KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

Polis Siasat Punca Kematian Tentera yang MATI di tahanan

Bernama - Polis masih menyiasat punca sebenar kematian Prebet Mohd Shahrizal Mohd Shafie di dalam lokap tentera kelmarin dengan mengambil segala keterangan dan percakapan semua anggota yang rapat dengan beliau.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata siasatan termasuk mendapat maklumat dari rakan-rakan mangsa termasuk pegawai di pusat tahanan dan di kem Sungai Besi itu.

Pegawai tentera yang bertugas memberitahu bahawa Shahrizal, 27, yang bertugas dengan Rejimen Askar Melayu Diraja mati akibat sakit perut, muntah dan terjatuh.

Beliau yang ditahan sejak Disember lalu kerana dikatakan tidak datang bertugas, ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas di kem itu dan disahkan meninggal dunia di hospital kem pada pukul 1 petang.

Namun ahli keluarga beliau yang menziarah jenazah mangsa di bilik mayat di Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras mendakwa melihat banyak kesan luka di pipi dan parut di kepalanya.

Muhammad Sabtu berkata berdasarkan kesan kecederaan pada badan mangsa, polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikaitkan dengan kes bunuh.

"Namun kita akan menunggu laporan bedah siasat HUKM," katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive