KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Batu Burok. Show all posts
Showing posts with label Batu Burok. Show all posts

Jun 13, 2008

Ayub pindah ke Pulau Pinang

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/insidenbatuburok.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Ayub akan dikenang kerana peristiwa polis menembak rakyat di Batu Burok

buletinonline - [...] Peristiwa tersebut telah menggemparkan negara dan dunia kerana inilah kali pertama dalam sejarah profesionalisma polis diraja Malaysia, menggunakan peluru hidup dalam tugas-tugas awam.

Isu utama dalam keseluruhan drama insiden bersejarah Batu Burok adalah isu kebebasan bersuara, dimana pihak kerajaan telah mempergunakan agensi penguatkuasa bagi menyekat satu ceramah penerangan.
Insiden Berdarah Batu Burok sebenarnya bukan sebuah ‘pehimpunan’ kerana insiden tersebut berlaku terlalu jauh dari lokasi asal cadangan ceramah umum yang dianjurkan oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). ... selanjutnya.

Jan 20, 2008

SUWANDI DAN AZMAN DI BENAR IKAT JAMIN

suamum

Kuala Terengganu, 20 Jan – 11.15 pagi – Peguambela, Fariz Irwan Mustaffa mengesahkan dari dalam mahkamah Kuala Terengganu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, membenarkan Suwandi dan Azman diikat jamin.Berikutan penangguhan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu pada jam 8.00 malam 14 Januari lalu, terhadap Notis yang dibawa oleh Sdra Hanipa Maidin bagi membolehkan Azman dan Suwandi diikat jamin, Hakim yang menyambung sidang pada hari ini telah membuat keputusan sekitar jam 11.00 pagi pada pagi ini.

Hakim membenarkan ikat jamin Azman dan Suwandi dijamin dengan jaminan RM3000 setiap seorang.

Keputusan tersebut telah disambut dengan laungan takbir ‘Allhu akbar’ oleh lebih 1000 orang yang berhimpun di luar mahkamah. Himpunan menyokong Azman dan Suwandi kemudian berzikir dan bertahmid membesarkan Allah, bersyukur dengan keputusan yang menggembirakan itu.

Himpunan dengan serta merta melancarkan derma kilat bagi mengutip sumbangan dari orang ramai untuk membiayai kos ikat jamin Azman dan Suwandi. Sebanyak RM 5,000 telah berjaya dikumpulkan.Berita sebelumnyaPerhimpunan lebih 1000 orang – Pengerusi & Setiausaha BERSIH memberikan ucapanKuala Terengganu, 20 Jan – Jam 10.00pagi – Perhimpunan menyokong Suwandi & Azman serta 18 orang yang dibebaskan, semakin membesar. Sekitar jam 9.20 pagi Pengerusi BERSIH, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Setiausahanya, Dr Syed Azman Syed Ahmad hadir bersama-sama lebih 1000 orang dihadapan mahkamah

Setiausaha BERSIH, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah menyatakan bahawa BERSIH menyokong penuh dan bulat, kepada hasrat himpunan hari ini yang meminta Suwandi dan Azman di bebaskan.

“Kita berhimpun dengan satu mesej untuk disampaikan kepada pemimpin UMNO/BN bahawa musuh kita bukan polis, bukan pasukan keselamatan, tetapi musuh kita adalah pemimpin UMNO/BN” kata Syed Azman

“Tidak ada maknanya Pilihanraya akan datang diadakan, sekiranya Azman dan Suwandi yang ditembak dan hampir terkorban, dizalimi dan masih terpenjara. Adaah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita tidak mempertahankan kedua-dua orang sahabat kita Azman dan Suwandi” ujarnya lagi.

Sekitar jam 9.30 pagi pasukan peguam Suwandi, Azman dan 18 yang lain di ketuai oleh Sdr Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, masuk ke mahkamah.

Kehadiran pada hari ini adalah kehadiran yang paling ramai. Turut serta adalah pimpinan PAS negeri Terengganu, Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.
Solat Hajat Ketiga di depan Mahkamah – lebih 400 mengadu kepada Allah SWT

Jan 18, 2008

PERHIMPUNAN MEMBELA SUWANDI DAN AZMAN


HIMPUNAN RAKYAT membela Suwandi & Azman

Solat HAJAT anjuran BERSIH

AHAD . 20 Januari 2008

Waktu - 8:00 pagi

Lokasi - MAHKAMAH KUALA TERENGGANU


Pakai Baju KUNING

9.00 mlm - Ceramah Perdana

1. Mohamad Sabu
2. Tan Sri Khalid Ibrahim
3. Salahuddin Ayub
4. Ronnie Liu
5. Hanifa Maidin
6. Dato' Abu Bakar Chik
7. Dr. Syed Azman

JOM SAMA2 KITA KUNINGKAN KUALA TERENGGANU sebelum
kita kuningkan Kuala Lumpur pada 23 Feb nanti..


SEBARKAN & KERAHKAN SERAMAI MUNGKIN!!!

Jan 9, 2008

Razak pula saman polis, Kerajaan Malaysia

Ditulis oleh AYu
insidenbatuburuk.blogspot

Kuala Terengganu, 27 Dis - Seorang lagi mangsa dalam Tragedi Berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, Abdul Razak Ismail, 36, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Saman difailkan terhadap Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negeri Terengganu (defendan kedua) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga. Beliau yang diwakili Tetuan Fariz Halim & Co memohon mahkamah membuat perintah ke atas defendan-defendan supaya membuat bayaran iaitu ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan agrabit yang akan ditakirkan, faedah mengikut undang-undang, kos kepeguaman dan lain-lain pemberian atau relif yang difikirkan wajar dan suaifaat oleh mahkamah.

Di dalam saman itu, beliau selaku plaintif turut menyebut salah laku anggota polis, iaitu menyerangnya secara salah dan tanpa hak yang diberi oleh undang-undang, menggunakan kekerasan melebihi daripada yang dibolehkan oleh undang-undang, dengan sengaja dan bertekad melakukan kecederaan, memukul, membelasah, menggunakan kekerasan dan melakukan perbuatan salah dan jahat yang mereka tahu akan memudaratkan dan akan menyebabkan kecederaan tubuh badan.

Dalam keadaan berlumuran darah, beliau telah dibawa dan dimasukkan untuk rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.

Beliau mengalami kecederaan luka kulit kepala yang memerlukan beberapa jahitan, lebam-lebam di seluruh badan, lebih-lebih lagi di bahagian belakang, kesakitan di seluruh badan, kejutan saraf dan penderitaan mental dan telah mengalami penderitaan fizikal dan mental semasa dirawat di hospital dan dalam proses penyembuhan di rumah.

Jan 7, 2008

Rayuan di Tunda

Rayuan Ikat Jamin Suwandi, Azman ditunda kepada 14 Jan, 08 – Tujuh dilepaskan dengan jaminan polis
http://buletinonline.net

Permohonan untuk mendapatkan jaminan itu dibuat setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hassan Abdul Ghani pada 9 Disember lalu tidak membenarkan Suwandi dan Azman ikat jamin.

Hassan juga mengekalkan keputusan itu pada perbicaraan 30 Disember lalu.

Abdul Gani semasa berhujah mengemukakan bantahan awal terhadap afidavit pemohon yang terdapat beberapa kesilapan yang baginya adalah afidavit cacat dan sangat lemah.

Antara perkara yang dibantah dalam afidavit tersebut berkait dengan tandatangan peguam, ikrar, masa, hubungan kekeluargaan dan penghujahan atau pendapat.

Mohamed Hanipa pula berhujah apa yang dihujahkan oleh Abdul Gani itu tiada apa-apa notis bertulis.

Beliau turut mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Abdul Gani terhadap afidavit pemohon sebagai afidavit defektif tetapi dalam masa yang sama menjawab afidavit berkenaan.

Beliau juga berhujah beberapa kesilapan yang berlaku dalam afidavit pihak pendakwa.

Selain beliau dan Wan Abdul Muttalib, turut mewakili Suwandi dan Azman ialah Abd Haris Malik, Wan Zainuddin Wan Musa, Haji Othman Mohd Noor, Kamaruzaman Abdul Wahab, Aminuddin Zulkifli, Khairuddin Osman dan Fariz Irwan Mustafa.

Wan Muttalib pula mengakui tentang kesilapan kemanusiaan itu yang menggunakan komputer tetapi tiada ada sebab dari segi undang-undang untuk memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk mendapatkan keadilan. |more...|

Jan 6, 2008

7 ditahan edar risalah

a

tranungkite.net

(...) Kuala Terengganu, 6 Jan – 10.20 pagi – Para penyokong Azman dan Suwandi yang berhimpun secara aman pada pagi ini telah menunaikan solat hajat kali kedua sejak minggu lalu.

Tepat jam 10.00 pagi, setelah mendengar capan dari pemimpin pusat dan negeri, Ustaz Adam Said, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut telah mengimamkan solat hajat. Munajat kepada Allah SWT adalah jalan yang terakhir bagi para penyokong Azman dan Suwandi untuk mengadu tentang kezaliman, serta memohon supaya keadilan keadilan ditegakkan.

Hari ini adalah cubaan para peguam untuk membebaskan Azman dan Suwandi dari terus ditahan di penjara. Rayuan ikat jamin Azman dan Suwandi difailkan kemahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

b

Orang ramai semakin membajiri hadapan mahkamah Kuala Terengganu selepas solat hajat dan hujan berhenti. Bantahan diteruskan lagi, sehingga keputusan ditetapkan oleh mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang dijangka tidak lewat dari jam 1.00 Tengahari.

Artikel berkaitan

The image “http://buletinonline.net/images/pas/060108solat2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Solat Hajat Kali Kedua di depan Mahkamah (Buletinonline)

Kepada semua penyokong dan pendokong keadilan, dimana jua berada, marilah kita semua bermunajat kepada Allah SWT. Sekiranya keadilan tidak tertegak lagi, biarlah Allah SWT menentukan arah cara perjuangan ini.
Sementara itu, 7 orang pemuda yang ditahan ketika mengedarkan rislah pada pagi tadi adalah seperti berikut:

1. Ustaz Tarmizi Jaafar
2. Aisamuddin Muhamed
3. Muhammad Ibnu Kasir Mohd Noor
4. Muhammad Zaki Said
5.Muhammad Hilmi Jusoh
6. Hamzah Mohammad


Mereka dipercayai berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. |more...|

Jan 4, 2008

SELAMATKAN MANGSA KERAJAAN !!!

 RAYUAN IKAT JAMIN AZMAN & SUWANDI

Tarikh : 06/01/08
Tempat : Mahkamah Kuala Terengganu
Dan Jangan Lupa !
21 - 30 Januari, 2008
Perbicaraan Azman, Suwandi dan 18 orang

Hadir beramai-ramai memberikan sokongan !

Jan 2, 2008

Majistret berang, tertuduh lewat hadir kerana tertidur


MStar

"Kamu tahu atau tidak kes dibicarakan hari ini?" tanya Nariman kepada Khair Muzakkir setelah mahkamah berhenti rehat selama 20 minit.

"Tahu," katanya.

"Habis, kenapa datang lewat," tanya Majistret.

"Saya tertidur," kata tertuduh yang berasal dari Jalan Sultan Mahmud, yang kemudiannya diikuti dengan gelak kecil oleh orang awam yang memenuhi mahkamah bagi mengikuti perbicaraan kes tersebut.

Nariman kemudian turut bertanyakan soalan yang sama kepada Mohd Idris sebelum memberi amaran keras kepada kedua-dua tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Ketika itu juga telefon bimbit salah seorang daripada 19 tertuduh berbunyi menyebabkan Nariman mengarahkan salah seorang anggota polis untuk merampasnya.

Sementara itu pihak pendakwa raya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu untuk dibicarakan bersama dengan satu lagi kes melibatkan dua lelaki atas dua pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam kejadian yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria dalam penghujahannya berkata, Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, mengkehendaki seseorang majistret menghentikan perbicaraan dan memindahkan kes tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi sekiranya sebelum perbicaraan atau semasa perbicaraan, pendakwa raya memohon supaya kes itu dibicarakan di mahkamah yang lebih tinggi. |more...|

Posting terkini

Blog Archive