KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Apa agenda kenaikan harga minyak?

Radenjowo
Aku nak cerita pasal berita angin yang kuat bertiup sekarang.

Aku dapat cerita nya sebelum minyak naik lagi. Sekarang ni, Orang ramai merungut, tak kira parti. Yang menjerit susah dan sebagainya. Dalam hati berkata ... berani sungguh PM kita ni. Bukan dia tak tahu tentang risikonya, tapi ceh....dengan hebatnya di berkata .. minyak naik. Kabinet bincang 4 jam ... pengumuman di buat oleh Dollah dan minyak pun naik pada tengah malamnya. Beruk terkejut lagi.

Naik bukan sikit .... Korang bayang kan lah kalau semua orang belanja untuk minyak setiap hari, memang untung la syarikat minyak. Kalau tahun tahun dulu cuma 30% kenaikan ...tapi tahun ini lebih dari itu. 78% beb .... Kalau tahun dulu pun untung besar Petronas, tahun ni, apa ntah lagi.

Populariti Pak lah yang sebenarnya memang tak popular itu pun jatuh merudum. Bila ada usul rebate ... maka ramai rakyat diajak memuji. Imej Pejabat POS pun terpampang di muka depan akhbar, tv, media dan dan dan ... Golongan yang lupa nak kira untung rugi poket sendiri pun bukan main lagi julang nama Pak Lah. Media pun datang mencelah...tunjuk gambar orang angkat tangan. Macam la hebat sangat.

Kalau setakat RM625 .... RM200, sampai bila boleh bertahan? Dikira ... sehari dipulangkan kepada kita cuma RM1.00 lebih je. Kos minyak kita lebih dari itu. Rebate yang diorang pulang kan tu pun .. tak sampai seminggu dah langsai. Buat beli beras, minyak, gula ....dalam poket tinggal habuk je.

Semalam dapat duit, hari ni orang dah bising semula. Pada Julai 5 nanti, orang ramai akan penuhkan Kuala Lumpur. Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat. Semua orang tunggu waktu tu ... beratus-ratus ribu rakyat akan turun berdemo, menjadi wakil kepada mereka mereka yang malas tapi cakap banyak.

Dalam pada itu ... berita angin tentang agenda sebenar sudah mula kedengaran. Selepas pilihanraya tempoh hari, kerajaan Terengganu dah bising pasal 'kembalikan royalti minyak'. Selepas beberapa bulan di kritik, tiba tiba kerajaan pusat naik kan harga minyak dan royalti minyak Terengganu pun di pulangkan, semalam. Kalau tolak campur, kerajaan pusat tak rugi apa apa, Petronas untung lipat ganda dan rakyat kena tanggung lebih.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan Pusat telah menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Terengganu bagi tempoh tiga tahun sejak Mac 2004 hingga Mac 2007 berjumlah RM7.364 bilion. - Utusmeloya
Tapi aku rasa...Kerajaan pusat akan bagi cuma RM1 billion pada Terengganu. Itu belum ditolak campur dengan peningkatan harga barangan lain ... ASyik asyik rakyat jugak yang kena.

Berita angin yang aku dapat awal dahulu lain pulak bunyi nye. Diorang bilang, akan ada usul kaedah penjimatan minyak yang akan menyusul. Entah betul atau tidak, aku just pasang telinga. Kalau betul pun, berita angin nihh ... yang untung adalah mereka mereka dan keluarga mereka.

Kononnya akan ada usul pemasangan alat penjimatan yang memerlukan kos RM2,000 ke RM2,500 untuk setiap kenderaan. Kalau semua kenderaan memasang alat ini ... tokey ni gerenti kaya giler punya. Bukan tokey aje....tapi ramai lah orang lain pun ikut jadi kaya.

Ntah aku tak tau la betul atau tidak. Macam mana pulak rupa alat tu? Tiba tiba aku jumpa lak video ni ....

Clip 1



Clip 2

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive