KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

"Saya tidak popular di kalangan DBKL"

Imageharakahdaily - Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali memberitahu bahawa beliau adalah antara individu yang 'tidak popular' di kalangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjalankan tanggung jawabnya memenuhi kehendak dan suara hati rakyat khususnya melibatkan warga kota.

Katanya apa yang dilakukan selama ini yang melibatkan sebarang kritikan, teguran dan cadangan adalah semata-mata untuk memastikan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL dapat berfungsi dan menyediakan khidmat masyarakat dengan lebih efisien dalam menyediakan infrastruktur dan prasarana kepada rakyat.

"Saya tahu, saya tidak popular di kalangan DBKL kerana menjalankan tanggung jawab saya sebagai ahli parlimen dan wakil kepada rakyat yang perlu membawa dan menangani masalah rakyat dengan sebaiknya.

"Lihat hari ini, saya kesal kerana tiada seorang pegawai DBKL yang hadir bersama-sama dalam lawatan saya hari ini untuk memberi taklimat tentang kompleks ini," katanya ketika ditemui sewaktu membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pagi tadi dekat sini.

... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive