KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Penarikbeca. Show all posts
Showing posts with label Penarikbeca. Show all posts

Jul 16, 2008

Debat Shabery-Anwar: Muqaddimah

penarikbeca | ....Tak faham lagi? Saya teringat budak-budak bertengkar. Katakan, ketika kita budak-budak dulu, kita bertengkar dengan seorang budak. Kita kata kat dia, air liur hang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibir bila hang bercakap. Banyaknya!

Memang, budak itu akan jawab, "aku dah sapu dengan lidah aku. Memang la masa aku bercakap jadi macam tu, tapi lepas aku bercakap, aku ada teknik nak hilangkan apa yang hang nampak tu".

Tetapi selepas itu, budak itu akan keluar dari pokok persoalan dan terus serang kita dan kata "mata hang pun aku pernah nampak banyak taik, hari tu aku nampak hingus hang meleleh tak habis-habis. Bau hang busuk", bla, bla, bla...

Bila kita tambah lagi fakta tentang mengenai air liurnya yang nampak memutih-mutih tepi-tepi bibirnya bila dia bercakap tu, dia akan jawab sikit lagi mengenai perkara itu. Sikit ja. Lepas tu dia akan tumpukan dengan serangan demi serangan kepada kita.

Selalunya budak yang kalah bertengkarlah yang buat hal. Bila dia dah tak tau nak jawab apa, mulalah dia akan kata, "hang tu suka buat kacau kat jalan!" Selepas itu mungkin akan ditokok tambah dengan maki hamun dan carut capai. Itu budak-budak la... Orang tua, terutama bila di hadapan umum, lain sikit style dia.

Kepada saya, Shabery tidak berjaya sama-sekali mempertahankan kerajaan yang diwakilinya. Dia hanya berjaya mendedahkan betapa tidak demokratiknya Anwar ketika beliau menguasai media-media seperti TV3, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar kumpulan NSTP dahulu. Itu sahaja kejayaan Shabery.... selanjutnya.

Jul 11, 2008

Peraduan cari yang tersembunyi

penarikbeca | Antara yang pertama saya baca pagi semalam ialah berita Harakahdaily bertajuk "Najib vs Anwar buat Abdullah ketawa?" (Posting dalam blog Haji Mahfuz Omar di sini).

Main-main kat Google Reader, terjumpa berita Malaysian Indsider bertajuk "Pak Lah to quit in June 2010".

Tak lama lepas tu, browse balik berita-berita Harakah. Tak ingat sama ada dah ada sebelum tu atau tidak, tetapi terjumpa berita bertajuk "Pak Lah - Najib: Retak menunggu belah" (Posting dalam blog TMJ di sini).

Sebelah petang, kawan call suruh baca blog MP PAS. Ada news baru, dia kata. Terjumpalah berita bertajuk "Ketua Pembangkang kemuka usul tidak percaya kepada PM dan Kabinetnya Isnin ini".

Malam tadi baca pula berita Malaysiakini semalam bertajuk "Pak Lah wants time to finish his projects". Nak jadi penunggu sehingga dua tahun. Projek apa sehingga terpaksa jadi penunggu?

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid nampak macam tak suka, kita akan tetap ada penunggu mengantuk sehingga projek berjaya.

Kawan-kawan! Dari berita-berita yang saya senaraikan itu, ada nampak apa-apa between the lines? Tak nampak? Faisal Tehrani boleh ramal apa sahaja, tetapi cuba bayangkan jika usul itu diterima untuk dibahaskan dan undi belah bahagi pula nampak macam dah tentu memberikan kemenangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tak nampak lagi? Nak buat lagu mana, saya pun tak nampak!!

Jun 15, 2008

Seronoknya...

... selanjutnya di penarikbeca

May 8, 2008

Kalau babi kena ISA...

penarikbeca - "Pandangan keterlaluan yang diungkap oleh mana-mana termasuk wakil rakyat, wajar dikenakan Akta Hasutan mahupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," Bernama memetik Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican ketika beliau memberikan tempoh tujuh hari kepada Pengerusi DAP Karpal Singh untuk meminta maaf secara terbuka kepada pihak istana berhubung kenyataannya yang dianggap biadab kerana mempertikaikan tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Isnin lepas, Karpal berkata bahawa arahan Sultan Azlan Shah supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang.

Sikap kurang ajar yang mudah sangat hendak menggunakan ISA itu amat menyakitkan hati saya. Itulah perangai pembesar-pembesar Umno. Bila dah tak larat nak berhujjah, mereka akan ugut untuk guna kuasa. Mudah sangat nak menzalimi rakyat. Perkataan kurang ajar sudah lebih dari terlalu lunak terhadap sikap sebegitu.
- baca selanjutnya di SINI....

Mar 21, 2008

Nak aku mencarut!

penarikbeca

Nak rasanya aku mencarut bila membaca berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Satukan Melayu -- Deklarasi 25 NGO sepakat tubuh Barisan Bertindak Perpaduan". Kononnya, demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam. Tuih! Dulu hampa buat apa?

Masa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghina dan memperlecehkan hukum Allah mengenai murtad, mana dia muka-muka tak malu hampa? Apa hampa buat bila Abdullah menghalalkan kemungkaran? Nak pelihara kesucian Islam konon!

Adakah hampa sanggup bersumpah dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa hampa betul-betul nak memelihara kesucian agama Islam dan tidak bercampur langsung dengan niat nak menyambung nyawa Umno serta memanjangkan pemerintahan Abdullah?

Osman Abu Bakar yang kononnya Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) (mana mari pulak sekoq ni?!!), mari bersumpah dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi. Aku bersumpah dengan dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa hang pembohong dan hang pula bersumpah dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa hang benar-benar berniat menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam serta tak ada sedikit pun niat nak menyambung nyawa Umno dan memanjangkan pemerintahan Abdullah dengan menggunakan alasan memelihara kesucian agama Islam.


Ihsan Mohd Nasir Mustafa

Mar 20, 2008

Puteri Gunung Ledang

penarikbeca

Tok-tok wakil Umno yang dipujuk menyeberang bagaikan Puteri Gunung Ledang. Terkejut utusan peminangan apabila mereka membuat tuntutan yang sukar diterima. Khabarnya, sebahagian dari mereka tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Barangkali kerana tercium bau yang tidak menyenangkannya itu, untuk kesekian kalinya, DAP cepat-cepat membuat kenyataan bahawa Anwar adalah pilihan parti itu sebagai Perdana Menteri. Pada 16 Mac lalu NST melaporkan berita bertajuk "DAP wants Anwar as alternative PM" . Keesokan harinya sekali lagi akhbar yang sama melaporkan berita bertajuk "Anwar is DAP's pick".

Komen-komen mengenai ulang tayang penegasan DAP itu dapat dibaca dalam posting Susan Loone bertajuk "DAP picks Anwar as alternative PM".

Melihat kepada senario politik yang ada, hampir mustahil permintaan "Puteri Gunung Ledang" itu dapat ditunaikan. Walaupun sejak 1993 lagi saya berharap agar Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia (dahulu ramai juga yang mempunyai pendirian yang sama. Sekarang, pusing kiri kanan hampir tidak ada lagi termasuk Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu) saya juga melihat laluan Anwar untuk menduduki kerusi idamannya itu bagaikan kian dekat.

Sebab itulah malam tadi apabila secara bergurau kawan-kawan bertanya, "Kalau Anwar jadi PM apa hang nak buat bakaq?", saya menjawab, "tengoklah. Kalau tak ada tempat lagi nak jadi penulis upahan untuk mencari rezqi bagi makan anak-anak aku, aku buatlah kerja apa pun asal halal".

Saya tidak ada kelulusan dan tidak ada kebolehan. Di samping mengekalkan blog ini, untuk mencari sesuap nasi untuk saya dan keluarga, saya yakin banyak kerja kosong sebagai tukang angkat barang-barang di Pasar Borong Selayang. Walaupun setengah abad usia saya Mei ini, saya percaya kudrat saya kuat.

Mohon dijauhkan Allah saya berkerja dengan mana-mana puak yang melawan PAS, selagi ia masih mempertahankan Fasal 5 Perlembagaannya.

Posting terkini

Blog Archive