KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

MCA GUNA GAMBAR TANPA KEBENARAN

Jurugambar buat laporan polis gambar digunakan parti politik tanpa kebenaran

Bhairan - Seorang jurugambar profesional membuat laporan polis berikutan gambar miliknya digunakan tanpa kebenaran pada poster MCA untuk kempen pilihan raya umum, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo, berkata jurugambar itu, Tan Lian Hock membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini, semalam.

“Gambar yang dirakamkan itu adalah gambar bapa mentua, ibu mentua dan anak Tan yang diambil pada tahun 2001 berlatarbelakangkan Menara KLCC,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain digunakan tanpa kebenaran, beliau berkata, gambar yang digunakan pada poster MCA itu memalukan bapa mentua Tan yang juga ahli DAP.

Sementara itu, Tan berkata, selain dalam simpanannya, gambar itu turut berada dalam simpanan syarikat Southern Lion Sdn Bhd kerana beliau pernah menyertai pertandingan “Lion’s 110 Year Snapshot” anjuran syarikat itu dan juga disimpan sebuah syarikat lain, Picture Library Sdn Bhd.

“Saya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan mahu polis membuat siasatan rapi terhadap kes ini,” katanya. - Bernama

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive