KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 11, 2008

BN nak tubuhkan kumpulan syok pada BN ?

MStar | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan penubuhan sebuah kumpulan yang membenarkan keahlian langsung dalam Barisan Nasional (BN) bagi mereka yang menyokong BN tetapi tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen.

"Ini adalah idea yang saya timbulkan dan perlu difikirkan kerana saya tahu ada ramai yang menyokong BN, nak dekat dengan BN dan mahu berinteraksi serta banyak berbincang mengenai BN mesti lakukan itu dan ini.

"Tapi (mereka) ada masalah sikit dengan parti-parti komponen yang tidak begitu disukai tapi mereka mahu berinteraksi.

"Jadi saya fikir ada baiknya juga kita wujudkan (kumpulan) dan bagaimana ia distruktur, iaitu satu platform dan satu kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli BN secara langsung," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di Menara PGRM di sini, hari ini....seterusnya.

no2umno - Dengan erti kata lain .. kumpulan tersebut adalah untuk mengumpulkan rakyat yang tidak berminat untuk berpolitik tetapi sokong BN. Apa tu ? Tak paham. BN tu politik dan kumpulan yang ditubuhkan itu bukan untuk politik ... .Weyyyy Pak Lah ... cakap jangan macam Samy.

Cuba terus terang sikit ... bagitau rakyat bahawa BN sekarang dah cuak dengan gelagat rakyat yang semakin jauhkan diri dari BN. Kan mudah .... wakakakakaka

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive