malaysiakini - Tan Sri Sanusi Junid mendakwa setiausaha politik menteri kewangan sebagai dalang yang mencadangkan beliau dipecat daripada presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) awal bulan ini.
Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu, enggan menyebut nama setiausaha politik terbabit dengan alasan tidak mengetahui namanya.
"Saya tidak tahu... tetapi setiausaha politik menteri kewangan hanya seorang sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan medianya minggu lalu.
"Saya sebenarnya dipecat melalui saluran setiausaha politik menteri kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM ketua perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam majlis UIA," kata Sanusi minggu lalu.
Malaysiakini difahamkan, Datuk Reezal Merican Naina Merican memenuhi ciri yang digambarkan oleh bekas presiden universiti itu.... selanjutnya.
Jun 16, 2008
Reezal 'batu api' pecat saya
Labels: Sanusi Junid, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 12, 2008
Dipecat kerana tolak UMNO
zul4kulim - Hari ini sah Tan Sri Sanusi Junid dipecat dari jawatan Presiden UIAM. Walaupun alasan rasmi diberikan kononnya Tuanku Sultan Pahang yang membuat keputusan, tapi satu dunia tahu bahawa sebab sebenar adalah kerana TSSJ keluar drpd UMNO mengikut sifunya Che' Det. Ini lagi satu bukti bagaimana UMNO nak memperlembukan rakyat dengan kenyataan bodoh & menipu.
Ternyata UMNO/BN masih tidak belajar dari nabak politik 8 Mac lepas. Penyakit bongkak, sombong & angkuh masih bersarang dalam benak mereka. Begitu juga isu pemimpin parti Gerakan WP& PP yang digantung/dipecat hanya kerana menerima jawatan dari kerajaan Pakatan Rakyat.
Hari ni Datuk Mokhzani ditekan supaya letak jawatan sebagai Pengerusi Sepang F1 Circuit hanya kerana keluar UMNO atas alasan itu syarikat kerajaan, walaupun Datuk Mokhzani telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Sedangkan Pengerusi MAS Munir Majid yang menyalahgunakan kedudukan dengan flite business class ke London percuma untuk jumpe girlfriend, arak mahal disapu, membazir duit MAS dikekalkan..eh..dapat pingat Tan Sri lagi semalam.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 11, 2008
"Depa pecat I"
UIA: Sanusi dipecat, KSN dilantik Presiden baru
berita lain ...
Dr. M: Tiada desakan, sedia lepas Penasihat Petronas jika diminta
"Saya akan terus kekal. Ini bukan jawatan parti. Ini jawatan lain.Tapi kalau hendak suruh saya berhenti lah. Tak ada masalah," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya sebagai Penasihat Petronas di sini.
"Setakat ini tiada (desakan) daripada mana-mana meminta berbuat demikian (lepaskan jawatan Presiden)," kata beliau ketika mengulas mengenai status kedudukan beliau sebagai Penasihat Petronas dan sama ada pernah menerima desakan atau tekanan supaya turut melepaskan kedudukan itu.
Jelas beliau, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketika juga pernah menjadi Penasihat Petronas, jawatan yang dikekalkan sehingga beliau meninggal dunia meskipun tidak pernah masuk kembali Umno.- MStar
Labels: Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 10, 2008
Sanusi marah hilang jawatan
Siden ganti Sanusikecewa dengan tindakan itu .... Sanusi Junid keluarkan kenyataannya ...
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Presiden kelima Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuat kuasa 2 Jun lalu.
Beliau menggantikan Tan Sri Sanusi Junid yang tempoh perkhidmatannya dipendekkan dua tahun.
Tempoh perkhidmatan Sanusi sepatutnya berakhir pada 2010. - Bharian
Nak buat camane ? Itu lah nasib jadi pembangkang. Jangan tak tau lak.'PM pengaruhi pemecatan saya'
Beliau berkata Sultan Pahang sebagai ketua perlembagaan universiti itu "hanya boleh memberhentikannya atas nasihat" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam kenyataannya hari ini, Sanusi berkata beliau dipecat dalam satu surat bertarikh 2 Jun tetapi surat tersebut diserahkan kepadanya semalam.
Beliau berkata, dakwaannya itu diperkuatkan lagi oleh kenyataan menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada minggu lalu bahawa tiada pihak yang mendesak supaya bekas menteri besar itu berhenti dan kuasa menamatkan khidmatnya hanya ada pada ketua perlembagaan UIA. - malaysiakini
Labels: Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 6, 2008
'UIA pusat gerakan anti-kerajaan'
malaysiakini - Berikut sedutan bahagian-bahagian utama kenyataan bertulis Tan Sri Datuk Seri Sanusi Junid, setebal 13 halaman, mengenai keengganannya melepaskan jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Saya telah meminta kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyambung jawatan sebagai menteri besar Kedah setelah pilihanraya 1999.
Walaupun Barisan Nasional menang dengan mendapat lebih dari dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi saya malu dengan prestasi bagi kawasan-kawasan parlimen di mana parti pembangkang mendapat majoriti kerusi.
Kerana insaf atas perpecahan umat Islam, bukan saja di Kedah, tetapi juga di seluruh dunia, maka saya telah berhasrat untuk mengkaji dan mempelajari sebab-sebab dan cara mengatasinya.
Dengan itu dapatlah umat Islam bersatu padu dalam semua bidang.
Untuk itu saya telah meneliti fakulti-fakulti yang ilmunya bersabit dengan Islam di semua universiti yang terkenal di dunia. ... selanjutnya.
Labels: Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 26, 2008
Umno pupus tahun 2013 - Sanusi Junid
harakahdaily - Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 sekiranya tampuk pemerintahan negara masih dipegang oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau menegaskan, kerana alasan itulah juga yang menyebabkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar daripada Umno.
"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana perlantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.
"Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya kepada Harakah dalam wawancara eksklusif dengan beliau di kediamannya dekat sini petang semalam.
Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus dalam Umno, jika tidak ada menampakkan sebarang perubahan bahkan beliau tidak sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir.
"Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," kata Sanusi yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah.
>... selanjutnya.
Labels: Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 9, 2008
Sanusi Junid sudah keluar pedang Samurai
Theindiestory
Bekas Menteri Besar Kedah, yang juga Bekas Menteri "Air Kelapa Muda" sewaktu berkubu di Kementerian Pertanian iaitu Dato' Seri Sanusi Junid; telah melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan bekas rakan-rakan kabinetnya kerana sanggup membiarkan Tun Dr. Mahathir bersendiran diserang oleh peluru-peluru kapur yang mempertikaikan keputusan kerajaan terdahulu.
Dengan nada kecewa beliau memberitahu; ""Seolah-olah Mahathir saja yang buat keputusan, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah keputusan Kabinet, kalau dulu sokong mengapa sekarang bantah," katanya.
Kenyataan tersebut merujuk kepada serangan Perdana Menteri; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai pembabitan Dr Mahathir dalam kes penahanan ISA besar-besaran pada tahun 1987 yang dikenali sebagai ‘Operasi Lalang’. more...
Labels: Sanusi Junid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
