KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label noontimesilence. Show all posts
Showing posts with label noontimesilence. Show all posts

May 26, 2008

Belajar Cara Jepun Bantu Pesawah

http://images.inmagine.com/img/corbis/crbs006/crbs0061597.jpgbulanpenuh2012 - Pada 13 Mei 2008, Harakahdaily melaporkan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat mengemukakan soalan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sama ada kerajaan merancang untuk memberi subsidi pertanian sehingga 90 peratus bagi menghadapi kegawatan makanan yang berlaku di dunia hari ini.

Katanya, di negara-negara maju seperti Jepun, kerajaan sanggup memberikan subsidi pertanian sehingga 90 peratus untuk bekalan negara dan masih dapat menampung keperluan bagi sektor lain.

Soalan Tuan Guru telah dijawab sendiri oleh menteri berkenaan. Dan seperti biasa hujah-hujah dan idea bernas dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diketepikan oleh kerajaan. Dalam jawapannya menteri lebih menumpukan kepada jumlah subsidi dan bantuan yang telah diberikan kepada para pesawah selama ini.

Pada 23 Mei 2008, Reuters melaporkan bahawa Amerika Syarikat dan Jepun pada dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan tindakan drastik untuk mengatasi masalah kebuluran global dengan menstabilkan pasaran beras dunia.... selanjutnya.

May 20, 2008

Reaksi Tok Guru Lambang Kebijaksanaan Ulama

bulanpenuh2012 - Saya cukup gembira melihat kejernihan wajah Tok Guru Nik Aziz di kaca TV malam tadi. Beliau ditemubual pemberita berkenaan tindakan Mahathir keluar Umno. Rasanya adalah dalam 15 saat. Lokasinya seakan di ruang tamu sebuah rumah kampung (rumah Tok Guru lar kot!).

Kejernihan yang terpancar dari wuduk yang sempurna, dilengkapi perwatakan dan akhlak yang unggul, disantuni melalui lidah yang membawa ayat-ayat al-Qur'an dan hadis nabi s.a.w ke mana-mana kakinya melangkah.

Terubat rindu yang terbuku di hati tatkala melihat senyum yang terpancar dari wajahnya. Rasanya ingin kembali ke masa-masa remaja di tahun-tahun 1990-an di mana banyak masa dipenuhi dengan pengisian kuliah, ceramah, khutbah dan tazkirah yang disampaikannya.

Kerinduan ini membuat mata terpaku ke kaca TV. Namun setiap bicaranya tetap menelusuri ruang hati yang sentiasa merindui beliau. Alangkah bahagianya sahabat-sahabat dan saudara-mara di Kelantan yang bernaung di bawah pemerintahan pewaris nabi ini!... selanjutnya.

May 17, 2008

Mayat Isteri dan 2 Anak Belum Dikuburkan

bulanpenuh2012 - [...] Pagi 13 Mei 1969, giliran samseng-samseng Umno pula berkumpul di rumah Datuk Harun Idris di Kg. Baru. Mereka dikerahkan untuk berarak di sekeliling Kuala Lumpur bagi membalas perarakan Gerakan dan MCA.

Mereka juga diberi tugas tambahan untuk membunuh cina. Maka segala senjata tajam dibekalkan beserta kain lilitan kepala bewarna putih.

Samseng-samseng ini bergerak beramai-ramai membunuh cina dan membakar kedai dan kereta.

Samseng-samseng Gerakan dan MCA pula mengedarkan senapang dan peluru kepada orang cina dan meminta mereka menembak man-mana orang melayu yang menghampiri.

Begitulah perangai kedua-dua pihak durjana ini yang menghasilkan korban lebih 1,000 orang (angka rasmi kerajaan hanya kurang 200 orang). Manakala jumlah mayat yang tidak dikira seperti isteri dan anak Lim Wei Hao yang mungkin hancur di dasar Sungai Gombak tidak pernah dikira.

Adakah PAS dan DAP terlibat? Bagi Lim Wei Hao, 2 parti ini tersepit dengan keadaan pada masa itu. Namun dia tetap yakin hingga ke hari ini bahawa tangan-tangan pemimpin dan penyokong PAS dan DAP bersih dari darah cina dan melayu.
... selanjutnya.

May 14, 2008

Umno Biadap Umno Derhaka (Bahagian Tiga)

[umnomerusuh.jpg]Perang propaganda Umno derhaka

bulanpenuh2012 - Menjelang Oktober 1983, Rakyat Malaysia mulai sedar krisis perlembagaan sedang memuncak. Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan 1983 diluluskan oleh kedua-dua dewan di Parlimen. Tetapi oleh desakan raja-raja melayu, YDP Agong enggan memperkenankannya.

Rang undang-undang itu menghapuskan keperluan perkenan diraja terhadap sesuatu undang-undang di peringkat pusat dan negeri. Ia juga menyerahkan kuasa YDP Agong mengisytiharkan darurat kepada Perdana Menteri.

Selepas satu mesyuarat di Selangor pada 20 November 1983, raja-raja melayu menolak secara terang-terangan semua pindaan ini. Apabila masyarakat umum menyedari krisis semakin buruk, pentadbiran Mahathir memulakan satu perang propaganda untuk memberi tekanan kepada raja-raja melayu.

Beberapa siri rapat umum 'haram' dianjurkan oleh Umno di Alor Star, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada PM. "Laporan rasmi media menipu dengan menyiarkan jumlah kehadiran penunjuk perasaan yang terlampau ramai....", petikan ucapan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat.

Perhimpunan yang dijayakan untuk mewujudkan simpati rakyat terhadap kerajaan ini adalah 'haram' kerana permit polis tidak pernah dipohon atau diluluskan.

Laporan angka penunjuk perasaan yang dilaporkan media yang dikuasai Umno tidak dapat disahkan kebenarannya. Yang terbukti benar kepada para pemerhati ialah cara mereka melaporkannya dalam perspektif yang positif untuk Umno. Rapat-rapat umum 1983 adalah petang-petang yang menyeronokkan, dengan sentimen republikan sekurang-kurangnya di kepala otak semua pesertanya, kalaupun tidak terkeluar di mulut mereka....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Umno Biadap Umno Derhaka (Bahagian Dua)

bulanpenuh2012 - [...] 1960-an tidak menyaksikan kekecohan campurtangan raja-raja melayu dalam politik dan urusan pentadbiran walaupun dekad ini menggelegak dengan pelbagai peristiwa lain.

Hubungan raja-raja dengan Kerajaan Perikatan masih baik dan saling memanfaatkan. Kedua-dua pihak bersatu suara mencari titik persamaan dalam menangani urusan perundingan dengan British pada 1956.

Kesudahannya raja-raja melayu berjaya dipujuk untuk menarikbalik bantahan mereka kepada cadangan memberikan kerakyatan kepada orang bukan melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu. Gagasan ini dicetuskan oleh British, diperjuangkan bersungguh-sungguh oleh MCA dan MIC, dan diterima oleh Umno dengan keadaan trauma.

Namun saat-saat manis berbulan madu sistem raja berpelembagaan yang baru ini tidak bertahan lama.

1981, apabila Mahathir menggantikan Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia, suara istana kembali berkembang ke seluruh negara.

Sepanjang tempoh 1977-1983, peranan yang dimainkan oleh beberapa raja dirasai kesannya dalam arena politik, lebih hebat dari sebelumnya....selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 8, 2008

Karpal Singh Semakin Popular di Kalangan Orang Melayu


bulanpenuh2012
Melihat kepada aksi-aksi ganas berbentuk perkauman oleh TV3suku dan Utusan Meloya kebelakangan ini, kebanyakan pemerhati politik berpendapat bahawa ianya hanya akan meningkatkan populariti mangsa serangan di kalangan kelompok sasaran umpan perkauman ini ditujukan.

Kebelakangan ini kita melihat 'keganasan media' ini dilepaskan bertubi-tubi seolah-olah parlimen ke-12 ini akan dibubarkan keesokan harinya. Justeru, aktivis-aktivis Bersih yang tidak berperanan dalam mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat, seharusnya memainkan peranan lebih aktif untuk memanfaatkan situasi ini.

Perlu disedari bahawa minda rakyat selepas PRU12 ini menuju ke arah 'kalis perkauman'. Oleh itu sebarang serangan berbentuk perkauman terhadap pemimpin Pakatan Rakyat akan ditolak mentah-mentah.

Kesannya, satu demi satu serangan media arus perdana gagal mencapai matlamatnya. Dalam keadaan terdesak ini, pengendali media kerajaan mungkin akan melakukan sesuatu yang lebih ekstrem. Contohnya, melaga-lagakan istana dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ataupun menyebarkan hasutan dan tuduhan melampau bertujuan melaga-lagakan kaum. Mereka mengharapkan terjadinya rusuhan kaum atau setidak-tidaknya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan masyarakat berlainan bangsa dan agama.

Walaupun kemungkinan untuk berlakunya rusuhan kaum dilihat 'sangat kecil' oleh banyak pihak, namun pengalaman-pengalaman parti-parti pembangkang selama bermain dalam padang politik Malaysia yang 'kotor' ini harus dijadikan panduan.

Pengalaman menunjukkan pemimpin dan penyokong pembangkang berhadapan risiko politik yang tinggi. Pernah dibunuh, dibicara tanpa pendakwaan, disekat pergerakan, gangguan terhadap ahli keluarga, gangguan terhadap perniagaan dan harta benda, dituduh di bawah pelbagai akta drakonian, dilabel sebagai penderhaka istana, komunis, ejen negara asing dan sebagainya.

Ejen-jen perisikan pula menyusup masuk ke dalam parti-parti pembangakang untuk memecahbelahkan perpaduan, malah membeli pemimpin-pemimpin pembangkang yang murah maruahnya.

Kita telah menyaksikan 'sepak terajang' Umno selama 18 tahun terhadap Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Nampaknya beliau kini boleh 'berehat' sedikit. Dalam tempoh 60 hari selepas PRU12, media kerajaan telah menghalakan tembakan peluru penabur terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, MB Kedah Ustaz Azizan, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan beberapa hari kebelakangan ini muncung meriam diletakkan ke dahi YB Karpal Singh.

Menariknya, semua serangan ke atas pemimpin-pemimpin ini berkisar kepada isu-isu perkauman. Modus operandinya sama. Digerakkan melalui manipulasi maklumat dan bertunjangkan penipuan. Di peringkat bawahan pula, pemuda Umno bersiap sedia dengan 'orang-orang upahan' untuk berhimpun secara haram ataupun membuat report polis.

Kisah Karpal Singh menarik perhatian saya kerana perkara yang dibangkitkannya bukanlah sesuatu yang baru. Hari ini, setiap ucapan dan kenyataan Karpal Singh diulas dan dilaporkan dengan cara yang menjijikkan.

Nampaknya, otak para pemimpin Umno masih belum beranjak kalendarnya dari tahun 1969. Mereka masih lagi memainkan isu-isu lapuk seperti peranan istana, DEB dan isu ketuanan melayu untuk mempromosikan ketegangan kaum.

Berkaitan dengan isu pengarah JAIP, Karpal Singh telah membuat penjelasan melalui sidang medianya. Soal kuasa Sultan Perak dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat melayu, tidak pernah dipertikaikannya. Apa yang keluar dari mulutnya adalah pandangan perundangan mengenai kuasa eksekutif MB Perak terhadap kakitangan kerajaan negeri itu. Jelas, laporan-laporan media arus perdana adalah pembohongan dan berniat jahat.

Berdasarkan laporan harakahdaily pada 6 Mei 2008, jelas MB Perak juga telah difitnah. Apa yang berlaku cuma soal prosedur. Sultan Perak telah dimaklumkan lebih awal tentang pertukaran itu. MB Perak pula diminta mengadap untuk memberi penjelasan tentang tindakan yang diambil.

Benarlah kata ramai pemerhati, media arus perdana tidak akan berubah. Mereka mungkin menyapu sedikit bedak sejuk selepas PRU12 ini. Namun, penipuan, pembohongan dan putar belit akan berterusan.

Sayangnya di pihak Pakatan Rakyat tiada peluang untuk menjawab. Dengan kekerapan penerbitan akhbar parti hanya 2 kali sebulan, sebahagian warganegara yang tidak mempunyai akses kepada media alternatif mungkin telah termakan dengan penipuan-penipuan ini.

Dalam tempoh masa 'dicelah-celah' itu, mungkin ramai yang buta-buta menganggap Menteri Nazri Aziz dan Adun Zambry Kadir sebagai pelindung martabat raja-raja Melayu manakala Karpal Singh dan Nizar Jamaluddin pula dianggap penderhaka istana.

Namun begitu, berdasarkan sentimen 'kalis perkauman' dewasa ini, jentera penerangan Pakatan Rakyat wajiblah memanfaatkan situasi ini sebagai peluru yang berpatah balik kepada penyerangnya.

Mungkin penerangan lisan, sms, blog, risalah, ceramah dan sebagainya perlu diperhebatkan kerana kita menghadapi kekangan untuk memiliki tv, radio dan akhbar harian. Mungkin juga aktiviti solat hajat dan 'doa tolak bala' perlu diaktifkan sekurang-kurangnya di peringkat MTD. Ini akan membantu untuk mengumpulkan kekuatan rohani disebalik fitnah yang maha ganas ini.

Berbalik kepada Karpal Singh, serangan terhadapnya berkaitan isu 'titah kerajaan' oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di hari pembukaan parlimen, telah melonjakkan popularitinya di kalangan orang melayu.

Walaupun bukan kali pertama mempertikaikan siapa penulis sebenar ucapan itu, tetapi masih ada yang ketinggalan keretapi. Apabila Karpal Singh 'refresh' semula isu ini, ramai orang melayu mula sedar betapa institusi istana dan peranan raja-raja melayu telah 'dikembirikan' oleh Umno sejak sekian lama.

Ramai yang mula membaca semula buku sejarah dan akan mendapati bahawa selain dari Lim Kit Siang, Karpal Singh adalah antara pemimpin pembangkang yang menentang tidakan jahat Umno meminda perlembagaan untuk 'memandulkan' institusi istana pada 1983 dan 1987. Mereka bersuara untuk orang-orang melayu di dalam dan di luar parlimen.

Tidak diketahui sama ada Nazri Aziz dan Zambry Kadir mahupun anak kutty Naina Merican telah 'bersunat' dengan Kepala Kutty Mahathir pada ketika itu.

Dulu Tok Guru Nik Aziz jadi popular setiap kali diserang media. Tidak perlu beli slot iklan berjuta-juta ringgit pada waktu 'prime time'. Beliau sentiasa mendapat tempat pada waktu ramai rakyat Malaysia menonton tv. 18 tahun lamanya Tok Guru mendapat iklan dan promosi percuma. Beliau kini popular di seluruh Malaysia.

Kini 'tuah' sebegitu bergolek pula ke kaki Karpal Singh. Jangan pula terperanjat kalau mana-mana survey yang dijalankan selepas ini mendapati Karpal Singh menduduki tempat ke-2 selepas Tok Guru Nik Aziz dalam carta pemimpin politik paling popular di kalangan orang melayu.

Apr 28, 2008

Hadap ke Mahkamah, Bicara, Tukul Jatuh Masuk Penjara!

email oleh:

noontimesilence

Anda Cina? Melayu? India? Iban? Melanau? Bidayuh?
Tinggal di kampung? Pekan? Felda? Bandaraya? Putrajaya?
Kerja kerajaan? Swasta? Bersara? Menganggur? Makan tanggung berak mencangkung?
Ada anak? Cucu? Cicit? Cuit? Muit? Puit?
Seorang? 3 orang? 8 orang? 50 orang?
Walau siapa pun anda, Dollah Badawi tidak dapat lagi menjamin keselamatan anda dan anak-anak yang anda sayangi.
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang, diculik, diliwat, dirogol, dirompak atau dipukul, anda akan didakwa kerana cuai.
Jika anak anda terjatuh ke dalam longkang, anda akan didakwa kerana cuai. Anda boleh salahkan PBT membina longkang tak ikut spesifikasi. Anda juga boleh salahkan mat-mat gian yang mencuri penutup longkang untuk dijual kepada tokey besi buruk.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang di taman permainan, Dolah Badawi akan mendakwa anda kerana cuai. Anda boleh salahkan lokasi taman yang tak strategik. Anda boleh salahkan masyarakat yang tidak prihatin. Anda boleh salahkan polis kurang meronda. Anda boleh salahkan PBT tak pasang CCTV atau dah pasang tapi tak berfungsi.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang di sekolah, Dolah Badawi akan mendakwa anda kerana cuai. Anda boleh salahkan jaga yang tidak menutup pintu pagar sekolah. Anda boleh salahkan guru besar/pengetua membenarkan orang luar sesuka hati keluar masuk sekolah.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Jika anak anda hilang di pusat membeli-belah, Dolah Badawi akan mendakwa anda kerana cuai. Anda boleh salahkan imegresen membiarkan pendatang haram berpusu-pusu di shopping complex. Anda boleh salahkan AADK biarkan penagih dadah berkeliaran dan bermukim di parking pusat membeli-belah.
Tapi Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
AWAS! Selepas ini jika anak anda hilang, diculik, disihir, disantau, ditelan batu belah batu bertangkup, jadi bohsia, jadi bohjan, jadi mat rempit, jadi minah rempit, lari dari rumah, kahwin lari ke Golok, mati lemas, dilanggar lari, ditelan bumi, disambar petir atau dimakan serigala; ANDA akan dipersalahkan oleh Dolah Badawi
INGAT! Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Dolah Badawi kata semua tempat selamat. Dikawal dan dijaga dengan rapi. Sistem sudah baik. Pentadbiran sudah first class. Yang salah ANDA! ANDA cuai!
INGAT! Dolah Badawi dah kata semalam.....
Akta akan dikuatkuasakan. Ibubapa akan dianggap cuai. Hadap ke mahkamah, bicara, tukul jatuh masuk penjara!
Apa nak buat? Malaysia terbukti tak selamat, tak aman, tak makmur!
Rantai saja kaki anak anda ke katilnya! Jangan bising-bising! Jangan ribut-ribut! Dolah Badawi nak sambung tidur.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Posting terkini

Blog Archive