buletinonline - [...] Beliau menganggap semua pemimpin UMNO yang menjulang Abdullah Ahmad Badawi sekarang adalah pengampu yang terpaksa melakukannya kerana terpaksa dan ingin menjaga kedudukan serta kepentingan masing-masing.
Justeru, biarpun UMNO berada dalam keadaan ‘nazak’disebabkan kelemahan Abdullah dan menantunya, Khairy serta sokongan beberapa orang kuatnya, pemimpin bawahan masih dihantui ketakutan untuk bangkit menentang kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri sendiri.
“Sudah memadai dengan apa yang telah berlaku dalam UMNO pada hari ini. Banyak negeri yang tergadai disebabkan kelemahan Pak Lah dan Menteri kabinetnya. Namun, mereka masih tidak mahu mengaku kalah,” ujarnya lagi.
Kuli berpendapat pemimpin-pemimpin atasan UMNO sudah ketandusan idea serta tidak mahu mengaku bahawa mereka sudah tidak ada sokongan lagi.
Baginya, ini adalah fakta yang nyata, terutama majoriti golongan muda menolak BN dan Umno yang diterajui Abdullah Badawi.
Secara amnya, UMNO sudah kehilangan moral dan keberkatan, di mana krisis dalaman UMNO sendiri menyaksikan kecelaruan yang tiada kesudahan, malah semakin membawa kehancuran. ... selanjutnya.
Jun 15, 2008
Ku Li Saran Ahli UMNO yang ‘Kaki Ampu’ Berubah
Labels: Buletin online, Ku Li
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 3, 2008
Tiada Beza Shahrir dan Shafie - Minyak Petrol dan Diesel Mungkin Naik Harga Ogos
buletinonline - [...] Hari ini Shahrir membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.
"Harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” kata Shahrir.
Beliau berkata, walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.
"Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima itu, ia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.Dengan alasan yang beliau berikan bermakna, kemungkinan yang akan mendapat subsidi adalah golongan berpendapatan rendah, dan tiada subsidi bagi pengeluar, pengedar, peruncit dan peniaga.... selanjutnya.
"Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah.
Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi),”
Labels: Buletin online, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 24, 2008
UMNO Terengganu 'kian' Parah
buletinonline - ni bermakna Pengerusi dan setiausaha tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi.Kenapa? apa lagi kalau bukan umno Terengganu semakin parah.
Lihat bagaimana seluruh daerah di Terengganu dinaikan papaniklan mengucapkan tahniah kepada Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu,kecuali di Daerah Besut papaniklan tersebut sehingga kini masih belum boleh untuk dinaikan.
Baru-baru ini didalam perjalanan ke Kota Baharu, satu kain rentang yang tertulis" Kami warga Besut tetap teguh bersama Dato' Seri Idris Jusoh"
Menurut sumber tersebut papaniklan yang disimbah cat itu satu di bulatan batu bersurat sementara satu lagi di persimpangan cabang Tiga.
... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Buletin online, UMNO pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 19, 2008
Bendera UMNO di Pasar Kedai Payang – Datuk Bandar Tak ‘Round’ Kawasan?
buletinonline - Para pelancong dalam negeri yang datang berkunjung ke Bandaraya Kuala Terengganu hari ini, merasa pelik dan hairan bagaimana bendera parti politik (UMNO), dibiarkan masih terpasang dipintu masuk utama Pasar Kedai Payang (PKP) sedangkan pilihanaraya umum telah dua bulan berlalu.
Tinjauan Buletin Online sekitar bandaraya hari ini mendapati kedatangan pelancong dari pantai Barat agak ramai kerana cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti hari wesak sehingga esok (Isnin).
Beberapa pengunjung yang ditemui Buletin Online di sekitar PKP pada mulanya teragak-agak untuk menyatakan pandangan mereka, menoleh kiri dan kanan, mungkin bimbang didengari oleh penguatkuasa.... selanjutnya.
Labels: Buletin online
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 22, 2008
Empat Sukarelawan yang ditahan, dibebaskan
(Foto:Peguam Fariz Irwan mengunjungi keluarga yang ditahan semalam)
buletinonline
Kuala Terengganu, 21 Mac – Empat sukarelawan yang ditahan malam kelmarin ketika menggantung ‘banner’ ‘Rakyat Terengganu berdiri di belakang Tuanku’, dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Terengganu petang ini.
Kempat-empat mereka Mohd Hafiz Haji Harun, 27, Mohd Zulhafiz Mohamad, 23, Rosmawi Mamat, 32, dan Mohd Faizul Embong, 26, yang berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai Kuala Terengganu adalah sukarelawan beberapa badan bukan kerajaan(NGO) yang memulakan kempen menyokong pihak istana didalam krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu.
Mereka telah ditahan dihadapan Planetarium Negeri Jalan Hiliran jam 1.45 pagi 20 Mac, kemudian dibawa ke Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) IPD Kuala Terengganu.
Namun kemudian mereka diserahkan ke bahagian Cawangan Khas(SB) kerana didapati tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.Mohd Hafiz Harun, yang ditemui oleh Buletin Online di Hospital Sultanah Nurzahirah(HSNZ) malam tadi memberitahu bahawa beliau telah di soal oleh lebih 10 orang SB dalam masa empat jam.
Beliau kemudiannya telah dimasukkan ke HSNZ kerana mengalami sesak nafas dan serangan asma akibat tidak dapat tidur.
Ketua Polis Terengganu dalam kenyataannya hari ini mengaku menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu di Jalan Sultan Mahmud di sini.
Dalam kejadian pada 1.45 pagi itu, keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kenderaan ditahan ketika cuba memasang kain rentang itu yang antaranya tertulis `Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman' serta `Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku'.
Walau bagaimana pun, seorang peguam, Fathi Aziz ketika dihubungi mengatakan bahawa kain rentang berkenaan tidak berkaitan langsung dengan akta hasutan.
Kempat-empat mereka dihadapkan kehadapan majistret yang hadir ke lokap IPD Kuala Terengganu sekitar jam 11 pagi.
Majistret mengarahkan mereka ditahan reman selama 4 hari sehingga Ahad, kerana disyakki melakukan kesalahan dibawah Syeksyn 11, Akta Mesin Cetak, Seksyen 4 Akta Hasutan, Seksyen Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Seksyen 500 Akta Kanun Keseksaan.
Belum pun sampai dua hari ditahan reman, mereka telah dibebaskan tanpa apa-apa pertuduhan. Peguam Fariz Irwan yang mewakili mereka memaklumkan kepada Buletin Online petang ini, mereka telah dibebaskan dengan bantuan ‘pihak istana’.
Labels: Buletin online
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 10, 2008
Selamat datang Najib, inilah laporan politik UMNO Bahagian Marang
(poster yang tiada wajah Man Bakar)
dipetik: buletinonline
Kedudukan sekarang lebih teruk lagi. Man Bakar kurang turun ke padang. Selain dari sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia, dia juga sibuk mengumpul harta dan wanita. Telah menjadi rahsia umum tentang pembinaan istana jutaan ringgitnya di Putrajaya dan telah menjadi buah mulut tentang ‘wanita’ teman baiknya yang di simpan di sebuah ‘golf resort’.
Walaupun Man Bakar mempunyai hubungan yang baik dengan MB tetapi dia ‘berbalah’ dengan Dr Abd Latiff (ADUN Bukit Payung), dan juga berbalah dengan Alias bin Abdullah (ADUN Alor Limbat) yang juga Timbalan Ketua Bahagian Marang. Masalah perebutan kuasa dan jawatan serta masalah peribadi yang sedia ada menambah burukkan keadaan.
(Persiapan menyambut Dato' Seri telah dibuat secukupnya)
Masalah DUN Alor Libat pula adalah banyak kepada masalah Alias Abdullah sendiri. Isterinya tidak mesra pengundi. Walaupun ‘propaganda’ pernah dibuat oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan imej Alias, namun kerana tidak tinggal didalam kawasan(tinggal di Jalan Pejabat Kuala Terengganu) menyebabkan rakyat payah untuk bertemu beliau.
Masalah Alias ditambah dengan sikap Pegawai khasnya, Mohd Sabri bin Ali dan Sayuti yang tidak disenangi oleh masyarakat kerana mengutamakan kroni dalam pengagihan projek dan juga mempunyai perangai yang tidak molek.
Alias juga bermusuh dengan geng Hj Yusuf Musa, bekas calon 1999. Beliau juga gagal didalam menyelesaikan masalah perlantikan pengerusi JKKK.dan juga masalah cawangan didalam DUN Alor Limbat. Ini menyebabkan terdapat 13 cawangan menolak pencalonan beliau sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Antaranya Cawangan Tanjung Ketom, Kg Serada, Kg Pak Madah, Kg Rawai, Padang Kabar, Beladau Selat, Kepong, Pengadang Baru, Padang Midin, Binjai Berambu, Gong Kiat, Pengkalan Setar dan Kg Baru Serada. |more...|
Rujuk juga : Selamat datang Najib, gambar Deris ada, Dr Latiff ada, Man Bakar tak dok!
Labels: Buletin online
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
