KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 12, 2008

MP Pakatan Rakyat bantah kenaikan caj letak kereta

harakahdaily - [...] Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebulat suara membantah dan menbidas atas cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar caj kenderaan di sekitar ibu kota mulai Isnin ini.

Menurut dalam kenyataan bersama mereka kepada Harakahdaily, langkah yang diambil oleh DBKL itu amatlah mengecewakan.

"Kami selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakan DBKL menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35 peratus dari 60 sen kepada 80 sen yang akan berkuatkuasa Isnin hadapan,"jelas mereka.

Tambah mereka lagi, tindakan ini umpama menangguk di air keruh dan menambahkan lagi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 78sen hingga RM1 minggu lalu.

"Kami tidak menolak langkah proaktif DBKL bagi menukarkan sistem kutip caj tempat letak kereta yang lama kepada Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE).

"Walau bagaimanapun kami berharap agar DBKL mengkaji semula kenaikan ini yang didakwa berpunca dari perubahan sistem yang ada,"tambah mereka lagi.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive