KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 26, 2008

Terlepas lagi tanah kita (Pulau Batu Putih) ke tangan Yahudi

detikdaily - Walaupun saya bukan anak Johor, tapi itulah Tanah Melayu, tanah terlempar di tengah lautan yang sepatutnya diwariskan kepada orang-orang soleh untuk diperintah ke atasnya.

(Ada ayat al-Qur'an yang menunjukkan bahawa bumi ini diwariskan kepada orang-orang yang soleh. - rujuk sendiri surah apa dan ayat apa, saya tak ingat)

Persoalannya, adakah rakyat Johor atau penghuni, penduduk dan pengundi di Malaysia @ Tanah Melayu ini sudah tidak lagi soleh, lalu Tuhan menyerahkan pulau itu kepada Yahudi atau proksi Yahudi? Biarlah orang-orang menjawabnya.

(Saya tidak melihat Singapura sebagai milik Cina. Ia tiada kaitan dengan Hong Kong, Republik China. Ia asalnya milik Malaya dan diserah kepada Yahudi.)

Mengenangkan hal ini saya teringatkan Alfonso De Albuquerque seorang Yahudi yang menjajah Melaka. Alkisahnya, Portugis beli tanah Melaka dengan seluas sebidang kulit lembu. Demikian liciknya mereka menyusun bicara.

Tanah itu mungkin sedikit, tetapi 'kekuasaan' dan 'kedaulatan' ke atasnya itulah yang Yahudi mahukan.

Bandingkan pula dengan tindakan Tokku Paloh yang bergabung dengan Sultan Terengganu bagi menghalang British mengambil tanah di Terengganu itu.

Kata Tokku Paloh, "Kalau tuan-tuan mahu ambil tanah, ambillah berapa banyak pasir yang ada di sini. Kalau nak campur urusan politik, tidak sesekali kami benarkan."

British dalam keadaan marah terus pulang, tapi punggung mereka terlekat di kerusi. Tokku Paloh sekali lagi menyindir: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu diambil juga?"

Ada suatu riwayat lain menyebutkan bahawa British mengajal Tokku Paloh berunding di atas kapal bertujuan memperlihatkan kekuatan angkatan laut mereka. Ini tidak lain bertujuan menakut-nakutkan beliau. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive