerak pantas dalam PRU ke 12 ini. Dia juga ada banyak masalah seperti ada beberapa laporan yang menyatakan dia tidak mendapat jemputan dalam program Kerajaan Negeri seperti perasmian dan seumpamanya tetapi dia dengan angkuh 'merempuh' majlis kerajaan negeri menyebabkan Datuk Seri Mohamad Hassan juga mula bosan dengan sikap sombong Khairy.

Malam tadi di rumah bekas wakil rakyat Chembong, Datuk Rais Zainuddin telah dibuat ceramah BN. Ceramah ini kali pertama setelah beliau berdiam diri sekian lama semenjak penamaan calon. Pengerusi mengumumkan Khairy akan hadir tetapi sehingga 12 tengahmalam dia tidak muncul.

Peluang dilihat cerah, protes orang melayu juga mula tinggi. Di Seremban selatan 3 malam lepas telah menyaksikan lebih 2ribu masyarakat India berkumpul menyatakan sokongan terhadap keADILan. Begitu juga mood dikalangan pengundi cina amat baik.

Kepada anak Rembau baliklah membantu !!! Kepada mereka yang tidak mengundi di Rembau diharapkan mencari kenalan lama, saudara mara atau kenalan baru yang mengundi di Rembau. Sekurang - kurangnya buat panggilan telefon untuk merayu undi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive