KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Jemputan Debat 30 minit di Awani Astro

Hari ini che'GuBard mendapat satu jemputan untuk muncul dalam program debat 30 min. "Sudut Pandang" yang akan di siarkan secara lansung menerusi Astro Awani (Channel 501), 19 Jun 2008, jam 8.30 malam.
chegubard - [...] Pada 8.15 malam saya telah hadir di IPD Seremban ditemani Setiausaha Bahagian Teluk Kemang dan selaku penyelaras (penaja) keADILan Rembau, Nor Azizi A. Aziz dan beberapa teman lain. Selepas kenyataan saya diambil oleh ASP Mohd Fadhli Daud, Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Seremban, saya telah meninggalkan IPD Seremban sekitar jam 9.30 malam dan terus bertolak ke Taman Angsamas, Rantau untuk mempengerusikan sendiri mesyuarat persiapan program Anti ISA anjuran Jawatankuasa (penaja) keADILan Rembau yang akan berlansung pada 22 Jun 2008,jam 8.00 malam di Taman Angsamas, Fasa 2, Rantau.

ASP Fadhli menyatakan ada dua laporan polis (yang dibuat oleh anggota polis sendiri) ke atas saya berkenaan dengan PROTES 6 Jun di Pasar Besar Seremban
dan PROTES 14 Jun di Terminal One Seremban. Menurut ASP Fadhli beliau hanya ditugaskan menyiapkan kertas siasatan. Keputusan pendakwaan terletak pada orang atasanya dan jika disabitkan maksimum melibatkan hukuman denda dan penjara.

Secara peribadi bagi saya ini hanya asam garam dalam perjuangan, malah jika nak dibezakan dengan dugaan yang telah dilalui ia hanya satu yang kecil. Ini tidak sedikit pun melarikan fokus saya selaku jawatankuasa PROTES untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar dan kegagalan kerajaan BN dalam isu kenaikan harga minyak dan terus bersama teman lain berusaha bersungguh - sungguh untuk menjayakan Himpunan Sejuta Rakyat 5 Jun Kuala Lumpur.
Rakyat diseru bangkit menyatakan hak tanpa rasa takut. Yakinilah nasib kita hanya terbela apabila kita bersuara dengan berani dan buang jauh ketakutan kerana kita sudah dipusingan akhir ke arah 'kemerdekaan rakyat'... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive