KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

LAGI KEMATIAN DI KEM TENTERA


KAKAK Mohd. Shahrizal, Norashikin Shaffie (dua dari kiri) bersama ahli keluarga lain sebak ketika menuntut mayat di Cheras semalam.

Kosmo - "Saya terkejut, kalau tengok pada kecederaannya, saya percaya ia bukan mati jatuh di dalam bilik air,'' ujar bapa saudara kepada seorang anggota tentera yang didakwa mati di Kem Melayu 1, Sungai Besi semalam kerana mendapati banyak kecederaan luar biasa yang berlaku pada tubuh arwah anak saudaranya itu.

"Selain lebam di muka kiri, mangsa juga turut mengalami luka di kepala dan tangan dipercayai digunakan mempertahankan diri," kata Hishamuddin Ismail, 38, ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini petang semalam.

Dalam kejadian 1 petang semalam, Allahyarham Prebet Mohd. Shahrizal Mohd. Shaffie, 27, yang masih dalam tempoh tahanan di kem tersebut sejak setahun lalu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Allahyarham Mohd. Shahrizal dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh dan pengsan di dalam bilik air selepas makan tengah hari. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive