KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

"Kita tidak terburu-buru" Anwar

(...) "Memang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemui saya dan prinsip kita siapa sahaja yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beli orang bukan tradisi kita," katanya dipetik agensi berita Bernama.

"Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali...kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu," katanya.

Wakil rakyat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Richard Riot bakal menjadi ahli parlimen pertama meninggalkan BN jika perkara itu berlaku namun Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan semalam menganggap ia sebagai khabar angin dan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan daripada Richard.

Pakatan PKR, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

Sebelum itu, Anwar berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan PKR memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran...," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di sini.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive