KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 8, 2008

PM Dicadang Mengetuai Rombongan Majlis Tertinggi Umno

Radio24 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dicadang mengetuai rombongan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, menemui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee, berkata ini perlu kerana apa yang berlaku antara kepimpinan Umno dengan Tun Dr Mahathir, sepertimana yang dilaporkan dalam media sejak akhir-akhir ini, tidak akan menguntungkan sesiapa, malahan akan menghancurkan parti.

Datuk Syed Ali berkata sebagai orang lama dan bekas pemimpin, Tun Dr Mahathir telah menyuarakan pandangan beliau terhadap apa yang berlaku dalam Umno sekarang dan apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan parti.

Beliau berkata Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin banyak berjasa terhadap Umno dan sebagai seorang bekas pemimpin yang masih sayang dan mengambil berat terhadap parti sudah tentu beliau tidak boleh berdiam diri melihat kelemahan yang terdapat dalam Umno.

Justeru, sebagai Presiden parti adalah wajar sekiranya Datuk Seri Abdullah membawa kesemua anggota MT Umno menemui Tun Dr Mahathir bagi menjernihkan keadaan selain mendapatkan pandangan serta nasihat ikhlas beliau terutama mengenai cara memulihkankan kembali pengaruh serta kekuatan parti.

Datuk Syed Ali berkata pertemuan itu hendaklah dilakukan dalam masa terdekat kerana sekiranya keadaan sekarang dibiarkan berlarutan beliau bimbang ini akan membuatkan kemelut yang melanda Umno bertambah parah dan akan membawa kepada kehancuran parti.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive