KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label BN Korup. Show all posts
Showing posts with label BN Korup. Show all posts

Jun 13, 2008

Kumpulan Rakyat Perak (KURAP)

matsamankati - [...] Bahasa orang puteh ni aku tak berapa pandai, nak baca pun merangkak. Bila kena macam ni, lagi aku pening. Yang pasti, salah satu mesti tukang kaki bodek Pak Lah.

Tapi tajuk yang bercelaru itu bukan isunya, tapi isinya yang jadi isu. Rasuah dinegara kita tak payah cerita. Aku tau, ada penguasa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang pau duit dari peniaga. Ada pegawai MPKK yang ugut dari tauke restoran dan warung. Ada pegawai MPKK yang beli pokok bunga tahi ayam dua ringgit sepokok, tapi claim dalam bil bubuh lima ringgit. Aku tau kat Pejabat Tanah ada kaki yang boleh selesai masalah geran tanah dengan membayar tiga ratus ringgit. Tapi nak repot kat sapa?

Nak repot kat Penghulu, depa pun serupa, walaupun bukan semua. Ada penghulu yang minta 10% untuk semua projek kat mukim dia. Sampai boleh beli tiga biji kereta.

Nak repot kat Ahli Majlis, depa pun dua kali lima. Dapat saja kontrek, dah minta peti ais, minta handphone.

Nak repot kat BPR? Kalau repot tentang PR, memang cepat, tapi kalau repot pasai Ameno, tak payah buang masa la.... selanjutnya.

Feb 28, 2008

BN TIDAK FAHAM ISTILAH "BERSIH"

JITRA 27 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah cuba sedaya upaya untuk memastikan semua calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah bersih sebelum mereka disenaraikan sebagai calon parti.

Perdana Menteri berkata, jika seorang calon itu disabitkan dengan kesalahan rasuah dan jenayah, maka calon itu tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

‘‘Kita kena dapatkan laporan daripada agensi berkaitan. Kita kena timbangkan apa tindakan yang bakal diambil, ini tentu ada yang tidak kena.

‘‘Semua Menteri Besar telah diarahkan untuk merujuk senarai calon kepada Badan Pencegah Rasuah, polis serta agensi lain yang berkaitan untuk memastikan calon itu bersih daripada sebarang salah laku yang berkaitan dengan rasuah dan jenayah,’’ ujarnya. kata nya pada wartawan Utusan Malaysia
No2umnO - Yang menjadi masalah kepada pemimpin UMNo adalah mereka sendiri tidak tahu apa istilah 'BERSIH' sebenar. Kalau pemimpin BN yang korup, pada mereka masih di panggil "BERSIH". Pemimpin UMNO yang terlibat dengan pembunuhan rakyat Mongolia, masih di panggil "BERSIH". Pemimpin yang terlibat dengan penyelewengan dana kerajaan, masih di panggil "BERSIH". Mungkin istilah "BERSIH" pada BN adalah hanya pada baju mereka yang putih dan dicuci setiap hari. Kerana keliru dengan istilah ini menyebabkan masih ramai calun Barisan Nasional yang 'kotor' masih di gelar "BERSIH".

Kesimpulannya ...... UMNO dan BN, dah tak bersih langsung.

Feb 26, 2008

Banyaknya Duit BN?

ketuaperusuh.

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Malah tentulah semua ini berpunca dari satu perkara sahaja iaitu RASUAH (Tumbuk Rusuk). Tidak ada seorang ahli korporat pun yang bodoh melabur (membiayai sesuatu projek @ iklan promosi) jika tiada habuan kepada mereka. Dan tentu habuannya kali ini bernilai berpuluh-puluh kali ganda.

Seperkara lagi, Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia (Pimpinan Barisan Nasional) tidak akan menaikkan harga minyak jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Tetapi bolehkah anda dan saya percaya mengenai kata-kata ini. Jika Abdullah Ahmad Badawi pun boleh menipu, maka tentulah Najib Tun Razak pun boleh sahaja menipu. Apalah yang perlu kita hairankan jika Najib Tun Razak menipu sedangkan sememangnya beliau amat kerap menipu.

Kata-kata Najib Tun Razak mengenai tiada kenaikan harga minyak selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini dilihat seperti kata-kata beliau yang mengatakan bahawa beliau tidak mengenai Altantuya Shaaribuu. Malah boleh dikatakan ianya cuma penyedap bicara sewaktu pilihanraya sahaja. Yang pastinya kita semua sudah menjangkakan akan kenaikan harga bahan bakar tersebut dilakukan seawal April 2008. Mana tidaknya, harga pasaran semasa bagi minyak mentah adalah melebihi USD$100 setong.

Bagi yang memang pasti akan mengundi Barisan Nasional, anda tidak berhak sama sekali merungut mengenai kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan kerana anda memang berhajat membenarkan Barisan Nasional menaikkan kadar harga minyak (bahan bakar). Jadi anda memang tidak berhak langsung.

Siapakah yang untung jika berlaku kenaikan harga minyak dipasaran? Tentunya yang akan untung adalah ahli korporat yang rapat dengan pimpinan Barisan Nasional kerana mereka telah banyak melabur untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Tentunya para pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP) akan mendapat untung yang lebih besar kerana menikmati harga gas (bahan bakar) yang disubsidi lebih tinggi dari yang didapati oleh orang awam. Siapakah pemunya IPP ini? Tentunya anda boleh tahu jika anda membuat sedikit carian pada pangkalan data awam dan Internet.

Sebelum saya terlupa izinkan saya mengingatkan anda semua bahawa jika Khairy Jamaluddin menang dalam pilihanraya umum ke-12 ini, maka sudah pasti Khairy Jamaluddin akan menjawat jawatan sama ada Menteri Pelajaran ataupun Menteri Belia Dan Sukan. Umum mengetahui bahawa Khairy Jamaluddin amat suka akan sukan, namun jika beliau mahu melebarkan sayapnya di ambang kuasa, tentunya beliau amat suka menjadi Menteri Pelajaran.

Jangan terkejut jika Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Pelajaran yang akan membawa masuk beberapa idea, pandangan dan “silibus” dari Singapura. Malah seperti dijangkakan segala kos untuk Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau khabarnya dibiayai oleh Temasek Group melalui beberapa proksi mereka. Setakat RM100 ribu bukanlah satu nilai yang besar kepada Khairy Jamaluddin dan dijangkakan penduduk (pengundi) di Parlimen Rembau akan ditaburkan dengan wang yang tidak terkira dalam pilihanraya kali ini.

Akhir kata, terlalu banyak wang yang ditaburkan oleh Barisan Nasional di dalam pilihanraya kali ini dan dari mana mereka memperolehi wang yang teramat banyak ini. Cuba anda siasat. “Let Follow The Money Trail”

Posting terkini

Blog Archive