KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 19, 2008

Alwi Muncul di Majlis Ku Li

msomelayu - [...] Seperti dikatakan tadi, apa yang hendak ceritakan di sini ialah bukan ucapan Ku Li itu dan signifikan majlis itu kepadanya, tetapi satu kejadian kebetulan yang boleh dianggap mengejutkan dan sempat menarik perhatian mereka yang hadir.

Sewaktu majlis itu bersurai dan Ku Li menunju ke bilik persidangan akhbar, orang ramai berpusar-pusar di luar dewan berborak sama sendiri dan membuang gian menghisap rokok sementara selesai Ku Li beri sidang akhbar sebelum sama-sama meninggalkan hotel berkenaan.

Ketika inilah tiba-tiba muncul Setiausaha Politik Perdana Menteri, Md Alwi Che Amat bersalaman dengan orang ramai. Kemunculan yang entah dari mana itu mengamankan banyak orang. Apa lagi melihat Alwi bersalam dan berpelukan dengan setiap orang yang dihampirinya, ia makin merujakan.

Alwi yang lahir di Makkah memang beradat begitu, mersa, suka bergurau dan berterus terang. Dia juga 'bobok' kata orang Kelantan.

Banyak yang tidak tahu dari mana kemunculannya mengira Alwi turut berada dalam majlis berkenaan dan mendengar upan dan celoteh Ku Li.

Saya juga mulanya mengira begitu. Dan tidak mustahil kalau Alwi berbuat begitu kerana beliau seorang yang outspoken dan mesra alam. Kalau beliau pergi ke Parlimen beliau akan bermesra dengan siapa saja tanpa mengira bangsa parti. Adakalanya dia berada di tengah-tengah kelompok ahli Parlimen Pas. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive