KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 19, 2008

Wang Royalti Mungkin Lebih Banyak - Tengku Razaleigh

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/kulitunsalleh.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Wang royalti hasil minyak yang sepatutnya dibayar secara tunai oleh Petronas kepada negeri Terengganu mungkin lebih banyak jumlahnya kini daripada yang diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ia adalah kerana, pihak yang bertanggungjawab menyimpan wang royalti tersebut perlu membayar kadar faedah keatas wang yang terkumpul, yang tidak diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu.

“Sepatutnya Kerajaan Pusat atau pun Petronas, saya tak tahu siapa yang bertanggungjawab, juga kena bayar berkenaan kadar faedah keatas wang yang terkumpul,

“jadi kalau berdasar kepada ‘compounded rate’ (kadar berganda) mungkin jumlahnya lebih besar daripada angka 7, 8 bilion yang saya sebut secara am sebentar tadi,” kata Tengku razaleigh Hamzah, Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Pengerusi Petronas sewaktu menyampaikan ucapan bertajuk ‘Sejarah Royalti; Royalti Petroleum Hak Rakyat Terengganu’ dalam Konvensyen Royalti yang diadakan baru-baru ini.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive