KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 25, 2008

Rasuah politik perwakilan Umno cecah RM20,000?

Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.

Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."

"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.

"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa,
" kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.

JAWATAN DITENDER

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.

Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.... seterusnya.

3 comments:

Putra IJ80 said...

"Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," Mahaded sebagai berkata.

Gua salute Mahaded sudah mula mengenal Tentang Haram dan Dosa.

Tapi gua tetap tidak lupa bila die kata:

"Junjugan tak cukur janggut,sebab tak de pisau gelitte di zaman nya"

Dan Gua juga tak lupa bila die kata:

"Jika Hudud di laksanakan,maka ramai orang Islam tak de tangan"

Gua macam mau nanggis bila buka catitan lama,mengenai nya.

Mujur lah gua baru kawin ,nanti bini kata apa pula.,.ssshhhht!!! ingat aweks lama.

Anonymous said...

Duit sebanyak itu,setahun tak perlu kerja.
Kena 'up' lagi tu.Macam main porker.
Gerenti 2,3, tahun tak perlu kerja.



Yamaha Y80

PakaBuntui said...

ada beza kah rasuah dalam pemilihan amu no dengan yang selalu dibawa ke mahkamah oleh BPR? hairan2..tak kena jail pun walau pun telah didapati bersalah..setakat gantung keahlian je...

Posting terkini

Blog Archive