KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label UMNO bergolak. Show all posts
Showing posts with label UMNO bergolak. Show all posts

Sep 27, 2008

UMNO dalam kecemasan ... bendera di terbalikkan !!!

Pemudabesut | UMNO memang kini dalam keadaan "Kecemasan" atau "Distress".
Bukan saya kata, tetapi mereka yang menyatakan sendiri:-



Sheih Kickdefella sudah dikenakan tindakan atas akta hasutan kerana menterbalikkan bendera Malaysia.

Apabila bendera UMNO diterbalikkan , siapa agaknya akan dikenakan akta hasutan?... selanjutnya.

Sep 26, 2008

Sidang akhbar Dollah jam 12.00 tgh ... agak je

bhairan | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan sidang akhbarnya kira-kira jam 12 tengah hari bagi mengumumkan hasil mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mesyuarat khas yang kini sedang berlangsung difahamkan bagi membincangkan isu mempercepatkan peralihan kuasa serta syor penangguhan pemilihan parti ke tahun depan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Abdullah itu bermula kira-kira jam 10 pagi tadi di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.... selanjutnya.

PM, Najib adakan pertemuan empat mata pagi ini

malaysiakini | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam sebelum Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno bermula di ibupejabat Umno di ibunegara pagi ini.

Bertemuan itu berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 11 pagi. Mesyuarat MT bermula sejurus kemudian.

Ekoran itu timbul desas-desus yang mengatakan kedua-dua pemimpin tersebut telah memuktamadkan tarikh sebenar peralihan kuasa.

Mesyuarat hari ini, menjadi tumpuan ramai kerana ia dijangka menetapkan tarikh sebenar dan lebih awal peralihan kuasa dalam parti itu dan kerajaan.

Sebelum ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Sehubungan itu, Abdullah mencadangkan agar tiada pertandingan bagi jawatan presiden yang disandangnya dan jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.... selanjutnya.

Sep 22, 2008

9 Okt ibarat 'dengar guruh di langit'

malaysiakini | "Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan", demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Presiden Umno minggu lepas digesa meletakkan jawatan tersebut sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu - sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak - disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini hari ini percaya suara-suara itu membuat keputusan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.... selanjutnya.

Sep 13, 2008

When Umno sneezes we catch a cold

malaysianinsider | History is repeating itself with the ISA blitz on Friday but not necessarily in the same manner or order as in 1987.

While before Tun Dr Mahathir Mohamad was fighting for his political life with Tengku Razaleih Hamzah, this time the Umno situation is more complicated with the political careers of several powerful individuals at issue.

There is Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi, who has - after succumbing to great pressure - consented to hand over the reins power to his deputy Datuk Seri Najib Razak in June 2010.

But that timetable is unacceptable to others who want him to leave before the Umno polls in December.

As things stand now Abdullah is fighting a "do or die" battle to stay alive. It would be a miracle if he survives past December as Umno president.

His fate will be decided during the Umno divisional elections beginning in October.... selanjutnya.

Aug 21, 2008

Memang Najib nak jatuhkan Pak Lah di Permatang pauh

Permatang Pauh ... strategi Najib nak jatuhkan Pak Lah, begitu lah artikel yang disiarkan di dalam no2umno pada hari ini dan ianya merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh ibnuhasyim memang ada kebenarannya bila poster berikut ini menjelaskan keadaan sebenar.


Tidak jelas? Mari ku jelaskan ... dibanner itu tertulis

"Tolak pakatan Pak Lah dan Anwar"
Bersama Dato Seri Najib Tun Razak
Selamatkan UMNO


imej diambil dari Rockybru

Jul 29, 2008

50 orang keluar UMNO, 17 cawangan bubar !!!

BH | Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu, baru-baru ini.

Ahli Cawangan Kampung Paya, Ahmad Din yang mewakili kumpulan itu mendakwa tindakan Umno Pulau Pinang menutup cawangan itu dilakukan tanpa usul periksa.

“Kami kesal kerana mereka (Umno Pulau Pinang) menutup cawangan kami tanpa usul periksa dan Datuk Azhar Ibrahim (Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri) menipu pemberita mengatakan beliau telah menyiasat keanggotaan cawangan terbabit dengan menghantar surat kepada anggota cawangan,” dakwanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.... selanjutnya.

Dah Main Belakang Kot

kickdefella | ....Selepas PRU12, bekas Ketua Bahagian ini bertemu Abdullah dan menyerunya supaya berundur. Abdullah sebaliknya berhujah selama 90 minit tanpa terlelap mempertahankan polisinya dan mengapa dia harus kekal sebagai Presiden UMNO. Di penghujung 90 minit itu, Abdullah mendedahkan kepada bekas Ketua Bahagian tentang satu insiden yang akan berlaku pada Ogos 2008. Bekas Ketua Bahagian yang tamak ini akhirnya menyedari dia akan bertambah-tambah senang jika dia menunggang Abdullah berbanding dengan Najib lalu, dia mencadangkan supaya PAS ditonggang untuk tujuan ini supaya tuduhan memecahbelahkan Malaysia kelak dihumban pada PAS. Abdullah tersenyum mendengar cadangan itu lalu bekas Ketua Bahagian itu berkata Dah Main Belakang Kot? Dan mereka pun gelak sekuat-kuatnya mengenangkan apa yang akan berlaku.

Bagi mengangkat premis ini, Abdullah menggerakkan plotnya dengan mengumpan PAS didalam Muqabalah menerusi perjumpaan kedua di Parlimen dalam satu sessi orgi diluar aturan tabii yang dirahsiakan dari pengetahuan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Pada waktu yang sama bekas Ketua Bahagian itu telah membocorkan kepada seorang broker politik Pakatan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim akan didakwa pada Ogos 2008. Pendedahan ini dibuat tanpa pengetahuan ana-anta tetapi diatur dengan rapi supaya ia akan sampai juga pada ana-anta sebelum pertemuan seterusnya. Jelas sekarang, tujuan bekas Ketua Bahagian berbuat demikian adalah bagi meyakinkan ana-anta bahawa Pakatan Rakyat akan tumbang kerana Anwar Ibrahim akan kembali ke penjara. Ana-anta yang telah diketahui umum begitu tidak berminat dengan Anwar Ibrahim tentu lebih yakin bahawa PAS perlu tinggalkan Pakatan sebelum Pakatan tumbang.

Maka apabila pertemuan seterusnya berlatarbelakangkan senario beberapa pengakuan bersumpah yang melontarkan pelbagai dakwaan terhadap Najib Razak, Abdullah menggunakan kesempatan itu menyakinkan ana-anta bahawa dia perlukan sokongan padu orang-orang Melayu untuk membersihkan kerajaan daripada segala kotoran.

Abdullah merayu sokongan ana-anta demi Melayu dan demi Islam supaya bersamanya untuk memberikannya kekuatan untuk bertindak. Umpan ini nampaknya semakin mengena sehinggalah ia terbocor kepada media dan sehinggalah Mursyidul Am PAS terhidu sesuatu yang tidak kena.

Sebenarnya Abdullah merancang untuk membunuh Najib Razak dan menutralkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan PAS. Tetapi PAS tidak akan main belakang. PAS bukan parti main belakang. Yang main pintu belakang hanyalah ana-anta. Yang kini sudah secara terbuka mengaku tidak mempercayai Anwar. Yang sehingga kini belum memohon maaf secara terbuka setelah di bangunan Parlimen menafikan ada perjumpaan diantara UMNO dan PAS.

Apakah Abdullah tahu bahawa Najib Razak sedang merancang sesuatu untuk mematikan Anwar Ibrahim, setelah Abdullah sendiri memberi talian hayat kepada Anwar selepas pilihanraya 2004? Lalu Abdullah bertindak bijak (sesuatu yang tidak dimilikinya) dengan menangguk di air yang dikeruhkan dengan pelbagai pendedahan Anwar dengan Najib?... selanjutnya.

no2umno - Kecoh Anwar akan bertanding di Kulim ... soalnya, sempat ke dia bertanding ketika SPR masih seperti dulu? Aku ragu ragu ...

Jul 26, 2008

Mahathir seru ahli Umno 'paksa' Abdullah letak jawatan segera

harakah | "Janganlah tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah," katanya dalam satu komentar yang tersiar dalam lama web beliau hari ini.

"Jika ahli Umno hendak melihat parti dan BN dipulih semula, 'paksalah' Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian," katanya.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri, katanya.

Mahathir mendakwa bahawa beliau masih dipersoal setiap kali mengeluarkan kritikan terhadap Abdullah.

"Tiap kali saya mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia"," kata Dr Mahathir dalam ulasan terkininya berhubung pergeseran antara beliau dan Abdullah.

"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya. Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," ujarnya sinis. ... selanjutnya.

'Giliran orang Johor jadi presiden'

malaysiakini | ...Muhyiddin sekarang adalah naib presiden Umno dan memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinSebelum ini, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Umno bahagian Johor Bahru diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

"Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu," katanyaAbdul Muhammad Talib Ngah ketika dihubungi Malaysiakini.

Tidak dipengaruhi

Ketua Umno cawangan itu menjelaskan kehadiran ahli dalam mesyuarat adalah 81 orang ahli cawangan. Ia telah diadakah di Dataran Kg Desa Jaya.

shahrir samad 250907Abdul Muhammad Talib juga menjelaskan usul Umno cawangan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Umno cawangan Desa Jaya adalah cawangan pertama dalam bahagian Johor Bharu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding untuk merebut jawatan nombor satu itu dalam parti.

Sehubungan itu, Abdul Muhamad Talib menegaskan bahawa ahli-ahli akar umbi di situ mahukan demokrasi.... selanjutnya.

Jul 20, 2008

Kurang korum, mesyuarat UMNO cawangan dibatalkan

Malaysiakini | Mesyuarat Umno cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu, bahagian Wangsa Maju yang dijadualkan berlangsung di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat hari ini terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.

Ketua Umno cawangan merangkap pemangku ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Mejar (K) Datuk Zainal Nazeri Zainuddin berkata mesyuarat kali kelima itu sepatutnya bermula hari Sabtu selepas perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan minggu lepas.

Bagaimanapun, mesyuarat itu terpaksa dibatalkan kerana kehadiran ahli tidak memenuhi korum - 25 peratus dari jumlah seluruh keahlian.

Yang hadir ialah 68 anggota dari jumlah 71 yang ditetapkan.

"Kita akan menunda mesyuarat itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak sejajar dengan peraturan Majlis Tertinggi Umno yang tidak membenarkan mesyuarat dijalankan jika korum tidak mencukupi," katanya kepada Bernama.... selanjutnya.

Jul 16, 2008

MT didesak tarik balik bubar cawangan

malaysiakini | ....Semua 17 cawangan Umno Bahagian Jelutong yang dibubarkan minggu lalu, hari ini mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno menarik balik pembubaran tersebut dalam tempoh seminggu.

"Sekiranya MT tidak menghiraukan desakan ini, kami yang mempunyai seramai 4,000 anggota akan menentukan arah mana hala tuju politik kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah," kata bekas Naib Ketua Umno bahagian itu, Syed Hussin Syed Mohamed.

Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan P.Ramlee berkata mereka yang terlibat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu.

"Kami berasa kecewa...keputusan yang dibuat itu adalah tidak adil tanpa mengambil kira kepentingan anggota parti di akar umbi," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kesemua 17 ketua cawangan yang terlibat.... selanjutnya.

Jul 12, 2008

Pelan serah kuasa 2010 gagalkan pakatan Najib-Muhyiddin?

MStar | ... Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan dengan pengumuman pelan peralihan kuasa 2010 membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang diumumkan kelmarin.

Kata Dr. Mahathir, beliau difahamkan bahawa Najib, Timbalan Perdana Menteri, sepatutnya mencabar Abdullah yang telah memutuskan untuk mempertahankan kerusi Presiden manakala Muhyiddin, Naib Presiden pula merebut jawatan Timbalan Presiden.

"Saya diberitahu kerjasama ini telah dipersetujui secara lisan oleh kedua-dua mereka. Malah, penyokong-penyokong mereka juga sudah mula berkempen untuk menjayakan kerjasama Najib-Muhyiddin," kata beliau.

"Bagaimanapun Najib telah memungkiri ini (pakatan) apabila terperangkap dengan langkah Abdullah dalam soal peralihan kuasa," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Port Dickson Golf and Country Club di sini.... selanjutnya.

Jul 10, 2008

Transition period too long: Muhyiddin

HardT | ....Remarks by Umno Vice President, Tan Sri Muhyiddin Yassin over the power transition period in Umno between Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Razak, sounds difference.

Muhyiddin, a veteren Vice Presiden and deputy prime minister in-line (if Najib is PM) said the planned is too long.

Despite he agree that the decisions made by the Supreme Council should be respected, Muhyiddin also said:

"But no less important was the views of each Umno member representing the branches and divisions. They have wants... they have aspirations.. they also have hopes... expectations".

"Some have expressed concern that if the duration is that long the situation will not become more convincing. This needs to be taken into account," he said.... selanjutnya.

Jun 19, 2008

Alwi Muncul di Majlis Ku Li

msomelayu - [...] Seperti dikatakan tadi, apa yang hendak ceritakan di sini ialah bukan ucapan Ku Li itu dan signifikan majlis itu kepadanya, tetapi satu kejadian kebetulan yang boleh dianggap mengejutkan dan sempat menarik perhatian mereka yang hadir.

Sewaktu majlis itu bersurai dan Ku Li menunju ke bilik persidangan akhbar, orang ramai berpusar-pusar di luar dewan berborak sama sendiri dan membuang gian menghisap rokok sementara selesai Ku Li beri sidang akhbar sebelum sama-sama meninggalkan hotel berkenaan.

Ketika inilah tiba-tiba muncul Setiausaha Politik Perdana Menteri, Md Alwi Che Amat bersalaman dengan orang ramai. Kemunculan yang entah dari mana itu mengamankan banyak orang. Apa lagi melihat Alwi bersalam dan berpelukan dengan setiap orang yang dihampirinya, ia makin merujakan.

Alwi yang lahir di Makkah memang beradat begitu, mersa, suka bergurau dan berterus terang. Dia juga 'bobok' kata orang Kelantan.

Banyak yang tidak tahu dari mana kemunculannya mengira Alwi turut berada dalam majlis berkenaan dan mendengar upan dan celoteh Ku Li.

Saya juga mulanya mengira begitu. Dan tidak mustahil kalau Alwi berbuat begitu kerana beliau seorang yang outspoken dan mesra alam. Kalau beliau pergi ke Parlimen beliau akan bermesra dengan siapa saja tanpa mengira bangsa parti. Adakalanya dia berada di tengah-tengah kelompok ahli Parlimen Pas. ... selanjutnya.

Jun 17, 2008

Najib tidak berpeluang jadi PM?

mstar - Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana diperkatakan?

Jika diselami pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini, Najib tidak berpeluang menggantikan Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

"Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang.

"Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 (8 Mac lalu) di bawah pimpinan Abdullah yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya.

"Selain memberi gula-gula kepada bahagian dan cawangan, dan berbilion ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam pilihan raya umum ke-12," kata beliau.... selanjutnya.

Rujuk artikel yang dimaksudkan - Abdullah dan Najib

Abdullah dan Najib

chedet - 1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.
... selanjutnya.

Jun 16, 2008

Reezal 'batu api' pecat saya

reezal merican naina mericanmalaysiakini - Tan Sri Sanusi Junid mendakwa setiausaha politik menteri kewangan sebagai dalang yang mencadangkan beliau dipecat daripada presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) awal bulan ini.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu, enggan menyebut nama setiausaha politik terbabit dengan alasan tidak mengetahui namanya.

"Saya tidak tahu... tetapi setiausaha politik menteri kewangan hanya seorang sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan medianya minggu lalu.

"Saya sebenarnya dipecat melalui saluran setiausaha politik menteri kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM ketua perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam majlis UIA," kata Sanusi minggu lalu.

Malaysiakini difahamkan, Datuk Reezal Merican Naina Merican memenuhi ciri yang digambarkan oleh bekas presiden universiti itu.... selanjutnya.

Jun 8, 2008

Umno push for PM to reshuffle Cabinet, drop dissident ministers

malaysianinsider - [...] These calls have grown louder in the last 48 hours after an episode at the party’s retreat on Friday where Foreign Minister Datuk Seri Rais Yatim was criticised by some of his supreme council colleagues for attempting to package demands by him and Tan Sri Muhyiddin Yassin for Abdullah to step down before the party elections in December as a group resolution.

The party’s highest decision-making body met on Thursday and Friday to discuss the election results and seek new strategies to make Umno and Barisan Nasional relevant.

As part of the retreat programme, the supreme council members broke out into three groups. The groups were led by Rais, Datuk Ali Rustam and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

After the discussions, each group was to present their resolutions before the whole council. The group’s led by Ali and Muhammad Taib did so and talked about the need to get closer to non-Malay voters, criticised the space given to the Opposition before and after the elections and other issues.

Rais stunned his audience when he said that his group wanted Abdullah to effect the transfer of power soon, before the Umno elections. His group included Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Azim Zabidi, Datuk Azalina Othman Said and others.... selanjutnya.

Jun 5, 2008

Mukhriz bantah kenaikan harga minyak

malaysiakini - [...] Ahli Parlimen Jerlun itu - pemimpin Umno pertama yang menyuarakan bantahan secara terbuka - berkata, rakyat belum mampu menangani masalah kenaikan itu pada ketika kos sara hidup juga semakin meningkat.

Sepatutnya, kata beliau, kenaikan itu dilaksanakan secara berperingkat dan diumumkan tarikh kenaikan lebih awal agar rakyat tidak terlalu terbeban.

Bernama memetik Mukhriz sebagai berkata keputusan yang dibuat semalam bagi menaikkan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini, terlalu drastik dan tidak boleh diterima rakyat.

Tambahan pula, kenaikannya terlalu tinggi, kata anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Mukhriz berkata implikasi kenaikan harga minyak dan diesel itu bukan sahaja dirasakan penduduk luar bandar tetapi juga di bandar yang akan turut berhadapan dengan kenaikan harga barangan makanan dan kos pengangkutan.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive