KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 12, 2008

Mari berbalas pantun dengan UMNO

Berita penuh : klpos.com
Pantun berikut sempena perlancaran BLOG SAKA BANGSA .... tapi wak cilok untuk belajar berbalas pantun. maklumlah, kita melayu penuh budaya, jangan lupa hasil seni bangsa .....

Muatan sarat papan lapis
Kapal Inderapura bersalut gangsa
Pemuda UMNO barisan pelapis
Berani bersuara demi bangsa
no2umno
Dari kecil gila kuasa
Pemuda UMNO sikayu lapis
Indah tutur indah bahasa
Di ugut ketua, semangat pun habis
Lepaskan lelah di Pekan Bera
Makan sate bersulamkan nira
Pemuda UMNO perlu bersuara
Nusa bangsa terus terpelihara
no2umno
Rock lama si Lipan Bara
Rupa tiada hanya suara
Semangat sungguh bila cerita
UMNO juga gadai negara
Hujan lebat sesekali halilintar
Perlu berhenti menunggu surut
Pemuda UMNO jangan gentar
Nanti kelak digelar pengecut
no2umno
Lumba kereta merentas litar
Masa cornering, kecut perut
Berkata umpama halilintar
Bila berjuang UMNO takut
Air surut menjelang petang
Sauh naik kapal meluncur
Pemuda UMNO mesti lantang
Panas membara tidak melecur
no2umno
Air surut pantai tak matang
Sauh naik besi di lebur
Bangsa asing datang menentang
Tak sempat perang UMNO terkubur
Berbaju Melayu siap bersampin
Nakhoda kapal kemas rapi
Pemuda UMNO hormat pemimpin
Jika lemah ditolak tepi
no2umno
Guna C4, letup puteri
Hancur body tak tentu hala
Cakap memang berapi api
Disogok upah, angguk kepala
Kelasi muda hebat terbilang
Teguh menyokong suara sekata
Pemuda UMNO terus berjuang
Demi kepentingan Alif, Ba Ta
no2umno
Pucat muka Razak Baginda
Apa nak jadi nasibnya malang
Memang mudah mulut berkata
Kerana politik, JAWI pun hilang

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive