KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 19, 2008

Mahathir kembali menjadi Tuhan

Pernah satu ketika Mahathir kecewa dengan UMNO yang tidak melayan dirinya. Ada menteri menteri, menjadi kurang ajar kepada pemimpin Lagenda itu. Dihina, di kritik dan di perbodohkan sehingga kita menganggap itu balasan kerana mainan politik wang di zaman pemerintahannya. Yang paling kurang ajar adalah Nazri Aziz yang tiba tiba berubah dari seekor ular lidi yang botak kepada naga yang berapi di mulutnya.

Kita pun masih ingat dengan tindakan pemimpin UMNO dan juga menteri yang lainnya pun bersama menempelak Mahathir kerana ganggu perjalanan kerja Pak Lah. Itu berlaku ketika UMNO cuba membodek Pak Lah yang ketika itu utuh memegang kuasa.

Bila Pak Lah istihar dirinya tidak akan mempertahankan jawatan, keadaan berlaku sebaliknya. Ini kerana, UMNO tahu bahawa Najib bila di suluh cahaya kedinding, wajah Mahathir di belakang.

Yang menariknya, UMNO tidak rasa malu dengan sikap macam lalang di hanyun angin. Bagaimana sikap UMNO mengusung kawan kawan untuk sebentar menyebelahi Pak Lah dan sekarang bergerombolan menyokong pemimpin yang di hina sebelum ini. Dan begitu lah sebaliknya.

Dan pak lah pun sekarang kecewa seperti mana Mahathir kecewa padanya sebelum ini...lalu Pak Lah mula membidas Mahathir

Media pun pandai jadi barua, pemimpin dan ahli UMNO pun mula jadi pengkhianat kepada bakal pemimpin yang masih menjadi PM dan bakal pencen itu.

Aiyooo ... UMNO dah tunjukkan buruk perangai mereka. Politik UMNO, bila buat perangai, tak pikir masa depan. Bila ada air liur di lantai, habis di jilat licin. Mahathir kini kembali menjadi Tuhan UMNO.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive