KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Aug 29, 2008

Beli kenderaan tempatan ... bagus !!!

http://www.imagecows.com/uploads/9761-Proton-GEN-2-Persona.jpg

Proton berjaya mengeluarkan sendiri rekabentuk kenderaannya sendiri. Hebat ... kos R&D menjangkau berjuta juta ringgit.
Dulu .... bila cerita tentang Proton, orang akan katakan Proton ciplak mitsubishi. Tapi sekarang Proton dah pandai berdikari.
Untuk mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam Gen 2, KLIK DI SINI
Dan berikut adalah model kereta yang sama. Bukan pandu uji, tapi realiti.



Klik SINI untuk berita

Bukan aku nak menakut nakutkan sesiapa tapi pengeluar kenderaan kena berhati hati mengeluarkan model kenderaan mereka kerana di dalam mengejar rekabentuk yang canggih canggih ... keselamatan pemandu perlu di ambil berat. Jangan belanja berjuta juta semata mata untuk mengubah kenderaan menjadi keranda.

Jul 28, 2008

Pandu Proton, jangan ada silap

KEADAAN kereta Proton Wira yang merempuh belakang  trailer membawa besi paip gas di Kilometer 265, berdekatan Plaza Tol Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam. Dalam kemalangan itu, pemandu kereta, Ng Choo Sing, 39, parah di muka. Kejadian berlaku ketika mangsa dari Taman Mega, Seremban 2,  dikatakan tidak sempat mengelak trailer. Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba dan pengguna lebuh raya berkenaan.

Kalau nak pandu kereta Proton .... jangan ada silap. Silap sikit, kita kena. Orang langgar pun hancur, di langgar pun remuk. Nyawa 50:50. Kerajaan kata Ciri keselamatan bukan letak pada kereta, tapi pada kepala otak pemandu. Sebab itu, kalau baca katalog proton, yang ada hanya acessories dan harga. Kalau kereta luar negara katalog di penuhi dengan ciri ciri keselamatan, tapi di Malaysia penuh dengan cara pembayaran. Deposit sekian, ansuran sekian, installmentnya sekian dan jumlahnya sekian. Yang lain ..... tak payah ada.

Cuba sebelum korang beli kereta Proton....tanyakan 'safety test' nya. Salesman nak jawab apa? Di luar sana ....kereta kecik pun ada test tau ..... [klik gambar untuk berita]. Nyawa di hujung tanduk, tu sebab beli kereta jadi jadi pak kaduk. Bersorak gembira, nyawa tergadai. Pandu Proton kalu ... everybody MUST BE PERFECT.

Jul 27, 2008

Musykil dengan data penyelenggaraan Perdana V6

MStar

SAYA amat tertarik dengan maklumat yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini 23/7/2008 yang menunjukkan data penyelenggaraan Proton Perdana V6 adalah sebanyak RM200 setiap 5000 KM.

Angka ini juga dibandingkan dengan penyelenggaraan kereta lain iaitu Mercedez. Data ini menimbulkan tandatanya dan mengelirukan . Adakah yang dimaksudkan penyelenggaraan (service) itu hanya menukar minyak injin sahaja?

Saya telah membeli Proton Perdana V6 baru dan telah menggunakannya selama 5 tahun genap pada tahun ini. Saya memang mengikut spesifikasi yang dicadangkan Proton untuk penyelenggaraan bagi setiap 5000 kilometer. Lebih-lebih lagi saya sentiasa membuat penyelenggaraan di tempat yang diiktiraf oleh Proton iaitu di EON Service.

Setiap kali saya menyelenggara kereta saya, maka saya akan catatkan bacaan kilometer, tarikh dan kos penyelenggaraan yg saya bayar.

Berikut adalah sebahagian penyelenggaraan biasa yang saya catatkan:

Tarikh Bacaan meter (KM) Kos Penyelengaraan (RM)

14/3/2006 045134 616.60
27/6/2006 050850 437.92
19/10/2006 055600 414.87
10/2/2007 060273 658.20
29/9/2007 070847 758.00
5/1/2008 076096 420.00
Saya memberikan data ini untuk berkongsi pengalaman pengguna-pengguna Proton Perdana V6. Saya tak menafikan kerata Nasional kita memang anggun dan prestasinya bagus tapi data yang saya baca di akhbar tadi nyata mengelirukan saya.

Sepanjang pengetahuan saya, saya hanya membuat penyelenggaraan di luar daripada EON dua kali sahaja.

Di sini timbul tandatanya juga adakah EON mengenakan bayaran yang begitu tinggi berbanding tempat lain kerana data di atas tidak pernah menunjukkan angka RM200.

Oleh yang demikian apa yang didakwa oleh Kepimpinan Menteri Besar Terengganu ada kebenarannya jika merujuk kepada data yang saya berikan.

Saya berharap juga Pengguna-pengguna Mercedez yang mempunyai kapasiti dengan Proton Perdana V6 untuk tampil memberikan data seperti saya untuk dijadikan perbandingan.

Sekian. Terima kasih.

Bang Mat
Pulau Pinang.

Jul 21, 2008

Proton atau Mercedez?



MOTHER LOSES THREE CHILDREN IN SMASH UP: Siblings Tan Jun Hui, 4; Jun Wah, 11; and Jun Nia, 12; and their cousin Wong Yui Yen, 7; were killed on the spot in a head-on collision between the Proton Wira they were in and a lorry. Another sibling, Jun Kwang, 8; and cousin, also named Wong Yui Yen, 6; sustained serious head and body injuries, along with Lee. Their Indonesian maid Kismi Wati, 23, also died instantly ... selanjutnya.
Sedih. Sejak awal Proton di jual dan di perkenalkan, berapa ramai yang telah terkorban. Tengok gambar kereta tu, separuh bahagian atasnya hilang entah kemana. Kekadang rasa betul juga kata MB Terengganu. Dari Proton baik Mercedez, sekurang kurangnya, maintenance pun rendah, keselamatan ada sikit terjamin.

Mar 31, 2008

Proton recalls 34,000 Savvy cars

[savvy.jpg]

Proton is recalling its Savvy cars over a possible problem with regards to the car’s rear-wheel bearing.

The company said a recent inspection has brought to its attention that water could get into the bearing, which could lead to a malfunction.

“The safety and satisfaction of our customers is a primary concern. As a precautionary measure, we are recalling all Savvy’s for inspection and repair,” Proton managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed said in a press statement.more...

Jan 5, 2008

PROTON SAGA 2008

Proton New Sedan

Pihak Proton telah menyediakan Kotak intai Proton di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor (10am to 10pm); Proton showroom di Jalan Sultan Ahmad Shah, Penang (8am to 8pm); Proton Showroom di Plentong, Johor (8am to 8pm) and Giant Hypermarket, Jalan Gambang, Kuantan (10am to 10pm). Di dalam kotak tersebut terdapat kereta Proton SAGA terbaru.

Imej Proton Saga terbaru yang diperolehi

http://images.paultan.org/images/New_Proton_Saga_Proton_BLM_1_Large.jpg

http://images.paultan.org/images/New_Proton_Saga_Proton_BLM_2_Large.jpg

http://images.paultan.org/images/New_Proton_Saga_Proton_BLM_3_Large.jpg

Imej diperolehi dari : paultan

Posting terkini

Blog Archive