KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Lebih 1,000 keluar Gerakan Melaka

harakahdaily- Parti Gerakan Rakyat Melaka (PGRM) menerima tamparan hebat berikutan tindakan 1,342 ahlinya mengumumkan keluar parti dan seterusnya membubarkan 12 cawangan masing-masing kerana memprotes kepimpinan atasan Negeri. Malah, pembubaran itu juga menyebabkan dua bahagian PGRM iaitu Bukit Katil dan Tangga Batu turut dibubarkan tetapi mereka belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat.

Krisis kepimpinan ini menyebabkan Gerakan negeri terbahagi kepada tiga puak iaitu puak Pemangku Pengerusi Gerakan negeri, Ng Lip Yong, puak bekas Pengerusi Gerakan Melaka, Yong Lang Low yang juga merupakan Pengerusi Cawangan Pengkalan Rama dan puak yang berkecuali iaitu bekas Naib Pengerusi Melaka merangkap Pengerusi Cawangan Pengkalan Batu, Mohd Abass Abdullah.

Yong juga mengakui bahawa sejak kepimpinan negeri diambil-alih oleh Ng, masalah menjadi semakin rumit dan mewujudkan jurang yang lebar lalu menyebabkan parti berpecah kepada beberapa puak.

Menurut bekas Pengerusi Cawangan Malim Jaya, Wan Cho Yow, suasana kacau-bilau yang berlaku adalah merupakan agenda Gerakan Pusat bagi menguasai Gerakan Negeri dengan mengenepikan mereka yang tidak sehaluan pendapat dengan pimpinan pusat.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive