KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

WPI lebih membimbangkan dari Batu Puteh

harakahdaily - Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) lebih membimbangkan dari Pulau Batu Puteh, kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau bimbang, WPI juga akhirnya akan menjadi seperti Pulau Batu Puteh jika satu hari nanti di bawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila kawasan itu jatuh ke tangan asing.

Di WPI, katanya, semua pihak boleh membeli tanah tanpa halangan.

"Kawasan di WPI termasuk kawasan orang Melayu, tanah orang-orang Melayu," kata Ibrahim yang menjangka kawasan tersebut akhirnya akan menjadi milik asing.

Mengenai Pulau Batu Puteh, beliau berkata, Malaysia seolah-olah mengaku pulau itu bukan miliknya apabila membawa perkara itu ke ICJ sedangkan "kita tahu dah Batu Puteh milik kita".

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap loji air Singapura di Gunung Pulai, Johor yang tidak boleh dimasuki oleh pihak keselamatan Malaysia.

Loji itu, katanya, boleh digunakan untuk mensabotaj Malaysia kerana jika loji itu dipecahkan, ia boleh menenggelamkan kawasan yang besar di Johor.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive