MStar | Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden parti, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."
Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, beliau menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.
"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," kata beliau kepada wartawan The Star, Ian Mcintyre.... selanjutnya.
Oct 6, 2008
Kuli pernah berjumpa DS Anwar
Labels: Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 24, 2008
Akar Umbi Lebih Berani Daripada Ketua Bahagian
masomelayu - [...]
Tengku Razaleigh sendiri nampak begitu berpuas hati dan gembria dengan sambutan di majlis berkenaaan. Majlis berkenaan anjuran Pakatan Anak Cekal Perak Selatan yang dikelolakan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, Nasarudin Mohd Rais.Labels: Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 23, 2008
Laporan Mahathir dan Ku Li Gempur Perak Esok!
msomelayu- SEMALAM dan hari ini saya tidak mengisi apa-apa maklumat dan catatan di blog ini. Sebaik sesampai ke rumah sekejap tadi saya membuka laptop dan melihat beberapa pesanan yang ditinggalkan dalam email bertanyakan kenapa tidak ada apa-apa catatan. Sebenarnya satu hari setengah sejak pagi semalam ke Perak Darul Riduan.
Saya ke Perak bukan untuk menghadiri perkahwinan anak Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin tetapi untuk melihat majlis yang syarahan Mahathir Mohamad di Dewan Palang Merah dan Bukan Sabit Merah di Ipoh dan majlis syarahan Tengku Razaleigh Hamzah di Ipoh dan Teluk Intan.
Sewaktu melalui kediaman menteri besar berkenaan saya melihat orang ramai berpusu-pusu memasuki rumah MB berkenaan. Sementara bulatan yang menuju ke kediaman berkenaan juga berlaku kesesakan. Beberapa orang pegawai polis trafik juga kelihatan turut berkawal di hadapan pintu masuk ke kedimaan MB berkenaan.
Saya merasakan kedua majlis dihadiri Mahathir dan Ku Li di Perak itu penting bagi melihat sejauh mana sambutan akar umbi Umno terhadap kedua majlis ini. Sebab kedua pemimpin ini sedang hebat menentang kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.... selanjutnya.
Labels: Belit Mahathir, Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 15, 2008
Ku Li Saran Ahli UMNO yang ‘Kaki Ampu’ Berubah
buletinonline - [...] Beliau menganggap semua pemimpin UMNO yang menjulang Abdullah Ahmad Badawi sekarang adalah pengampu yang terpaksa melakukannya kerana terpaksa dan ingin menjaga kedudukan serta kepentingan masing-masing.
Justeru, biarpun UMNO berada dalam keadaan ‘nazak’disebabkan kelemahan Abdullah dan menantunya, Khairy serta sokongan beberapa orang kuatnya, pemimpin bawahan masih dihantui ketakutan untuk bangkit menentang kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri sendiri.
“Sudah memadai dengan apa yang telah berlaku dalam UMNO pada hari ini. Banyak negeri yang tergadai disebabkan kelemahan Pak Lah dan Menteri kabinetnya. Namun, mereka masih tidak mahu mengaku kalah,” ujarnya lagi.
Kuli berpendapat pemimpin-pemimpin atasan UMNO sudah ketandusan idea serta tidak mahu mengaku bahawa mereka sudah tidak ada sokongan lagi.
Baginya, ini adalah fakta yang nyata, terutama majoriti golongan muda menolak BN dan Umno yang diterajui Abdullah Badawi.
Secara amnya, UMNO sudah kehilangan moral dan keberkatan, di mana krisis dalaman UMNO sendiri menyaksikan kecelaruan yang tiada kesudahan, malah semakin membawa kehancuran. ... selanjutnya.
Labels: Buletin online, Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 14, 2008
Apa kata Kuli?
Korang baca berita Utusmeloya hari ini? ...... Aku tak suruh beli, cuma cari berita yang FREE. Jangan caya, tapi baca....Ni dia,
Negara bankrap jika terus beri subsidi minyak - Ku LiDan korang baca pula berita dari Buletin online, ini ....
Negara boleh bankrap jika pemberian subsidi minyak bernilai berbilion-bilion ringgit setahun seperti yang diamalkan sejak 45 tahun, diteruskan oleh kerajaan sekarang.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, ini kerana berdasarkan kajian Petronas, simpanan minyak Malaysia hanya mampu bertahan lima tahun dari sekarang dan pemberian subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah untuk menanganinya akan menyebabkan negara muflis. - utusmeloya
Cerita sama .... tapi keseluruhan maksudnya berlainan. Beberapa point terkandung di dalam satu berita. Antaranya, peningkatan harga terlalu tinggi dan negara akan bangkrap. Lapuran dari Utusmeloya .... hanya sebut tentang bangkrap, tapi Buletin terkandung kedua dua maksud .... korang pikir la sendiri. Siapa yang cuba sembunyi dan putar belit. Aku bukan rekomen Buletinonline, tapi selidik dulu sebelum melompat. Sebab .... media jadi alat untuk hasut .... disini Utusmeloya macam tak betul.Kenaikan Harga Minyak Tidak Lojik, Terlalu Tinggi - Ku Li
Beliau yang pernah dilantik menjadi Pengerusi Petronas berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta Majlis Silaturrahim dan Penerangan Isu-Isu Semasa, di sini hari ini, yang bertanya adakah beliau akan menaikkan harga minyak jika dilantik menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun beliau berkata negara boleh jatuh bankrap jika kerajaan secara berterusan memberikan subsidi minyak kepada rakyat untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah bijak untuk menanganinya.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh Petronas dan dengan kadar pengeluaran sebanyak 600,000 tong sehari pada masa kini, beliau berpendapat bahawa simpanan minyak dan gas negara mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan negara dalam tempoh lima tahun lagi.
Malaysia selepas itu, katanya akan terpaksa menanggung kos yang tinggi dan bergantung sepenuhnya dengan import minyak dari negara luar untuk menampung kegunaan negara.
"Harga minyak ini kalau terus diberi subsidi sebagaimana 45 tahun lalu, negara kita akan bankrap. Sekarang kita hasilkan 600,000 tong sehari ... lama kelamaan akan habis dan kita akan terpaksa mengimport minyak daripada Arab Saudi.
"Sekarang pun kita dah import dari Arab Saudi kerana hasil minyak dari perut bumi di negara ini termasuk di Terengganu tidak sesuai untuk keperluan kita seperti tar dan diesel.
Kita terpaksa menapisnya terlebih dahulu di Singapura sebelum membawanya masuk ke Malaysia," tambah beliau. - Buletinonline.
Labels: Belit media, Ku Li, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 8, 2008
Umno hancur akibat tiada demokrasi, bersifat perkauman dan akhlak buruk - Ku Li
Harakahdaily - Tiada demokrasi dalam Umno, dasar dan visi Umno yang bersifat perkauman serta perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno merupakan tiga faktor kekalahan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Demikian dinyatakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Gua Musang, semalam.
Menurut Ku Li, kemusnahan demokrasi dalam Umno bermula apabila Perlembagaan Umno dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian Umno.
"Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian Umno. Tujuannya, kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain," dakwa beliau.
Umno tidak amal demokrasi
Kata Ku Li lagi, sebelum kuota itu diperkenalkan, Umno pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja, yang jelas 'peraturan' yang munasabah dan tidak terlalu 'undemocratic'.
Beliau menambah, parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.
Katanya, parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.
"Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik," tegas Ku Li. more...
Labels: Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 16, 2008
Ku Li has deeply hurt the non-Malays
drctoni.blogspot
We are very fortunate Ku Li is not the Prime Minister now.His statements have deeply hurt the feelings of the non-Malays who are also loyal and patriotic citizens of this country.He speaks as though the non-Malays are aliens and have no right to participate in the governing of the country.
Haven't the non-Malays contributed to the development of the nation?Can the nation be what it is today if not for the non-Malays?Ku Li has some soul searching to do.He must sincerely search his conscience to obtain genuine answers to these questions.
It is sad that a man of his age, experience and stature lacks the wisdom as a senior statesman.Umno and the BN lost not because the Opposition are angels but the the former have become arrogant,racist and have lost the feeling for the poor and downtrodden citizens of all
races, including the Malays.
Ku Li , as we read your statements,our hearts ached and tears swell in our eyes.It causes so much pain to hear such words from a veteran leader like you,whom we had so much respect. All our sacrifices and contributions to the nation means nothing to you and your Umno.
Pak Lah may be weak but a real gem of a man when compared to many.Despite heavy losses,which he accepted gracefully,saying "winning and losing is what democracy is all about", he has not reacted with anger against anyone.He may be under tremendous pressure these days, but he has not used the racial card which used to be the easiest weapon for Umno.He still says he is the Prime Minister for all races and ensure that no one community is left behind.We salute him and pray that God will deliver him from the predicament he is in now.
Dr.Chris Anthony
Labels: Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
