KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label POLIS BARUA. Show all posts
Showing posts with label POLIS BARUA. Show all posts

Oct 16, 2008

Harapkan pagar, pagar seludup dadah

Star | A policeman attached to the Bukit Mertajam district was arrested under the Special Preventive Laws for allegedly being involved in drug trafficking activities.

The policeman, in his early 40s, was picked up from his house in Seberang Prai by a state narcotics department team on Tuesday night after several months of investigations.

He is now in the state prison in Gaol Road here prior to being sent to the Simpang Renggam rehabilitation centre in Johor. Police are now trying to determine the extent of his involvement in drug trafficking.... selanjutnya.

Aug 22, 2008

Polis samseng ketuk kepala wanita dengan 'revolver'

Hangpa ingat polis ni baguih sangat ka? Bila revolver kat tangan, otak letak kat lutut ... ini la jadinya. Revolver yang aku cerita ni bukan kumpulan muzik jaman dolu. Revolver yang ini ....... senjata api. Hangpa baca cerita dulu,

The suspect, a 31-year-old corporal from the criminal investigation department, allegedly assaulted a woman with his service revolver after her car accidentally grazed his vehicle at a roundabout.

It was learnt that he blocked off her car and demanded her to get out, identifying himself as a police officer. He was then alleged to have taken out his revolver and hit the woman's head with it several times.

He also threatened to shoot her when she tried to run away. When the woman called her family for help, the corporal sped away in his vehicle.

He was arrested at his quarters at the Tabuan Jaya police complex at about 9.45pm after the woman lodged a report.... Star
Polis kalau jadi samseng ... lagi buruk rupa .....

Jul 18, 2008

Polis rogol pelajar di Balai

malaysiakini | Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini terhadap tuduhan merogol seorang pelajar perempuan di Balai Polis Putra Heights, kira-kira sebulan lalu.

Jamil Abdul Sah, 27, didakwa merogol gadis berusia 17 tahun itu di bilik maklumat, balai berkenaan antara jam 6 dan 7 pagi, 18 Jun 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga disebat.

Jamil juga mengaku tidak bersalah, di tempat dan masa yang sama, atas pertuduhan meminta mangsa melakukan seks di luar tabii, demikian menurut Bernama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga diseb... selanjutnya.

May 9, 2008

Ahli parlimen Segambut dibelasah POLIS

cheras mahkota conflict 080508 lim lip eng arrestedmalaysiakini - [...] Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.

cheras mahkota conflict 080508 tear gas 03Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.
.........

Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.

Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO - Apesal polis macam hilang akal?

Feb 16, 2008

MIC HANTAR 30 GANGSTER PADA PERHIMPUNAN BUNGA ROS

30 gangster sertai perhimpunan "aman" Hindraf


KUALA LUMPUR: Polis tetap menolak rayuan Hindu Rights Action Force (Hindraf) walaupun kumpulan itu telah membuat rayuan kali kedua untuk meneruskan perhimpunan pukul 9 pagi Sabtu di hadapan Parlimen yang bertujuan membebaskan beberapa ahli kumpulan tersebut yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata rayuan kali kedua yang dikemukakan oleh Hindraf kepadanya semalam ditolak setelah mendapati pertubuhan itu tidak berdaftar dan akan melibatkan 200 orang kanak-kanak dalam perhimpunan itu.

Hindraf membuat permohonan bagi mendapatkan permit pada 11 Feb lepas di Ibu Pejabat Daerah Sentul tetapi permohonan mereka ditolak, dan kemudian membuat rayuan kali kedua di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ini.

"Kita takut keselamatan kanak-kanak tersebut terancam dan kumpulan itu juga menyediakan 30 orang gengster kononnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak terbabit...tapi kita yakin adanya gengster ini akan membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih serius," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Muhammad Sabtu juga berkata tindakan tegas akan diambil dan kanakkanak yang terlibat dalam perhimpunan itu akan ditahan dan diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masayarakat.

"Perhimpunan ini akan membawa risiko kepada kanak-kanak dan menyalahi Akta Kanak-kanak 2001. Jika berlaku, kanak-kanak itu akan diletak bawah jagaan sementara JKM," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi memastikan tiada kekacauan berlaku khasnya di Kuala Lumpur.

"Untuk itu, sesiapa yang didapati terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung boleh ditangkap dan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana dianggap melanggar undangundang negara," katanya.

Sebagai langkah pencegahan awal, bermula petang Jumaat polis mengadakan sekatan jalan raya di semua tempat sekitar Lembah Klang bagi mengawasi dan mengelak sebarang perkara mencurigakan, sekali gus menjamin keselamatan rakyat.

"Dalam operasi Ops Padam bermula petang Jumaat, sekatan jalan raya akan dilakukan di 12 jalan. Di antaranya Jalan Kuching, Tol Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuhraya Besraya dan Federal Highway.

"Kita juga akan memeriksa secara rawak setiap kenderaan dan jika didapati membawa senjata dan alatan berbahaya, mereka akan didakwa dan dikenakan hukuman yang lebih serius dan tegas," katanya. BERNAMA

No2umnO - BERNAMA kekal menjadi BARUA kepada UMNO. Hantar bunga ROS apa masalahnya? Beli ros guna duit sendiri, tambang guna duit sendiri, belanja pun guna duit sendiri. Apa masalah dengan kerajaan. Orang nak beri .... ambil. Bukan isu besar.

Cuma yang bimbang kalau orang luar tengok betapa rakyat terutama kaum india sudah tidak mahu lagi menerima kerajaan. Dan bimbang kalau kumpulan itu berjaya merubah persepsi rakyat kepada kerajaan. Haiyyaaaa..... jangan nak salah kan rakyat atau kanak kanak. Kalau tidak diganggu, tidak lah kecoh. Polis pun tahu, tapi buat buat tak tahu. Sudah lama jadi anjing susah nak berubah jadi kucing. Implikasinya tinggi, kalau pembangkang menang, tak dapat dan rasuah lagi. Hehhhheee... Cakap la terus terang. Berapa mau?

Polis bertindak keras di Balai Brickfields

Tian, Amjal dan Ginie dtangkap: Polis bertindak keras di Balai Brickfields


KeADILan

Kuala Lumpur, 15 Feb - Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan aktivis reformasi Jalaluddin Abdul Manap (juga dikenali sebagai Pak Amjal) telah ditahan polis jam 4 petang tadi ketika menyerah memorandum kepada pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Kira-kira sepuluh aktivis dan pemimpin Bersih, termasuk Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli turut bersama dalam program tersebut. Difahamkan empat trak FRU dan trak water cannon serta lebih kurang 200 orang anggota polis berkawal di Istana Negara ketika itu,

Tian Chua dan Pak Amjal telah dibawa ke IPD Brickfields.Kira-kira pukul 9 malam, polis telah selesai mengambil kenyataan daripada kedua-duanya, tetapi mereka masih tidak dibebaskan. Mereka yang ditempatkan dibilik tamu tanpa bergari turut dikunjungi oleh Penyelaras Suaram Yap Swee Seng dan Koordinator Media KeADILan Ginie Lim. Pada ketika ini Tian dberitahu oleh Pengawai Penyiasat ASP Hidayat bahawa beliau mendapat arahan supaya menahan beliau di dalam lokap.

iohidayat1.jpg

“Awak nak tangkap saya atas kesalahan apa. Awak telah mengambil kenyataan dari saya, jadi bebaskan saya,” kata Tian. Hidayat tetap berkeras dan berkata beliau menerima arahan. Apabila Hidayat berkata dia tidak dapat memberi alasan penangkapan, Tian meminta untuk bercakap dengan orang yang memberi arahan tersebut.

Hidayat kemudian masuk ke dalam bilik dan mengarahkan dua pegawai yang tak beruniform untuk menahan Tian, tetapi Tian berkata dia masih mahu bercakap dengan orang yang memberi arahan untuk mendapat alasan penahanan. Kedua-dua pegawai polis itu kemudiannya meninggalkan Tian dan kembali ke pejabat.

Mereka datang semula setengah jam kemudian bersama kira-kira lapan orang pegawai polis beruniform dan tujuh orang pegawai polis yang tak beruniform. Kali in mereka datang dengan kasar, aggresif dan gaya seperti ingin menangkap penjanayah. Dua orang dari mereka mula menengking dengan amat kuat dan menolak Yap serta Ginie keluar dari bilik. Mereka kemudian beramai-ramai menarik Tian dengan kasar dan tidak berperikemanusiaan dan menggari tangannya.

Peguam Sivarasa yang dihubungi sebelum itu tiba tetapi gagal mendapat apa-apa penjelasan dari pihak polis melainkan diberitahu Tian akan dibawa ke lokap balai polis Jalan Pantai. Kemudian Tian diheret dengan kasar dan dibawa oleh lebih sepuluh anggota polis menuju ke van yang sedang menunggu di halaman. Ginie cuba mengambil gambar aksi-aksi samseng polis ini, tetapi ketika ini Hidayat mengarahkan Ginie ditangkap atas alasan ‘menghalang tugas polis’.

siva1.jpg

Apabila peguam cuba meminta penjelasan, seorang pegawai polis memberitahu bahawa Ginie akan ditahan dilokap Jalan Travers. Ketika berita ini ditulis jam 1 pagi, Ginie masih lagi ditahan di Balai Brickfields. Mereka dijangka akan direman pagi esok.

More on page 1060

Posting terkini

Blog Archive