KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 26, 2008

"Ini bukan 'win-win situation', ini kalah," - Ketua Umno Batu Pahat

harakahdaily - [...] Ketua Umno Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan kelemahan yang berlaku dalam perbicaraan kes Pulau Batu Puteh hingga hak Malaysia itu jatuh kepada Singapura.

Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negara, Dato' Seri Dr Rais Yatim bahawa keputusan Pulau Batu Puteh itu sebagai 'win-win situation' tidak benar.

"Ini bukan 'win-win situation', ini kalah," tegasnya semasa berucap dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyifatkan ia satu kehilangan hak rakyat Malaysia dan hal ini seharusnya tidak berlaku kerana Pulau Batu Puteh adalah hak Malaysia dan berada di perairan Johor.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan keputusan mahkamah antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh itu menunjukkan kelemahan negara dalam mengkaji kes tersebut sebelum dirujuk ke badan tersebut untuk dibicarakan.

Malangnya kata beliau, keputusan telah dibuat oleh ICJ dan ia tidak boleh dicabar lagi.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan keputusan itu dan merasakan seluruh rakyat turut sependapat dengannya.... selanjutnya.

berita berkaitan - MPs see nothing positive about ICJ ruling [malaysianinsider]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive