KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 26, 2008

DBKL indas peniaga Melayu Kampung Baru pulak

klpos - Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru setinggan dibantah oleh penduduk kampung berkenaan kerana mereka menyifatkan label setinggan tersebut sebagai tidak berasas dan menindas.
Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Kampung Baru, Dr. Hosni Hussien Md Saat berkata, DBKL tidak seharusnya mengeluarkan arahan keras kepada penduduk supaya segera mengosongkan kawasan tersebut.

Jelasnya, kehadiran penduduk di situ buka baru malah sudah memasuki generasi ketiga iaitu sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Kalau setahun dua kami baru menetap di tanah rizab melayu ini tidak apalah kami pasrah dipindahkan, namun perkara itu sebaliknya dan kami tidak akan berpindah selagi tiada jaminan daripada DBKL bahawa kami akan dibenarkan masuk semula di tanah kelahiran ini.

"Kami tidak menolak pembangunan dan sentiasa mengalu-alukan apa jua pembangunanyang dirancang oleh pihak kerajaan, tetapi pastikan hak kami tidak diperkecilkan begitu sahaja", katanya ketika mengadakan sessi dialog bersama penduduk dan media di kampung baru di sini, semalam.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive