KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

BPR: Tiada kes terhadap Dr M

Malaysiakini - Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata sejak tahun 2006, badan itu tidak pernah menerima sebarang laporan kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah bahagian Siasatan BPR, Mohd Shukri Abdul dalam satu sidang akhbar hari ini.

Mengenai siasatan terhadap pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman, beliau berkata, ia dimulakan pada tahun 1998 dan disiapkan pada tahun 2001.

Shukri berkata, laporan siasatan tersebut telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu, yang kemudiannya berpendapat bahawa keterangan saksi tidak konsisten.

Berikutan, katanya, peguam negara mengarahkan supaya fail siasatan tersebut ditutup.

Berhubung isu keterangan bekas ketua pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya terhadap Dr Mahathir, Shukri berkata ia disiasat oleh pihak polis.

Shukri berkata, BPR tidak terbabit dan beliau meminta supaya perkara itu dirujuk kepada pihak polis.

Beliau berkata, sejak beliau menjadi pengarah negeri pada 1996, pengalamannya mendapati tidak berlaku sebarang campurtangan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam siasatan BPR.

Rujuk: Peguam Negara arah siasatan kes terhadap Tun Dr. Mahathir pada 1998 ditutup

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive