KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

Empat Sukarelawan yang ditahan, dibebaskan

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/e.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto:Peguam Fariz Irwan mengunjungi keluarga yang ditahan semalam)

buletinonline
Kuala Terengganu, 21 Mac – Empat sukarelawan yang ditahan malam kelmarin ketika menggantung ‘banner’ ‘Rakyat Terengganu berdiri di belakang Tuanku’, dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Terengganu petang ini.

Kempat-empat mereka Mohd Hafiz Haji Harun, 27, Mohd Zulhafiz Mohamad, 23, Rosmawi Mamat, 32, dan Mohd Faizul Embong, 26, yang berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai Kuala Terengganu adalah sukarelawan beberapa badan bukan kerajaan(NGO) yang memulakan kempen menyokong pihak istana didalam krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Mereka telah ditahan dihadapan Planetarium Negeri Jalan Hiliran jam 1.45 pagi 20 Mac, kemudian dibawa ke Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) IPD Kuala Terengganu.

Namun kemudian mereka diserahkan ke bahagian Cawangan Khas(SB) kerana didapati tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/hafiz.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Mohd Hafiz Harun, yang ditemui oleh Buletin Online di Hospital Sultanah Nurzahirah(HSNZ) malam tadi memberitahu bahawa beliau telah di soal oleh lebih 10 orang SB dalam masa empat jam.

Beliau kemudiannya telah dimasukkan ke HSNZ kerana mengalami sesak nafas dan serangan asma akibat tidak dapat tidur.

Ketua Polis Terengganu dalam kenyataannya hari ini mengaku menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu di Jalan Sultan Mahmud di sini.

Dalam kejadian pada 1.45 pagi itu, keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kenderaan ditahan ketika cuba memasang kain rentang itu yang antaranya tertulis `Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman' serta `Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku'.

Walau bagaimana pun, seorang peguam, Fathi Aziz ketika dihubungi mengatakan bahawa kain rentang berkenaan tidak berkaitan langsung dengan akta hasutan.

Kempat-empat mereka dihadapkan kehadapan majistret yang hadir ke lokap IPD Kuala Terengganu sekitar jam 11 pagi.

Majistret mengarahkan mereka ditahan reman selama 4 hari sehingga Ahad, kerana disyakki melakukan kesalahan dibawah Syeksyn 11, Akta Mesin Cetak, Seksyen 4 Akta Hasutan, Seksyen Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Seksyen 500 Akta Kanun Keseksaan.

Belum pun sampai dua hari ditahan reman, mereka telah dibebaskan tanpa apa-apa pertuduhan. Peguam Fariz Irwan yang mewakili mereka memaklumkan kepada Buletin Online petang ini, mereka telah dibebaskan dengan bantuan ‘pihak istana’.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive