misteraim | Mahasiswa berasa sedikit hairan apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pembatalan MOU antara IPTS dengan Al-Azhar adalah kerana kehendak pihak Al-Azhar sendiri.
Nampak begitu gugup lagi teragak-agak apabila beliau mengeluarkan kenyataan ketika menjawab isu ini. Walaupun berbagai kenyataan yang cuba menutup bahawa ianya adalah daripada pihak Al-Azhar sendiri, kami tetap yakin usaha pembatalan MOU ini adalah usaha dari pihak kerajaan Malaysia sendiri melalui kedutaannya di Mesir.
Pihak kedutaan dan Kementerian Pengajian Tinggi juga dilihat telah memainkan faktor penting dalam menjayakan misi sabotaj dengan menyekat kemasukan pelajar ke Al-Azhar. Ini dilihat berikutan dari pembatalan secara mengejut yang disyaki terdapat campurtangan dari pihak berkuasa (kerajaan Malaysia). Isu pembatalan ini juga dikesan adalah rentetan dari kepulangan Najib dari Kaherah Mesir pada satu ketika dahulu.... selanjutnya.
Nov 5, 2008
Mahasiswa membantah Pembatalan MoU AL-AZHAR
Labels: Belit Najib, mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 23, 2008
Aktivis siswa nafi tumbuk pegawai UPM
malaysiakini | ...Dalam blog Angin Perubahan, aktivis itu didakwa memukul pegawai berkenaan Fahmi Azar Mistar sewaktu mereka hadir menyaksikan perpindahan keluar dua mahasiswi Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali dari Kolej Tun Perak sehari sebelumnya.
Blog itu mendakwa aktivis pelajar bertelingkah dengan Fahmi Azar "sebelum bertindak ganas memukul pegawai terbabit" pada 12.15 tengah hari 15 Oktober lepas.
Kejadian itu telah dilaporkan kepada polis dengan nombor Serdang/006582/08, lapor blog itu lagi.
"Mangsa menegur Norfarhana dan rakan-rakannya agar menjelaskan hutang kepada kolej sebelum berpindah kerana menduduki kolej secara haram.
"Kemudian tiba-tiba mangsa dipukul sekuat hati oleh Lokman," coretan di blog itu dipetik.
Dalam laporannya, Mohd Lukman Al-Hakim yang juga jurucakap kumpulan pelajar 'promahasiswa' itu turut menyebut Fahmi Azar mempunyai kaitan dengan blog tersebut berdasarkan gambar yang dimuatkan dalam blog itu.... selanjutnya.
Untuk ke laman yang di maksudkan KLIK SINI
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tidak guna solat kalau tidak bayar yuran
malaysiakini | Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.
Seorang pegawainya dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.
Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.... selanjutnya.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 16, 2008
'Harimau Maut' samseng pilihanraya kampus
Harakah | Wakilnya, Mohd. Lukman Al Hakim Low Abdullah berkata, sebelum ini kumpulan 'Harimau Maut' telah bertindak mengganggu calon dan penyokong pro mahasiswa ketika sedang menjalankan tugas mereka sewaktu kempen PRK.
"Mereka ini (Harimau Maut) telah bertindak mencabut dan menyembur cat merah ke poster-poster calon promahasiswa serta mengugut dengan tujuan untuk menakut-nakutkan kami,"katanya kepada Harakahdaily baru-baru ini.
Jelasnya, terdapat poster calon Pro-Mahasiswa yang ditampal dengan stiker mempunyai logo kepala harimau berlabel tulisan 'Harimau Maut'.
Lukman berkata demikian ketika ditemui selepas beliau bersama beberapa ahli pro mahasiswa UPM menyerahkan Memorandum Terbuka Berhubung Tuntutan Terhadap Pilihan Raya Kampus 2008 kepada Naib Canselor UPM, Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, baru-baru ini.
Isu 'Harimau Maut' itu merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan mahasiswa yang tercatat dalam memorandum berkenaan.... selanjutnya.
no2umno - Pilihanraya UMUM ada pekida, pilihanraya kampus ada 'harimau maut'. Patut la Universiti negara makin mencorot kedudukannya. DI penuhi dengan ahli politik UMNO. wakakakakakak !!!
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Promahasiswa di nafikan hak untuk bertanding
Mstar | ... Sebanyak 36 kerusi dipertandingkan tetapi difahamkan tidak kesemua seratus peratus dimenangi kumpulan proaspirasi berbanding sesi pengajian lalu.
Pada sesi lalu kumpulan proaspirasi menyapu bersih kesemua kerusi dipertandingkan.
Daripada jumlah itu, 12 kerusi dipertandingkan di kawasan umum, 24 bagi kawasan kolej iaitu masing-masing lapan bagi Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dan satu kerusi untuk pelajar antarabangsa.
Bagi UDM, keputusan rasmi hari ini mengesahkan kesemua calon proaspirasi menang tanpa bertanding.
Bekas anggota MPP universiti berkenaan yang enggan dikenali berkata, keputusan tersebut disebabkan tiada sebarang pertandingan bagi merebut kesemua 22 kerusi yang dipertandingkan.
"Hari ini sudah jelas, walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat, tapi semua mahasiswa telah mengetahui mereka (proaspirasi) menang tanpa bertanding.
"Promahasiswa dinafikan hak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini, jadi inilah yang berlaku," katanya kepada mStar Online.... selanjutnya.
no2umno - Tak payah buat pilihanraya la ... buang masa. Penipu pun nak jadi pemimpin. dari atas sampai bawah, kalau penuh dengan penipu, negara tak maju. Lingkup .... lingkupLabels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej
malaysiakini | ... Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.
UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".
Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.
"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat pengetua kolej berkenaan profesor madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.... selanjutnya.
no2umno - UMNO semakin kritikal.
Labels: Belit UMNO, mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Oct 15, 2008
Gesa siasat salah laku Aspirasi dan bubarkannya
harakah | Jawatankuasa Tatatertib Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi perlu ditubuhkan segera bagi menyelesaikan isu berbangkit tentang penyelewengan dan penindasan yang dilakukan oleh Kelab Aspirasi di Kolej-Kolej Kediaman Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Demikian kenyataan Setiausaha Kerja Pengerusi Gabungan Mahasiswa (GMUKM), Hishamuddin Ali berkaitan tuntutan pemansuhan kelab Aspirasi yang bertapak kukuh di 12 Kolej Kediaman.
Menurutnya, Kelab Aspirasi yang ditubuhkan pada tahun 2002 lalu, jelas terlibat secara aktif dalam dalam Pilihan raya Kampus (PRK) saban tahun dan sentiasa menghantar calon tajaan daripada kumpulan tersebut selain turut serta bertindak sebagai jentera PRK bagi memenangkan calon Aspirasi.
"Budaya penyemaian jenama Aspirasi yang didoktrinkan kepada mahasiswa untuk mengundi mereka dalam Pilihan raya Kampus (PRK) adalah satu budaya yang wajar dimansuhkan.
"Aspirasi, yang di sebalik tabirnya adalah Kelab Aspirasi wajar berdemokrasi secara anak jantan dan jangan gunakan platform rasmi untuk mempengaruhi mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun satu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini. ... selanjutnya.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 14, 2008
Kenapa p'raya kampus 'kubu Umno' disegerakan...
malaysiakini | ....Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang didakwanya masih merahsiakan tarikh sebenar pilihanraya kampus bagi kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.
"Melihat kepada perkembangan yang diperolehi melalui pertemuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan Timbalan Menteri KPT, kelihatan beberapa IPTA yang menjadi 'kubu Umno' melalui pelajar pro-Aspirasi, telahpun diumumkan tarikh pilihanraya kampus seawal minggu ini."Manakala kebanyakan IPTA yang condong kepada pro-mahasiswa, masih lagi tiada keputusan akhir dan bersifat 'rahsia'," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurutnya, AMK memandang serius perkembangan tersebut yang didakwanya sebagai satu usaha terancang bagi "memandulkan" demokrasi kampus di IPTA.
"Dalam keadaan kedudukan IPTA-IPTA di Malaysia terus corot di kedudukan IPT seluruh dunia, hal ini adalah sangat menyedihkan.
"Ini pastinya menyumbang ke arah pembekuan minda mahasiswi Malaysia yang sekian lama dipasung oleh doktrinasi Umno-BN agar tidak 'melawan arus'," katanya dalam satu kenyataan.... selanjutnya.
no2umno - UMNO mana berani lawan depan depan ... pengkhianat cukup susah berubah menjadi pahlawan.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 13, 2008
Tarikh pilihanraya kampus masih misteri
malaysiakini | Pilihanraya kampus masih menjadi rahsia walaupun tempoh perkhidmatan semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah berakhir awal bulan ini.
Bagaimanapun universiti-universiti di sebelah pantai timur Semenanjung dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membuat pengundian pada minggu ini.
Notis pemberitahuan tentang pilihanraya sesi 2008-2009 yang dijadual Khamis ini dikeluarkan di kampus-kampus berkenaan dua minggu lalu.
Pemilihan awal ini melibatkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)... selanjutnya.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 11, 2008
KPT diserbu mahasiswa !!!
harakah | ... Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.
Mereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.... selanjutnya.
Labels: mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
