KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

PR Bantah PROJEK DBKL

Image(imej oleh: Harakah)
Bernama - Sepuluh anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP hari ini menggesa supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan projek pembinaan bangunan komersil di Bukit Persekutuan di sini.

Mereka yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat dengan diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membuat gesaan itu ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini.

Mereka meminta supaya Datuk Bandar Datuk Ab. Hakim Borhan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membatalkan hasrat syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd untuk membina bangunan itu, demi kepentingan awam.

Dalam pertemuan tiga jam itu, anggota-anggota parlimen itu juga memohon supaya DBKL menyediakan Pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan menyediakan kemudahan pejabat di semua Pusat Khidmat Masyarakat Anggota Parlimen Kuala Lumpur.

ImageSelain itu, mereka meminta DBKL melantik semua Anggota Parlimen Kuala Lumpur sebagai Anggota Lembaga Penasihat DBKL, bagi membolehkan suara rakyat diwakili dalam pembentukan dasar serta penilaian pelaksanaan dasar DBKL.

Sementara itu, Ab. Hakim berkata semua permintaan anggota parlimen itu akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

"Kita telah memberi penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini dan kita mencadangkan supaya ia dibawa sekali semasa kita mendengar bantahan awam daripada orang ramai mengenainya," katanya.

RUJUK: Pertemuan bersama Datuk Bandar, Ahli Parlimen kemuka empat saranan

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive