edition.globalmediachannel.tv (...) Menurut Chegubard, perjalanan pilihanraya di Rembau berjalan dengan tidak adil dan tidak demokratik.
Diantara insiden yang berlaku pada hari pilihanraya di Rembau ialah pengundi mengundi lebih dari sekali, pengundi yang berdaftar tidak dibenarkan mengundi dan pengundi yang berdaftar tidak dapat mengundi kerana namanya telah digunakan.
Selain daripada itu petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang membantu Badrul Hisham dinafikan hak untuk mendapatkan borang 14 dikebanyakkan pusat mengundi.
Ketika dihubungi, Chegubard menyatakan bahawa petisyen tersebut difailkan bagi memenuhi janji beliau kepada rakyat Rembau untuk terus berjuang sehingga keadilan ditegakkan.
Kata beliau lagi, Khairy Jamaluddin sekarang sedang berada dalam ketakutan oleh kerana tahu kemenangannya disebabkan oleh penipuan dan penyalahgunaan jentera kerajaan secara berleluasa. more...
Apr 25, 2008
Petisyen mempertikaikan keputusan pilihanraya Rembau difailkan hari ini
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dia sudah mula menjawab....
Chegubard - Nampaknya sudah panas balik...bermula dari Ahad lepas dimana secara tergesa gesa Umno (juak-juak dia) mengatur program 'terjun' Gotong Royong bersama 'Ahli Parlimen Rembau' di Taman Jasmin Senawang... mungkin ini kerana juak - juaknya yang panik melihat persiapan Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang menampilkan Fairus (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang) dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen L.Pantai).
Dalam ucapanya ketika 'merasmikan surau tidak siap' itu dia menggunakan sepenuhnya untuk membelasah cheGuBard dan TauFek (Paroi). Petang sebelum program segerombolan penguatkuasa MPS juga tiba untuk menurunkan bendera keADILan yang dipasang sebagai penunjuk arah. cheGuBard terpaksa turun sendiri petang itu demi memastikan semuanya terkawal. Hujah kita ialah kenapa bendera Umno (menyambut Khairy) dibiarkan tetapi bendera keADILan diturunkan ? Penguatkuasa tersebut memohon maaf kerana katanya dia diarahkan oleh pegawainya yang menerima tekanan dari atas...!!! Dia merayu agar bendera di Trafik Light yang sudah ditanggalkan jangan dipasang semula...yang lain ok tetapi perlu segera ditanggalkan selepas program......Malam itu dia dikejutkan dengan kehadiran lebih dari 3,000 orang menyaksikan Pentas Anak Muda anjuran keADILan Rembau.
Nampaknya anak kelahiran Kuwait ini sudah mula bersuara semula. Dia bersuara mungkin kerana tiada pilihan lain. Memang banyak 'version' misteri kemenangan dia.... ada yang kata undi pos...ada yang kata jumlah undi ditipu...ada pula maklumat dan gambar yang merakam bagaimana dua peti akhir masuk ke Pusat Penjumlahan dengan di iringi kenderaan yang dinaiki Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua ini menjadi cakap - cakap bukan sahaja di Rembau tetapi di seluruh negara. Hari ini pula di Malaysiakini dia sudah mula bercakap mengenai keputusan pilihanraya. Bagus dia sudah termakan pancing untuk kembali melompat. more...
Labels: Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 11, 2008
Mar 10, 2008
PESANAN SMS DARI CHEGUBARD
rockybru
The man who took on KJ sent me this sms earlier today:
"Maat sgt saya gagal hentikan menantu dlm keadaan p/raya penuh ketidakadilan. Namun janji saya terus bjuang - cheGuBard."
[I am sorrry i failed to stop the son-in-law, in an election that was filled with dirty tricks. But I shall fight on."]
I told him he may have lost the election but he has won many, many hearts. And he's inspired millions, me included.
Labels: Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 6, 2008
CHEGUBARD: PERKEMBANGAN DI REMBAU
chegubard
Salam perjuangan....
Saya mohon maaf sangat - sangat kepada semua kerana gagal update blog ini..... di Rembau tidak ada 3G.
Setakat ini Rembau mungkin merupakan kawasan pilihanraya yang paling banyak laporan. Laporan barang kempen hilang. Saya kerugian kira - kira RM13000 kerana bendera, banner dan poster hilang. Serangan hanya dibuat ke atas barang kempen parlimen. Laporan telah dibuat tetapi pihak SPR gagal bertindak.
Isu keganasan dan gangsterisme banyak berlaku. Teman anak muda yang turun berkempen diugut dan dikasari. Rumah calon Rantau Kak Aisah dikepung gerak gempur Umno dan beliau diugut.
Saya dituduh menyerang peribadi...tetapi setiap malam saya menyebut fakta, saya membongkarkan no kad pengenalan, nombor transaksi dan perbagai dokumen bukti bagaimana anak dan menantu mempergunakan kedudukan bapa mertua yang lemah mengaut keuntungan peribadi dan merugikan negara.
Untuk itu saya cabar Khairy datang berdebat pada 6 Mac 2008, 8malam di Taman Seri Rembau (belakang pejabat Majlis Daerah Rembau). Kita berdebat isu rakyat saya akan bongkarkan bagaimana manusia bernama Khairy ini boleh kaya dalam satu malam. Dua pihak setuju jadi moderator satu Parti Mahasiswa Negara dan satu lagi ialah Anuar Mohd Nor, editor Umno Reform.
Anwar Ibrahim setuju untuk turun ke Rembau pada 6 Mac 2008, jam 4.30 petang juga di Taman Seri Rembau.
Petugas parti diugut dan ada yang dibayar bukan untuk masuk Umno tetapi cuma perlu berdiam dan jangan menyokong keADILan. Saya memerlukan bantuan tenaga sukarelawan khususnya 48 jam terakhir kempen.
Bantuan dana insyaAllah saya dapat kira kira RM32,000. Terima kasih kepada teman yang sudi membantu. Saya cuba gunakan secara berkhemah tetapi keadaan banyak bahan kempen yang terpaksa dibuat semua memaksa perbelanjaan bertambah.
Banyak laporan mengenai sikap sombong Khairy. contohnya ada laporan ketika dia melawat Pasar Malam Kota ada peniaga keropok yang sedang sibuk mengoreng keropok dan tidak bersalam dengan dia telah ditarik lesenya, saya telah meminta petugas kempen menghubungi peniaga itu untuk mengesahkan khabar laporan. Khairy menggunakan banyak kemudahan kerajaan untuk bergerak pantas dalam PRU ke 12 ini. Dia juga ada banyak masalah seperti ada beberapa laporan yang menyatakan dia tidak mendapat jemputan dalam program Kerajaan Negeri seperti perasmian dan seumpamanya tetapi dia dengan angkuh 'merempuh' majlis kerajaan negeri menyebabkan Datuk Seri Mohamad Hassan juga mula bosan dengan sikap sombong Khairy.
Malam tadi di rumah bekas wakil rakyat Chembong, Datuk Rais Zainuddin telah dibuat ceramah BN. Ceramah ini kali pertama setelah beliau berdiam diri sekian lama semenjak penamaan calon. Pengerusi mengumumkan Khairy akan hadir tetapi sehingga 12 tengahmalam dia tidak muncul.
Peluang dilihat cerah, protes orang melayu juga mula tinggi. Di Seremban selatan 3 malam lepas telah menyaksikan lebih 2ribu masyarakat India berkumpul menyatakan sokongan terhadap keADILan. Begitu juga mood dikalangan pengundi cina amat baik.
Kepada anak Rembau baliklah membantu !!! Kepada mereka yang tidak mengundi di Rembau diharapkan mencari kenalan lama, saudara mara atau kenalan baru yang mengundi di Rembau. Sekurang - kurangnya buat panggilan telefon untuk merayu undi.
Labels: Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ANWAR DI REMBAU 6/3/2008
Upacara bermula jam 4.30 petang. Bermula dengan ucapan dari calun DUN dan CheguBard. Membawa bersama buku rujukan kisah salah guna kuasa Dollah Badawi dan Khairy. Berkisar tentang penyelewengan skandal pertukaran minyak dan makanan Iraq, kisah Kamaluddin yang bersekongkol dengan pengeluaran peralatan senjata dan beberapa kisah menarik. Beliau turut mempertikaikan asal usul KHAIRY yang mengaku sebagai anak jati REMBAU sedangkan lahirnya di luarnegara dan membesar di SIngapura sementara melanjutkan pelajaran ke London. Menggunakan bahasa NEGERI SEMBILAN dan jelas beliau adalah anak tempatan yang terus menjunjung budaya sendiri.
Beberapa minit kemudian, Anwar pun tiba dengan diringi konvoi motosikal dan jeritan "REFORMASI" pun bergema. Kelihatan beliau amat keletihan tetapi bersemangat untuk menemui rakyat di REMBAU. Ucapan beliau disambut dengan gelak ketawa. Beberapa cerita dan kisah tentang penahanan, salah guna kuasa dan cita cita Barisan Alternatif apabila memenangi pilihanraya nanti. Sedikit tentang penyelewengan perlantikan penghakiman dan rakyat memberikan sambutan yang amat hebat apabila Anwar berjanji untuk mengurangkan harga minyak, pendidikan percuma dan disudahi dengan memperkenalkan wakil DUN DUN di Rembau.
Kedatangan dianggarkan seramai 6,000 orang dan Chegubard menjelaskan bahawa pada awalnya mereka memohon untuk mengadakan di padang yang lebih besar tetapi beliau telah TIDAK DILAYAN oleh Pegawai Daerah Rembau, malah menyedihkan panggilan talipon beliau diputuskan oleh Pegawai tersebut. Namun tidak mematahkan semangat dan kedatangan hari ini sekurang kurangnya memberikan beliau suntikan untuk meneruskan cita cita beliau.
Sebelum ceramah dimulakan, sempat juga wak bertemu dengan CheguBard sendiri dan beliau menyatakan kekecewaannya apabila signboard dan bendera dibuang oleh samseng samseng BERUK REMBAU tajaan Khairy. Berbelas ribu sudah dibelanjakan tetapi banyak poster dan bendera yang musnah dan dibuang oleh samseng UMNO. Jentera PKR memasangnya pada waktu malam dan keesokan harinya semua sudah hilang. Malah ada yang dibakar.
Setibanya di lokasi ceramah, Anwar di usung dan terus memberikan ucapan
Pada hadirian memberikan perhatian
Chegubard memberikan posing istimewa
Sedang memberikan taklimat kepada penyokong DAP yang datang memberikan sokongan
Anwar membongkar kisah Dollah, Kerajaan dan Beruk Rembau
Penonton semakin ghairah mendengar ucapan
T SHirt menarik ...... "UNDI CIKGU, JANGAN UNDI MENANTU
Penonton yang semakin teruja sambil ketawa mendengar penerangan
Labels: Anwar Ibrahim, Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments