malaysianinsider | He is untouchable. He can use swear words with impunity. He can spray sexist comments in the chamber and use sexual innuendo when he sees fit.
Judging by proceedings in Parliament since the March 8 general election, Datuk Tajudin Rahman, the Barisan Nasional MP for Pasir Salak can pretty much do as he pleases.
He is also living proof that some of the lessons of Election 2008 are being ignored and tossed aside by elected representatives. A walking advertisement that, despite being decimated in five states and having its customary two-thirds majority in Parliament taken away, arrogance and pride still courses through the veins of ruling coalition members.
More troubling perhaps for the average Malaysian is that Tajudin Rahman’s boorish behaviour is a reflection of the reality here – that the winds of change ushered in by the events of March 8 have begun to wane and that Malaysia is settling down once again to a state where apathy and fatigue reign.
Where the public feigns outrage at excesses of politicians and the government, then do a collective shrug of their shoulders and put it down to the way of life here.....
..... Tajudin was asked to withdraw his comments and went on his merry way. Yesterday, he scored a hattrick. The skirmish happened when the House was debating a motion by DAP’s Teo Nie Ching to cut the Education Minister’s salary by RM10 for failing to meet his promises on vernacular schools.
Within minutes of the motion, a shouting match ensued between MPs from BN and Pakatan Rakyat.
During the uproar, Tajudin called Kulasegaran “keling’’. Several minutes later, he labelled PKR’s Azmin Ali as a “biol” (dumb).... more.
Nov 28, 2008
Rude, crude and obnoxious - the BN brand MP
Labels: UMNO biadap
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Mar 28, 2008
Din Adam nafi Datuk ditarik balik
malaysiakini.com
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Datuk Din Adam menafikan laporan dalam beberapa blog bahawa Istana Terengganu telah menarik balik anugerah Datuk kepadanya.
Dengan nada yang tinggi, bekas exco kerajaan negeri itu berkata: "Saya malas jawab soalan seperti ini."
"Orang tidak beritahu saya. Tiada orang hantar surat kepada isteri saya di rumah."
Din (foto) berkata demikian ketika ditemui di ibu pejabat Umno Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara semalam.
Blog-blog tersebut mendakwa bahawa Din adalah antara tiga pemimpin Umno Terengganu yang telah ditarik balik anugerah Datuk.
Dua lagi pemimpin ialah bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan setiausaha Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.
Penarikan balik gelaran Datuk itu dipercayai ekoran krisis pelantikan menteri besar Terengganu yang membabitkan Datuk Ahmad Said dan Idris. more...
Labels: UMNO biadap
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 25, 2008
KETUHANAN UMNO PERLU DIHENTIKAN
Ketegasan Sultan Terengganu satu Tamparan Hebat
Radenjowo
Sudah selesai? Ia berpandu kepada tindak balas UMNO dan Pemimpinnya. Dikatakan Ghani Patail yang cuba membawa mesej undang undang UMNOnya gagal untuk bertemu dengan Baginda Sultan Terengganu.
Kegagalan ini merupakan satu isyarat bahawa muslihat UMNO serta Kuncu kuncunya tidak diterima pakai di dalam melantik MB baru negeri tersebut. Rakyat bersama Sultan dan semalam, pemimpin tertinggi UMNO termasuk, Tengku Adanan, Najib Razak, Gani Patail, Ali Rustam dan beberapa orang lagi berkumpul di rumah Dollah Badawi bersama kumpulan 23 Adun Terengganu cuba merancang dan berbincang bagaimana untuk terus menolak kemahuan Sultan dan rakyat.
Perubahan yang kita nampak ini adalah bermulanya satu era baru. Raja Raja Melayu TERPAKSA membantu rakyat dari terus dibodohkan serta dihancurkan negerinya oleh Pengkhianat UMNO. Raja Perlis sudah tolak keputusan UMNO dan disusuli negeri Sultan Terengganu. Ini memberikan isyarat bahawa Kesultanan Melayu bukan berdiam diri, malah memantau tindak tanduk sumbang kepimpinan UMNO. Mungkin sudah sampai ketikanya untuk Pihak Sultan dan Raja campur tangan dan menghentikan kerja karut mereka sebelum Kaduk naik ke Junjung.
Salah satu kerosakan akhlak yang menimpa penyokong UMNO
Melihatkan cara Wahid Rasol di kelilingi polis ketika berada di hadapan Istana Maziah tanpa sebarang sekatan, turut memberikan gambaran bahawa bongkak nya mereka selama ini. Mungkin ia nya tidak ramai sedari tetapi perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa UMNO telah berjaya menundukkan para ketua dan anggota POLIS untuk kepentingan politik mereka. Tidak sedikit perasaan bimbang dan hormat UMNO kepada kuasa yang ada pada polis dan keadaan ini sungguh memalukan. Tidak hairan kalau perhimpunan BERSIH di BAtu Burok dikucar kacirkan oleh pihak berkuasa sementara Perhimpunan UMNO yang sehingga mencemar nama Sultan, masih dibiarkan. Polis terus menjadi bacul menerima wang upah dari rakyat tetapi bertindak seolah olah apa yang mereka perolehi selama ini adalah dari UMNO semata mata.
Kini Dollah pening kepala. Sultan sudah mula tunjuk kuasa. Dollah masih ingat dia disokong tetapi Sultan buktikan yang bodoh tetap bodoh dan pemimpin lemah, korup dan gila kuasa, tidak perlu di beri tempat memerintah negara ini. Malaysia bukan negara UMNO, polis bukan hak UMNO dan rakyat tidak mesti bersetuju dengan apa yang UMNO lakukan. Melayu wajib sedar. Sultan bersama kita dan kita seharusnya mendokong cita cita untuk kembali kepada sistem beraja yang telah dirosakkan oleh UMNO sejak sekian lama. Kalau kita masih mendewa dewakan UMNO, maka bawa sahaja setanggi dan sejadah, sujud di kaki Pak Lah dan tukar kan dirinya menjadi Tuhan. Lebih afdal kalau dijiruskan kakinya dengan susu lembu, ditadah dan diminum beramai ramai air susu lelehan kaki beliau itu.
Setelah Ahmad Said dilantik menjadi MB baru sudah ada ura ura 23 orang ADun BN mahu meletakkan jawatan. Kita tunggu apa tindakan mereka. Kita Sudah biasa dengan tradisi lompat lompat dan bermuka muka di dalam UMNO. Kita tidak perlu terkejut kalau mereka kembali mengangkat sumpah menjadi EXCO semula. Yang menjadi pengajaran kepada kita, ini lah bentuk kepimpinan yang kalian ada. UMNO dan pemimpinnya adalah makhluk talam dua muka yang merosakkan Melayu sejak 50 tahun dulu. Ingat semua yang mereka lakukan dan tinggal tanggung jawab untuk NYAH kan mereka dri Malaysia pada PRU 13 akan datang.
KETUHANAN UMNO PERLU DIHENTIKAN
Labels: UMNO biadap
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Mar 23, 2008
LAGI BUKTI UMNO BIADAP
KEMUKA BANTAHAN: Mohd Sabri sambil diperhatikan Nordiana (kiri) dan Wan Ramlah (kanan) menunjukkan keratan akhbar yang menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar pada sidang media di pejabat Umno negeri, semalam.
bharian
Pelantikan MB Terengganu tertangguh hampir dua minggu selepas watikah dikeluar
KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Terengganu semalam sebulat suara membantah dan menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar yang tertangguh hampir dua minggu sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, pada 8 Mac lalu.
Ketua Pemuda negeri, Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya mendakwa campur tangan istana menyebabkan pelantikan Menteri Besar yang sepatutnya sudah berlangsung minggu lalu tertangguh dan keadaan itu menjejaskan pentadbiran negeri.
Justeru, katanya, semua sayap Umno negeri bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Mubarak) dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, untuk terus menerajui Terengganu.
"Sebab itu kami sebulat suara menyatakan pendirian menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar.
"Kita berasa malu kerana negeri lain yang jadi pembangkang sudah ada Menteri Besar sedangkan Terengganu yang menang dua pertiga majoriti sehingga sekarang belum melantik Menteri Besar.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengeluarkan watikah untuk buat pelantikan tetapi oleh kerana ada masalah di istana dan ada campur tangan istana sehingga tertangguh pelantikan itu," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Umno negeri, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Wanita negeri, Senator Wan Ramlah Ahmad; Ketua Puteri negeri, Senator Nordiana Shafie; dan Yang Dipertua Mubarak, Datuk Ahmad Sidi Ismail.
Mohd Sabri berkata, isu pelantikan Menteri Besar perlu dipercepatkan memandangkan pada peringkat bawah dan akar umbi kini berada dalam resah dan gelisah kerana isu itu tidak dapat dilaksanakan walaupun Perdana Menteri sudah mengumumkan pembentukan Kabinet, termasuk pelantikan Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang.
"Kami tahu tidak ada calon lain, tidak ada alternatif lain... tiada pilihan kedua dan pilihan ketiga dan hanya ada satu pilihan iaitu Idris,” katanya.
Labels: UMNO biadap
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
UMNO MEMANG BIADAP dan KURANG AJAR
Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin
Oleh:NORLIZA ABD. RAHMAN
Beritloya
PUTRAJAYA 22 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh parti UMNO jika menerima jawatan tersebut.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.
Katanya, berbeza dengan prosedur pelantikan Menteri Besar Perlis, pelantikan Ahmad tidak mendapat sokongan daripada 23 ADUN Terengganu yang sebulat suara memberikan sokongan kepada Idris.
''Pelantikan Menteri Besar Perlis Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu mendapat sokongan daripada sembilan ADUN berbanding beberapa ahli yang memberi sokongan kepada Shahidan.
''Jadi, jika Ahmad masih tetap dengan pendirian menerima jawatan ini, tindakan tatatertib parti akan dikenakan terhadapnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Adnan memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas pengumuman pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu mengenai pelantikan Ahmad.
Tegas beliau, sebagai ahli parti, ADUN Kijal itu perlu tahu apakah akibat yang bakal diterima olehnya jika melanggar keputusan presiden.
''Sebagai ahli UMNO dan BN, kita kena akur pada keputusan presiden parti, kita kena sayang parti, negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi tanpa mengira etnik kita," katanya.
Ditanya mengenai tindakan kesemua 23 ADUN yang akan memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar esok sebagai tanda protes, beliau berkata, Ahmad akan bersendirian kerana tidak disokong oleh sesiapa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ''Dia (Ahmad) sepatutnya ikut arahan yang diberikan oleh presiden kerana surat tauliah sudah diberikan kepada Idris untuk angkat sumpah, jadi apa yang orang lain nak cuba lobi."
Ditanya mengenai terdapat campur tangan istana dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu, beliau memberitahu: ''Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa."
Tengku Adnan menjelaskan, walaupun istana berhak melantik Menteri Besar, tetapi presiden parti yang menang majoriti boleh menamakan Menteri Besar untuk sesebuah negeri.
No2umnO - Kalau UMNO tidak dikuburkan, rosak semua rakyat dan ahli politik. Sudah sampai masanya untuk Raja Raja Melayu dan semua rakyat bersatu hapuskan kebongkakan dan keegoan UMNO dari muka bumi.
Labels: UMNO biadap
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 18, 2008
UMNO lebih Biadap
Kes 1. PERLIS INDERA KAYANGAN
mca-reform
Ada 2 team … Shahidan dan seorang Adun ada talian istana. PM beri surat watikah kepada Shahidan. Bila Shahidan mengadap …. YM Sultan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong,Dr Md Isa Sabu sebagai MB atas peruntukan YM Sultan ada hak memilih atas dasar pemikirannya.
Tapi Shahidan nak lawan ,,……. sebab dia kata dia dapat surat Watikah PM. Mana lagi POWER? Watikah Pak Lah atau Perkenan YM Sultan?????? Siapa yang biadab? Kalau dah tak terpilih …. jawab ajer ” Ampun tuanku … patik akur tuanku”
Nak tunjuk biadap , Shahidan boikot majlis angkat sumpah MB Perlis ; menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap Raja Perlis ..
Shahidan tidak hadir majlis angkat sumpah
ARAU 17 Mac – Ketiadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Perlis yang baru di Istana Arau di sini hari ini menjadi buah mulut mereka yang menghadiri majlis tersebut.Kecuali Shahidan, 14 lagi ADUN di negeri ini menghadiri majlis berkenaan. Turut hadir ialah empat ADUN yang sebelum ini didakwa menyokong kempen Shahidan untuk terus menjadi Menteri Besar.
Kes 2. TERENGGANU DARUL IMAN
Idris Jusoh plan nak sambung lagi … tapi Isnin lepas ditangguh atas sebab tertentu. Tapi cakap2 mulut YM Sultan ingin org lain. …. Oleh kerana YM Sultan merangkap YM Agung … maka dijemput semua 23 ADUN BN Terengganu ke Putrajaya untuk bersemuka YM Sultan. Maybe dah tau akan tidak terpilih … Idris Jusoh macam nak boikot / tak nak hadir ke perjumpaan mengadap YM Sultan … Siapa lagi BIADAB ?????
Labels: UMNO biadap
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
