KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

BIADAPNYA LIM KIT SIANG ....ISHK ISHK ISHK ...



Pemuda Perak Sifatkan Lim Kit Siang Biadap

Oleh Haris Razali
pemudaumno.org.
Friday, March 14

Ipoh -- Pemuda UMNO Perak hari ini menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang memperolok-olokkan titah Sultan Perak berhubung perlantikan Menteri Besar negeri itu semalam merupakan satu perbuatan biadap dan kurang ajar.

Ketuanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata tindakan tersebut adalah satu penderhakaan dan penghinaan kepada institusi kesultanan Melayu Perak yang amat dimuliakan dan disanjung tinggi oleh orang Melayu.

Tegas beliau tindakan biadap dan kurang ajar Lim Kit Siang hanya akan mengundang kemarahan orang Melayu yang sentiasa menjaga kemuliaan dan martabat kesultanan Melayu Perak.

"Pemuda Perak mengambil ketetapan menzahirkan sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi kepada ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan akan mempertahankan kemuliaan intitusi kesultanan Melayu.

"Penghinaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ianya membabitkan maruah kesultanan melayu", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Kenyataan ini adalah hasil resolusi perjumpaan khas pergerakan Pemuda UMNO negeri itu semalam.

Zainol yang memenangi Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Manik dalam pilihan raya umum ke-12 Sabtu lalu turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri terbabit.

"Pemuda negeri sentiasa akur dan patuh kepada segala arahan beliau. Seluruh ahli Pemuda negeri juga diminta bersikap rasional dan patuh kepada keluhuran undang-undang", ujarnya.

No2umnO - Itu berita 14hb lepas ....cuma 8 hari sahaja. Takkan UMNO lupa kot?

1 comments:

Anonymous said...

umno(melayu umnolah tu) mudah lupa kan mahathir ketua dia dulu kan dah cakap.tu lah agaknya banyak sangat makan duit haram.

Posting terkini

Blog Archive