KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label AWAS.... HARAM. Show all posts
Showing posts with label AWAS.... HARAM. Show all posts

Aug 29, 2008

Larangan Aidil Fitri tahun 2009 ini

Abdullah yang berpakaian baju Melayu berwarna biru, bersampin dan bersongkok masuk ke dalam dewan diiringi timbalannya, Datuk Seri Najib Razak yang berpakaian baju Melayu berwarna merah jambu tepat jam 4 petang setelah loceng dibunyikan. - BHarian
Ini ada 3 larangan dari aku kepada keluarga dan saudara mara aku sepanjang menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Jangan pakai
  1. baju Melayu berwarna biru, bersampin dan bersongkok
  2. baju Melayu berwarna merah jambu
  3. loceng dibunyikan
Geramnya akuuuuuu..... !!!

Avril Lavigne di Wilayah ... apa kata Mufti?

http://img80.imageshack.us/img80/177/avrillavigne221001ji1.jpg

Aku tak berani nak keluarkan fatwa atas konsert Avril di Malaysia sebab mengeluarkan FATWA bukan kerja Radenjowo. Kerja aku cuma larang anak bini gi tonton. Kalau aku dapat tau anak ngan bini gua pergi ... gua sekeh kepala sekor sekor.

Tapi Mufti tak kan tak berdecit walau sedikit. Oleh itu berikut adalah surat rasmi dari Radenjowo kepada Mufti Wilayah , Wan Zahidi bin Wan Teh... yang sebelum ini dah kritik isu Ramlang yang kononnya berpolitik di Permatang Pauh.

Hello Bro !!!

Takkan senyap jer bro. Gua kat sini tunggu lu punya kenyataan. Kalau haram kata haram, kalau tak, kata tak. Kitorang bukan tak tau pasal Halal Haram, tapi jangan lah pulak kerana kerajaan benarkan konsert, lu pun tutup mulut..Sekurang kurangnya bagi la nasihat kat umat umat yang sewaktu dengan kita.

Gua harap lu tunjuk lah taring lu sikit .. biar kerajaan tau, diorang buat kerja salah.

Tapi mana tau kalau lu kata konsert tu 'halal' .... gua antar bini gua balik kampung dan hari ni gua beli tiket.

Kirim salam sama keluarga lu bro.

Salam bro.
Radenjowo

Jul 12, 2008

Sedapnya Ikan Patin



Sebelum korang rancang untuk masak apa .... baca dulu ... isuhangat

Jun 8, 2008

Pertandingan 100 Hari 100 Kereta Tetap Haram

msomelayu - [...] Bukan saja Mufti Perlis berpendapat demikian, Mufti Johor, Noh Gadut juga berpendapat peraduan berkenaan berusur juga kerana ia memberi harapan tinggi kepada peserta dan ia adalah tidak baik.

Dua orang Mufti telah mengeluarkan fatwa masing-masing. Jadi apa yang hendak dipertahankan lagi. Fatwa dan pandangan Mufti adalah pandangan tertinggi dalam bidang agama. Pandangannya adalah paling berwibawa. Tentunya mereka membuat pandangan itu berasaskan kepada hukum-hukum yang jelas dan tidak ada unsur-unsur kepentingan peribadi ataupun keuntungan syarikat.

Sikap Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Shazali Ramly yang mempertahankan peraduan itu adalah tidak tepat dan dilihat cuba melawan pandangan Mufti serta mengelirukan orang ramai. Alasan Shazali pihaknya telah membuat kajian menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum membuat peraduan itu.

Kenyataan Shazali itu lari daripada isu sebenarnya dan mengelirukan orang ramai. Apa yang dirujuk itu ialah mengenai produk telekomunikasi dan bukan mengenai peraduan itu.
Saya pasti kalau Celcom bertanya kepada ulama dan Mufti mengenai peraduan itu ianya tidak akan dibenarkan.... selanjutnya.

Feb 9, 2008

BIADAP, CELAKA DAN MEMANG BABI !!!


Saji ‘ayam cucuk’
Oleh Zainuddin Zain dan Rudy Syareme Seriffudin
hmetro.com.my

Jakim tarik sijil halal restoran ‘hotel korek’ guna arak dalam masakan

GEORGETOWN: Biadab! Itulah perkataan paling tepat menggambarkan tindakan restoran milik sebuah hotel apartmen di Jalan Bukit Dumbar di sini, yang memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetapi menggunakan ‘ayam cucuk’ yang disahkan tidak mengikut syarak.

Lebih memualkan apabila serbuan Jakim dan Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di hotel berkenaan, Selasa lalu mendapati restoran terbabit turut menggunakan sejenis arak dari China dalam masakan.
Ini serbuan kedua dalam tempoh dua minggu ke atas hotel apartmen yang terkenal dengan jolokan ‘hotel korek’ itu apabila pada 26 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) menahan lima pasangan kerana berkhalwat di premis itu.

Ketua Hab Halal Jakim Pulau Pinang, Yusuf Abu Bakar, berkata serbuan jam 7 malam itu dilakukan selepas Jakim Putrajaya mendapat maklumat mengenai makanan yang diragui status halal dijual di restoran berkenaan.

Menurutnya, empat pegawai Hab Halal Jakim, masing-masing dua dari negeri ini dan Putrajaya bersama tujuh pegawai penguat kuasa KPDNHEP negeri menyerbu restoran berkenaan dan merampas 12 ayam yang didapati tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Mengikut Mazhab Syafie, tiga urat penting di leher ayam yang disembelih perlu putus, iaitu urat pernafasan serta urat makan dan minum.

“Bagaimanapun, kami mengesyaki ayam ini tidak disembelih sebaliknya ditebuk saja lehernya seperti ayam dan itik yang dijual pengusaha restoran bukan Islam. “Kami juga dapati tukang masak restoran ini menggunakan sejenis arak yang mempunyai 16 peratus alkohol kononnya sebagai penambah perisa untuk melazatkan lagi makanan,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha restoran itu tidak mahu bekerjasama termasuk memaklumkan mereka mendapatkan ayam terbabit ketika disiasat.

“Kami menarik balik serta-merta sijil halal yang diberikan kepada restoran ini manakala pendakwaan akan dijalankan KPDNHEP mengikut Akta Perihal Dagangan 1972,” katanya.

Yusuf berkata, siasatan awal mendapati pekerja Islam yang kebanyakannya warga asing di restoran berkenaan juga tidak tahu ayam dan bahan yang digunakan dalam masakan di tempat kerja mereka tidak halal.

“Yang dikesalkan ialah ramai pelanggan restoran ini orang Islam. Ini kerana ramai penghuni hotel apartmen ini orang kita (Islam) kerana ia bukan saja berkonsep hotel, tetapi juga sewa bulanan,” katanya.

Difahamkan, ramai pelajar Islam institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej swasta yang menyewa secara beramai-ramai di apartmen berkenaan sering menjadikan restoran itu tempat menjamu selera.

Tinjauan pada risalah restoran itu mendapati ia turut menawarkan perkhidmatan untuk sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan, hari jadi, bufet atau majlis makan korporat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, M Gunaselan, berkata jika sabit kesalahan, pengusaha restoran itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara.

“Kesalahan restoran ini ialah di sebalik mempunyai sijil pengesahan halal, bahan masakan yang digunakan mereka tidak halal.

“Pada masa sama, KPDNHEP ingin memaklumkan yang kami sedang memantau banyak lagi restoran yang meletakkan logo halal sesuka hati tanpa mendapat pengesahan Jakim.

“Kami memandang serius dan tidak akan bertoleransi dengan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, KPDNHEP dan Jakim turut menyerbu sebuah kilang minyak masak di Kampung Selamat, Bukit Mertajam jam 10 pagi Isnin lalu kerana meletakkan logo halal Jakim yang tamat tempoh.

“Siasatan mendapati syarikat berkenaan meletakkan logo halal pada produk mereka. Bagaimanapun, logo berkenaan sudah tamat tempoh pada 2003 lagi.

“Sehubungan itu, kami merampas minyak masak bernilai RM11,500. Pemilik syarikat ini juga berhadapan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972,” katanya.

Jan 27, 2008

BUKAN PERLI KHIR TOYO

Ramai tak peduli fatwa haram botox
B. Hairan

KUALA LUMPUR: Semakin ramai wanita Islam termasuk yang berpurdah menggunakan suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA) termasuk Botox, walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkannya kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Seorang Pakar Kosmetik dan Estetik dari Ayu Jelita Aesthatic, Dr Izeta Ahmad, berkata golongan semuda 18 tahun mengambil suntikan itu sebagai rawatan kecantikan, manakala yang berusia 60-an menggunakannya bagi menghilangkan kedutan wajah atau antipenuaan.

Beliau berkata, penggunaan BTA pada mulanya menurun sedikit apabila Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkannya pada 2006, tetapi meningkat semula hampir sekali ganda beberapa bulan selepas itu.

“Ramai juga lelaki yang mencubanya. Saya tidak mempunyai angka tepat mengenai jumlah pengguna Botox di klinik ini, tetapi ia meningkat 100 peratus,” katanya ketika ditemui Berita Minggu.

Dr Izeta berkata, beliau biasanya menerangkan pelanggannya termasuk mengenai keselamatan dan pengharaman penggunaan bahan berkenaan sebelum memberi suntikan itu.

“Keputusan terletak di tangan pengguna dan rata-rata menyatakan mereka mahu kelihatan cantik dan perbelanjaan bagi rawatan tidak menjadi masalah,” katanya.

Dec 28, 2007

AWAS.... HARAM

dipetik: Isuhangat

Posting terkini

Blog Archive