KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Dimana wakil rakyat kita?

desakerayongindah - [...] Lima projek itu ialah Taman Lestari Perdana, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Permai, Saujana Puchong dan Saujana Putra adalah antara yang terbengkalai sejak tahun 2003 di sekitar Puchong dan Seri Kembangan.

Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai. Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai. "Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya. [seterusnya]

Agak malang bagi nasib sesetengah pembeli rumah yang lain kerana langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak yang sepatutnya samada daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Kalau semasa era pemerintahan BN di Selangor sebelum 8 Mac 2008 yang lalu, Pembeli Desa Kerayong Indah dilayan seolah-olah seperti melukut di tepi gantang apabila berhadapan dengan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Mantan Menteri Besarnya apatahlagi, langsung tidak ambil peduli dengan Projek Pemberimilikan Tanah Terancang tersebut.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive