KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 12, 2008

Polis akan halang perarakan esok

malaysiakini - Polis mungkin menutup jalan menghala ke masjid Kampung Baru esok ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.

Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

"Anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.

"Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya, lapor Bernama.

Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada ketua polis daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja.... selanjutnya.
Lain kali kalau nak berdemo .... tajuk kena guna "BABI SEPANG" tapi tujuannya ... protes minyak naik. Baru la dibenarkan .... Korang tak pandai lagi ke?

berita lain ..... Minyak: Ceramah, demo di 30 lokasi dan tajuk lain di dalam Harakah - Himpunan aman esok, penganjur yakin polis terima rayuan

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive